Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Saturday, June 28, 2014

.Sehari sebelum 1 Ramadhan.



Hari nih hari Sabtu bersamaan 28 Jun 2014. Esok puasa. Jadi hari nih banyak gak aktiviti yang aku nampak and buat. First sekali gi beli set Vaneese aku. Pastuh lepaskan gian minum air kelapa pandan sebelum pose esok. Maksudnyer minum di tengahari. kikiki



sedap and menyegarkan. addicted oke!


Lepastuh ambik kek, makan kek sampai 2 potong kat rumah. Sangatlah sedapnyer. Tapi lama-lama belenger (muak). Pastuh tido seround. udah macam ular sawa pas melantak tido. haha. Pastuh mak aku kejot kemaen kuat terkejot aku oii. bangun tido terus siap-siap nak pegi rumah nenek.


Sepanjang perjalanan nak pegi rumah nenek cam best je tengok rumah jiran-jiran penuh kereta sumer. Sebab sume anak-anak balik nak sambut ramadhan sesama. Kebetulan esok pulak cuti. So memang bestlah kan. Rumah aku je kete tetap 2 bijik je. Kete aku and bapak aku. Maklumlah family kami belum bertambah.


Lalu depan kubur pun ramai sangat family dorang datang. Meriah sangat. yerlah di samping kita ingat ada yang masih hidup camtuh jugak ingatan yang takkan pudar pada yang telah pergi. Best and bahagia betul bila bulan posa nih kan yang mana mengeratkan lagi tali silaturahim.



pic raya p1 tahun lepas. ziarah kubur nenek and mak usu


Sampai rumah nenek makan pulak cekodok pisang manis leting...! Minum air barli. mak aii makan tak hengat hari nih. Manis sesaje. Tak sedor diri betol. Sebenarnyer sedor tapi tetap nak makan jugak. Sebenarnyer memang lapor tak makan nasi lagi (alasan!)


Balik rumah makan kerang tumis pulak. Tak lama bbq kat rumah makcik aku pulak. Tapi aku makan ayam seketoi jer. dah kenyang sebenarnyer. ahaha. Saat belog nih ditaip aku tengah tengok bola kalah mati Brazil vs Chile. Aku sokong Chile lah walaupon team fav Germany.


Tetibe rase nak belah kek lagi. Serounddd before tidow. kahkahkah!!!

Saturday, June 21, 2014

.Cousin's wedding : Zeila and Azmi.



Hari kejadian : 15 and 16 March 2014
Lokasi : Tanjung Karang, Selangor


Finally, datang jugak mood nak update blog yang di request oleh pengantin. Siap ugut aku. haha. Walaupon dah 3 bulan berlalu. dah tak berapa nak pengantin baru sangat Jil oi..



 bukti.. hihi. 


Masa nih jerebu terok benor. Rewang dari hari khamis (kumpulkan sinoman- mesyuarat orang rewang), teruslah sampai hari Ahad. Pengantin macam biasa takder perkataan lain asik "nyut-nyut" je katanyer. bongok betul jila. haha.





Masa hari Jumaat dia dok pakai inai siap sampai ke kaki. suh Cik Ika buat corak bunga-bunga atas kaki dia nak cover kaki berkudis. kahkahkah! yang paling aku menyampah gatal pakai inai pastuh kaki dah kering aku kene basuhkan. biadap sangat pengantin. tunggu turn aku pulak.



kiss untuk paman dia


Masa pakcik aku datang hari Jumaat dari Pahang, dia tanyerlah Jila " bila nikahnya Jila? malam esok ker?" pengantin yang tak reti tersipu-sipu jawab " malam esok? Aku kalau boleh sekarang jugak nak nikah wak, kok lagi lambat suruh malam bagai. dah nyut-nyut nih wak!" wakakaka. sakit perut aku gelak. sengal!



nikah. ni juru mekap perr yer.


Hari Sabtu nikah. bibior ko Jila merah benor. nikah petang. mase dalam masjid sejam jugak dengar khutbah saja. aku siap tersengguk-sengguk. Jila pasrah bersimpuh sejam dengar khutbah. Kalo aku dah rase nak meniarap jer time tuh. haha. Pengantin sampai hilang nebes sebab lama sangat. And akhirnyer jadi jugak bini Jemi si Jila nih. Kemaen hepi muka bila dah sah.



aku yang ngantok kat belakang tuh

dah selesai

Masa nikah nih, mentua Dayu datang, terus jadi Siti Khadijah depan mentua. Kalo tak semedang jadi Kiah propa. Jila pon sama jer tuh. haha. Lepas siap nikah boleh pulak si Jemi nih tinggal henpon. aku jugak yang kene anta dengan mek Zizah. haih tak paham aku henpon sampai tertinggal lepas dapat bini. muahaha



mak pengantin berbaju merah. tengok beg tuh. haha. my mom as assitant.


