Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Thursday, March 29, 2012

homesick


setelah sebulan berada di bumi Parit Raja nih, aku dah terkena simptom HOMESICK yang serius. oke tipu, taklah kritikal sangat. tapi yerlah.. name pon merantau (tak kesahla lalu highway ke jalan kampong), mestilah rindu sesangat kan.. lagi-lagi sawah padi sekarang mesti dah semakin menguning..


sawah kat tepi rumah. membesar bagaikan juara!



kat family sememangnyerlah kan. hope Allah sentiase memberikan kesihatan yang baik kepada mereka especially my awan nano (abah). walaupun rambut abah tak macam Hermantino, tapi kesungguhan abah buat aku sampai berada di tahap sekarang sangat mengharukan. hope aku sempat membalas jasa abah yang mungkin tak setara nak membalasnya. Semoga Allah melindungi awan nano yang aku sayangi tuh. juga my mom yang owez heppy (kami sama perangai. kurang sensitif. haha). tak macam abah, walaupon muke garang, hati tisu habesssssss!!!


pastu aku rindu sangat kat kucing-kucing aku. tak besh rasenyer tak dapat tengok kucing-kucing aku membesar depan mata. mesti kucing-kucing tuh dah beso pastu lari-lari tarik benang kat mesin jahit tepi mak aku. pastu mak aku mengamok. keh keh keh! oooo.... woowowowo.. rindunyer kat kucing-kucing nih. teringat kat Mel.. hurm.. kalo dia hidup lagi mesti dia dah beranak pinak sekarang. hurmm..


Aperpon terimalah hakikat, aku takleh balik. kerja terlalu banyak. memang dari degree dulu aku jarang balik kampong. balik mase cuti midsem jer. tu pon kadang-kadang tak balik koz gi merayau tempat lain. kui kui kui.. 


Sebenarnyer aku masih sakit hati air tkder kat Taman Rona nih. nasib air tangki ader lagi. bertambah-tambah homesick aku!


oklah.. nak gi kelas. 






teman TAPI mesra


Amaran : entry kali nih jiwang and luahan perasaan terlampau


Setelah aku tonggang terbalik memerah otak, memikir, memikir dan memikir.. menilai dan menilai sampai tak betol jugaklah otak nih. akhirnyer aku jumpe satu keputusan; baek kecewakan dia hari nih dari akan datang. lagi pon cinta tak boleh dipakse.


puas aku pujuk (cewah.. pujuk tu..) hati nih pikir sedalam-dalamnya, cuba membalas cintanya, tapi aku manusia biasa - tak lepas dari hakikat yang wujud dalam hati bahawasanya hati aku memang sangat-sangat tak mencintai tapi lebih kepada simpati. 


Dia baik, dia totally kontra dengan aku. tapi entahla.. soal hati nih memang susah dimengerti, susah diterjemah. yang pasti, aku memang takder feel sikit pon kat dia. feel kawan rapat tuh aderlah. tapi untuk lebih batas tuh, rasenyer langsung tak.. 


Semalam aku beranikan diri berterus terang. sikit demi sikit, dia diam. dia diam dan dia diam. owh, sedehnyer hati aku. tapi lama-lama dia jawab jugak 


"Thanks koz sudi bagi diri saya peluang mencintai awak walaupun tak pernah berbalas. sekurang-kurangnya saya dah cuba sedaya upaya mengambil hati awk. tapi tetap tak berjaya"


memang jiwang. tapi tkperlah kan. dah dia memang kontra habes dengan aku. tapi aku gitaw dia yang kami tetap leh jadi kawan tapi mesra. dia gelak. tapi aku taw susah payah dia pakse diri untuk gelak. tapi tak menolak. aku nih cari pasal gak kirenyer. 


kenapa aku tak boleh terima dia? sebabnyer 1 : aku masih tak dapat lupekan seseorang sampai sekarang. koz sejujurnyer aku susah jatuh cinta. tapi dengan seseorang tuh aku betol-betol tewas. sampai sekarang aku masih suke kat dia. dasat tol! aku tak suke macam nih. 