Petang Sabtu memang dah ramai sangat yang datang. Mak pak pngantin time nih dah sebok dengan beg kanan kiri. siap ade pembantu. haha. Walaupon kenduri besarnyer Ahad, malam sabtu tuh pon tersangatlah ramainyer. Alhamdulilah time nih hujan dah turun. Jadi nyaman. kezen-kezen dari Pahang pon sumer dah sampai. haroslah meriah.. meriah sangat.




jerebu di situ...

nak jugak...


So masa hari Ahad, lagi ramai tetamu. makanan pon macam-macam. Paling best ade cendol and rojak mama. sedap baq ang! Masa pengantin datang, kezen-kezen laki aku sengal gi bagi air campur perisa petai, sambal and yang busuk-busuk tuh kat pengantin. giler jahat. Jemi redho jer minum. hahaha.



 pengantin da sampai



Kawan-kawan pengantin pon ramai gilers. majlis perkahwinan nih memang meriah kalo kawan-kawan turut sama merai. sanak saudara (uish ayat macam nak raya) meriah gitu. penganin glamer sebab ramai nak ambik gambo. Bak kata kawan aku " pengantin walau camne pon, cantik, even tak cantik pon orang tetap nak ambik gambo dengan dia" make sense jugak. hihi



tabur gegula

amboi gembira betol wajah-wajah

kezen and kakak pengantin

cepat aje kalo suh bergambo

rakus giteww..

pengantin kene halau

 lepastuh bunga telur jatuh. gelabah semua. bukti video oleh abang ajai.haha

kemas balik wey! Mira banyak sangat gambo. haha


Petang tuh aku balik dulu sementara tunggu malam acara orientasi ahli family baru and 'keirahan' kikiki. Malam je acara suai kenal dengan pengantin yang akan kene buli dengan soalan-soalan tak releven. Naseb Jemi cool jer kan. setakat nih proses suai kenal berjalan dengan lancar dan menunjukkan impak yag positif. cewah!



tak boleh wat ape. haha


macam-macam malam tuh. ade yang terkena, mengena and gelak guling-guling tak hengat donia. Family kami memang every wedding akan buat macam nih. Merapatkan persaudaraan and bagi selesa orang baru walaupon caranya agak kasar. haha. sengal


Pukul 12 jugak balik rumah. Setelah selesai sumernyer.


Aku suka puisi dari kezen aku Zizah ni. syahdu and penuh makna.

Kerana cita dan cinta itu punya mereka maka aku disitu~~
Al fatihah buat sang keluarga yang terlebih dahulu menghadapNya... rindu sungguh aku rindu...
Desir angin sawah...kini aku dan mereka kian dewasa...


cantik kan? nampak sopan and mulus.


yang ni? wakaka. 



Tahniah! Semoga kekal sampai jannah. amin!



.Berkhatan : Gibam did it!.



Tanggal 3 June 2014 hari Selasa sekitar 10 malam waktu tempatan, Gibam akhirnyer disunatkan di rumah. Tapi malam tuh aku selaku kakak yang tamak sempat habiskan tuisyen dulu before kenduri ambeng kesyukuran si Gibam da sunat. Sunat kat rumah makcik aku sekali dengan kenduri baby Zahra siang tuh.


Mak aii mase proses potong memotong dia ok jer. Tapi sekali kene jahit dia bergerak konon nak lari sebab lama sangat kot. udahnyer kena jahit lagi sekali. Dia punyer meraung kalah orang nak beranak. Sampai 6 orang pegang dia. Tak sampai hati dengor dia nanges.


** gambor terpaksa di crop di bahagian yang patut agar tiada perbandingan dan trauma berlaku. kahkahkah!!


cewah.. awal-awal steady walaupon perot macam orang nak meneran beranak. kakaka

nanges teruih mase kene jahit lagi sekali.

hahaha.. kesian betol time nih.