Semoga dia akan berjumpe dengan pompuan yang lebih baik dari aku yang dapat balas cintanya sebenar-benar. dan juga pada seseorang itu. mungkin aku takkan lupekan dia sampai bila-bila, tapi aku harap satu hari nanti Allah bukakan hati aku untuk sembuh dari ketewasan cinta pada seseorang. aku taw antara kami..


sudah tercipta dua garisan selari di mana garisan itu tidak akan bertemu walau pada satu titik sekali pon


Aku selalu yakin mase tuh akan tiba. tapi ia tetap rahsia Allah sampai bila-bila. dan sementara rahsia Allah untuk aku tersingkap, elok rasenyer aku mengejar cita-cita. semoga aku tabah!



Wednesday, March 28, 2012

mumia saiz XXXL


kakakakakaka.....

Malam nih sambung wat LDK. tapi group umah nih jew. Kak Mas pon join gunekan we ols. layan jew. janji keje siap. 


time LDK kak mas ok jew. warm up kan.. jadi settle. pastuh LDK Ct K laks. hangen aku rupenyer dorang dah rancang aku kene jadi mumia. sepatutnyer Mael pon jadi mangse. nasib dia tak jadi datang. kalo tak, memang riuhlah umah. ni pon dah riuh rendah..


lawan laks dengan group Hajar. dia punyerlah kecik molek. aku? besor molek. kakakaa... before tuh ketua group kene jauh-jauh sikit. mase pembahagian tisu ayat takleh blah Yatt;


"weh.. ko kene bagi dua tisu lebeh nih. tak cukup nih"


kakakakaka.... aku tersedak-sedak gelak dengar Yatt kate giteww.. bile acara bermula memang mengambil kesempatan budak-budak umah nih yer. habes 1 badan dibungkusnyer aku. aku nak gelak pon takleh koz nanti tisu putus. punyerlah panas. Kalo tak mengenangkan neraka yang lagi panas kompom aku tamau. hahaha


hasilnyer..;


group Hajar

group aku (disaster weh!)

kuat gak Mek Anny nih alihkan muia dia

suke dak-dak nih kenekan aku kan?

aku speechless

kalo aku senyum bukan nampak pon...

pastu feeling-feeling pelok aku. haha

seyes aku taktaw aper terjadi

cool kan selipar aku? ko mampu? haha

yess! aku da lepas!

amboii!

sentiase happy walaupon asaimen menimbun

yang depan sekali suke sangat koz baru bebas. hihi

tu dia tu dia!!! dalang mumia nih! Ct K!


After siap LDK Ct K, Yatt punyer part laks. taklah terok sangat. kali nih kene design baju pinces guna surat kabo. nasib bukan aku model. kalo tak, mintak tambah surat kabo cina pulak. kali nih pincess selim-selim. no XXXL. bak kate Dayah Isa dalam fesbuk aku (cari pasal tuh! haha);


1st time aku nampak Mumia saiz XXXL..muahaha


 
bangge tol deme

juge berbangge

hasilnyer

 pastu jahanam...


So, setiap LDK wajib ader generic skills. pasnih kene edit video LDK masing-masing. hamek kawww.. tambah keje lagi. redho jerlah!



Monday, March 26, 2012

kelas lakonan dan pertanian



Hari nih sepatutnyer kelas pukul 11 batal. tapi we ols kene berlakon untuk modul koko. ala-ala Latihan dalam Kumpulan (LDK). Setiap orang kene run odul mereka. yang lain jadi pelakon. Memula macam tak ikhlas nak gi, tapi bile dah acting macam besh laks. hehehe :p


macam-macam LDK yang dorang wat. tak menahan hati tengok. tang wat menara pakai surat kabo, surat cinta, banyaknyer tanya, and memacamlah.. well, fun jugak. and beselah, my classmate sangat sporting. so takder masalah untuk menjadi pelakon (giler glamer sumer.. haha)



pemenang 'Menuju Puncak'

pengalah 'Menuju Puncak' kakaka. giler teruk bangunan dorang. hihihi

memacam ragam

pemenang 'surat cinta' terbanyak bersama-sama Ct K. (ai ramai peminat oke)


speechless dapat surat cinta nih. taktaw pengirim. tapi nasib baik isi surat tuh positif. tapi yang aku dapat simpulkan : dorang memang kate aku kaki lawak dalam kelas. keep it up! erkk? bukan selama nih aku pemalu and penyegan ker? ayu lak tuh. hihuuu :p


ni aktiviti aku 'Jika Aku Berkuasa' seyes dorang memang pandai melukis!

kreatif habesss...

ni aktiviti Sukri. macam nak kene pancung jew. haha

aktiviti kak Aiza 'Bisikan Syaitan Makmur'

hihi


Memacam jugak lah we ols buat. siap balik kelas kol 5 gi Ayer Hitam. sampai umah, aku macam rajin pakse dak-dak umah bersihkan laman depan tuh. oke, ayat pakse tak boleh blah. hahaha


semak samun sungguh!

rajin kan? sampai bersih depan tuh. cayalah!

nasiblah aloe vera tuh pon jadi mangse

hah.. pokok yang bakal dibuang. A'ah telah mengabadikan memori beliau bersama pokok lidah jin tuh. 


Thanks pada Dhiel, Yatt, Ct K and A'ah yang sudi bersama-sama menbersihkan laman depan tuh. Walaupun korang kene pakse, tapi bersih kire oklah kan. hahaha. acah jew. dorang memang willing. cume Ct K jumpe ulat gonggok jer jerit-jerit tamau pegang, padahal dia lagi besau dari ulat tuh. kan?


sekian, untuk hari nih.

Nite!



Sunday, March 25, 2012

kerja sekolah


pukul 8 malam after isyak sumer hilang gi kedai cari barang-barang sekolah (pen warne warni, kertas warne warni, pembalut warna warni) yang segalanya berwarna-warni. annoying ok. bagi akulah. haha. padahal aku kan tak kreatif, tu pasal annoy dengan mender-mender nih. hik hik hik


psstt... kerja seni aku dari tadika memang akan dapat C-. paling-paling pon C+. giler kritikal kan? :p

Sampai rumah jew terus wat menda-menda nih;


gunting menggunting (cemuihh!)


lekat-melekat (ni kerja dak-dak umah dah tentu bukan aku kan...)


crayon bagai. giler aku taktaw nak watper dengan makhluk tuh!


Yatt punyer


Ct K punyer


Tapi best gak bile beramai-ramai wat kerja berjemaah sambil nyanyi lah, itulah, inilah. bile sampai point 'sengal' inilah jadinye;


bunge kat baju orang pon Ct K nak gunting.!!!


menjerit Mek Ah baju dia nak kene gunting. Mulai hari nih sumer sorokkan baju, kotak or segala mala yang ader pic cecantik (katun, bunga even langsir aku yang beropol-ropol tuh) . sampai tahap tudung aku yang sidai kat hanger pon dia nak ambek batu-batu tuh. koz Ct K yang sangat kreatif nak gunting letak kat portfolio dia. muahahahahaa!!!!


yeayy esok dah week 4!



arghhhh!!!

Hajat hati nak mandi mase bangun subuh-subuh koz tak nak terkena badi tkder air. tapi mate berat nak sambung tidow..

bangun kire awal jugak. tapi asik berguling jew atas tilam. niat weh! padahal asaimen menunggu. wat-wat tak paham jew.


pastu turun bawah tengok Ct K goreng bihun (kekonon dia nak masak dari hari tuh lagi). konpiden siap turun-turun tengok orang masak. bile dah nak siap naek atas nak mandi..


pon konpiden mandi. pakai syampu sampai buih memedihkan mate. tetibe air benti. owh! tidakk!! owh tidak!! terabe-rabe cari kain batik. nak pakai towel takmolah nanti penuh syampu. panggil A'ah tak menyahut (sah! dia dah turun bawah). panggil Anny pon tak menyahut jugak. kain batik kat luar nih. kakakaa. redahhhhhhh!!! bukan ader orang pon.. kakakakakaa


bile aku turun jer ke bilik air bawah (air tangki bese masuk bilik air bawah dulu) dengan berkain batik pastu rambut penuh syampu yang mengalir-ngalir ke mate, dorang ketawa sakan tengok aku gelabah masuk bilik air bawah. nasib aku tak tergelincir kat tangga. phewww!!


Moralnya: jangan nak gedik-gedik bersyampu melebihi had rambut. kan dah masuk mate bagai.



amekawww!


Tuesday, March 20, 2012

Rejo Sari


Hari nih giler kentang ting tong. koz bahana jurnal punyer pasal sakit kepala memikio. sampai Dr Lai majuk we ols tak siapkan rancangan mengajar harian. padan muke kami. tapi setel dah anto rumusan kritikal (kutuk-kutuk jurnal). lega no!


Habes kelas kol 5 gi makan bakso kat Parit Raja Darat. Siap jer makan bakso ringan je mulut aku kate kat Yatt, Ct K and Dila;

"Aku curious giler dengan jalan kat depan tuh. Kalo teros, gi mane erk? Aper ader dalam kampong tuh yer?"

Dorang pon otometik pandang mane yang aku pandang. ringan gak mulut dorang ajak explore. aper lagi, aku suke sangatlah kan. So we ols belok kanan and terus and terus and terus... Sepanjang pejalanan dok 'ooo....' takpon 'uuuuu' tu jer yang disebut-sebut. 


pastu tetibe ader simpang ke Parit Rejo Sari. aku pon belok kiri. Jalan luas jer.. kiri jalan ader parit besau. kanan rumah orang. we ols terus and teros.. and teros. tetibe Dila cakap;

"eehhh!! ader pasarlah kat depan!"



la.. memang sungguh! suke benau yang lain. nak-nak nampak sebiji tembikai RM 2. sungguh teruja aku. benti teros. punyerlah jauh meredah sampai jumpe pasor. eksaited lah nak beli itu lah inilah. pasor nih taklah besau sangat tapi banyak jualan la. maunyer tak eksaited dak-dak nih. heeee.....


feeling-feeling tengok. bukan beli pon.. 


ececece.....


Lame gak we ols melepak kat pasor tuh. jelajah habes. sempat beli. aku hanya mampu beli suar aladdin polka dot. meriahlah aku leh poyo-poyo gi library pakai suar tuh. 


eh.. boleh kew?



Monday, March 19, 2012

Isnin yang panjang..


Selain bebanan air yang takder, kelas berjalan seperti biase. tapi aku hangen giler koz sampai kelas jer lec tak masuk. kot yer pon taknak masuk, gitaulah kan. ini dak, tertunggu-tunggu we ols taw! dahla kene mandi awal :(


tapi ceria lah jugak b4 taw kelas tuh cancel. mengacau dak kelas lain sementara dorang tunggu lec dorang. lalala. padahal aku datang kelas terawal ekoran celik awal.. kan..


sebenarnyer mael jumpe hp xperia A'ah. teros snap.


pantang jumpe kamera, pon jadi..


Siap jer makan-makan terus jumpe PM Sapon. wah! aku sangat heppy dapat tukar sv dengan PM Sapon. yehuuu!!! me likeyy! dapatlah aku wat PS 1 dengan tenang gittewww... lalala




After that, solat. Aku nih mane pernah solat kat fakulti. tapi memandangkan keadaan terpakse aku solat gaklah kat fac. oo mak aiii, oo mak yu! ramai gilers orang. tapi itu tidak membantutkan niatku untuk memenuhi tuntutan agama. cewahhhhh!!


Masuk kelas Statistik pon awal weh! Tapi lec masok lambat. dalam kol 2.20 camtuh. mate aku dah layu gilak. belajar pulak Hipotesis hari nih. semakin lame semakin layu.. tertunduk-tunduk menyembah meja. tak tahan wei. rabak giler mata...



nampak macam kusyuk. padahal aku dah ke mane-mane arah ntah. and aku pon taktaw bile si A'ah snap. tetaw dah dalam fb. hampeh!



time nih aku dah tobat. aku gi toilet kot. punyerlah lame aku lepak toilet. (euwww!) hahaha. aku ingat aku sorang yang tertidow, ropenyer ramai lagi. so, kalo kene denda, kene denda ramai-ramai. hihihi



Lec bersyarah kat depan, dorang bersembang tak hengat-hengat. (projek juta-juta kot) tapi aku tak dengar pon. koz aku tertidow kan.. lagi syurga!


Blik kelas teros serang ostel Mar untuk mandi manda. selamat. kalo tak, memang bau kambinglah gamaknyer. tak sanggup oke!




sentap dengan SAJ


Pepagi aku dah bangun taw! padahal hari nih kelas pukul 11.00 am. Selalunyer time entry nih ditaip aku dah ke mana-mana dalam mimpi koz sambung tidor balik after solat subuh.


Tapi hari nih, dengan gigihnyer begitu awal aku bangun. gara-gara notis awal bahawasanya bekalan air akan terputus kol 9 nanti sampai kol 11 malam esok. hari tuh letrik takder. haishh... maunyer tak sentap aku! jadi nak taknak aku kene bangun awal, kene mandi awal agar before kol 9, tangki air rumah kami akan penuh balik untuk bekalan hari esok (macam Courts mamot pulak..hihi)


sadisnyer weh. aku bukan nak mengata, mintak ampun pada orang Johor awal-awal. tapi kat Parit Raja nih semedang takder air. Kalo sebulan tuh mesti 2 or 3 kali tkder air. Alasan operator SAJ : paip bocor, kami sedang membaikinya. dah hafal dah..


Tapi aku rase sesetengah tempat jer kot. tempat lain takder masalah. mungkin pengurusan Taman kami nih langsung tak sistematik. Sepatutnyer masalah ini tak jadi lagi-lagi nih kawasan perumahan. kawasan taman. majlis perbandaran lagi. kelass!


Diharap, selepas ini tidak akan berlaku hal-hal remeh sebegini. bukan aper, terseksa jiwa raga aku kalo tkder air.cewahh! 


Moralnyer : jangan bazirkan air taw!



Sunday, March 18, 2012

:(




Gelora jiwa laks memalam nih.

rindu giler-giler nih

huk huk huk...

 Dear Allah, 

aku sangat merinduinyer saat ini and mungkin sampai bile-bile

sesungguhnyer aku tak kuat dalam melawan perasaan terhadap dirinya

koz jatuh cinta terhadapnya adalah anugerah terindah dariMU

:(


Ipek Somelsuwit, i think i miss u so much





pre update Gunung Ledang


Ekceli aku dah gatal tangan sangat nak update cerite perkelahan kami kat Gunung Ledang. tapi memandangkan aku kene kritik jurnal sampai 15, aku pasrah. tapi tetap gigih gak aku nak lepas gian. sikit pon jadilah! hahaha


Week 3 nih sangatlah bizinyer mulai esok. boleh tensen nih! oklah tkper. layan jerlah pic pre update nih. sikit jer pic dari 236 pic. hihihi


indahnyer ciptaan tuhan..


ciptaan yang tak tergambar dek akal


eksaited!


gigih dan ikhlas


sweet sangat!


damai...


lepas sikit gian. ok.. sambung wat kritikan jurnal! tensennyer!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.