Lama gak nak siap. Siap jer dia sambung nanges kemaen. Bila ramai orang bagi duit dia senyap terus. wakaka. yang nih lawak. terus tak nanges. suruh makan ubat pon langsung taknak. hebat Gibam. Berbeza dengan 2 orang lagi adik laki aku dulu, mak aii terok bebenor nangesnya. sakit telinga aku dengar.


esoknyer berlagak kemaen. untunglaar dapat banyak duit. haha


Ngeri weh tengok orang kene sunat. haha... 

.Our mini Reunion.



Setelah sekian lama dok tak kira pagi petang malam dok berwassup dalam gerup, so akhirnyer kami wat mini reunion kat Tasik Shah Alam yang aman damai gitu.So tarikh kejadian 15 June 2014 hari Ahad. geng-geng pempuan kelas aku 8 orang jer yang ade dengan bawak asben and skandal masing-masing. Baru setahun lebeh, tapi sumer drastik bikin family. hihi


8 dari 40 orang. yang lagi 32 orang merata-rata. Luar Selangor and KL



Kalo nak ikot cume aku and Anny yang original orang sekitar Selangor nih. Tapi yang best bila kawan-kawan aku yang asal dari seluruh negara itu kerja area sini. Jadi senang nak gathering. So jadilah mini reunion kawan-kawan sekelas master aku mase kat Johor dulu. Rindu okeh!



mana reti diam ambek gambo. hihi


A'ah sampai paling awal. Pastuh aku. Mase tunggu dak-dak nih kat tepi jalan, boleh pulak si laki Mar jerit-jerit dari seberang jalan sebut nama aku. hilang kosentrasi aku bertenggek tepi batu time tuh. ceh Ikmal! Lepas Mar sampai, Alin pon sampai. Then Bella.



nampak tak sapa paling dara?


Janji 3.30 sampai tasik. Tapi paling wat hal Anny. pukul 6 lebeh baru sampai. Berbulu semua anggota badan tunggu dia. Bukan tunggu dia sangat pon, tunggu nasi arab dia je. wakakaka. And dak-dak nih excited nak tengok asben Anny si Hamdi orang Yaman itu. siap si Ikmal tanyer lagi nak cakap melayu ke arab ke english nanti. 



mak buyong jadi makcik kantin.

Mar paksa aku basuh anggur. aku celop-celop je kat air tasik.


Lokasi memang nyaman. Tenang sangat. Bentang tikar, masing-masing bawak potluck memang kekenyangan macam dinosor r. Sang suami pakat malu-malu sumer. yerlah dorang bukan kenal pon sesama dorang, lainlah kami. riuh macam bese. haha. 


sesi menelan ape yang ada

Anny sekarang jadi mami jarum baq ang!! emas kemaen banyak!


tapi kan.. hihi aku gelak dulu. Masa bawak makanan ke bawah pokok, tetibe aku nampak mamat pakai baju hijau ikot kami. Aku cam pelik, rase macam belum ada kawan-kawan aku bersuamikan rupa macam mamat hijau nih. kikiki. tetibe aku tanye si A'ah, dia cakap skandal Bella. kahkahkah!!! berdekah aku gelak.patutlah aaku tak cam sape. mana aku taw. tak perasan Bel datang dengan orang lain. sorry bel!



Baju hijau ni Ijat asben Fara

menikmati sup cendawan ala-ala Dome


Masa makan aku tanye Nami asben Alin "Nami, ko tak pernah dengor Alin kentot ke kat rumah?" kohaja Alin baling aku. malu merah padam muke (kesah dia sangat malu kentot dengan sape-sapepun. sangat gigih simpan kentot). muahaha.. sakit perot aku gelak.



Kalo aku Alin oi.. memang kentot merata. tak kose aku nak tahan. haha


Tapi banyak-banyak para suami dorang nih, asben si Fara paling senyap. Tak dengor suara langsung. Paling slamber Wan dengan Ikmal. haha. John asben Erin pon oke. Paling best nyakat Bella dengan skandalnyer itu. mnggelenyor ko Bella! wakaka. aku bukan ape Bel, takot skandal ko tuh berkenan pulak kat aku. kahkahkah!!! naya ko.. :p



wif Fara my ex Taman Rona mate


Erin tapau air weiii!


Anak Erin si Aqeel (time nih anak Erin je yang dah siap. yang laen tengah nak siap) baik je melayan redup cuaca hari tuh. Makin hensem and comel! geram! Syok mengenang zaman lalu. Tak sangka masing-masing boleh berkumpul kat Shah Alam. yang laen dah bersepah-sepah. susah nak jumpe cam dulu-dulu.



Aqeel didokong uncle Ikmal


Pas kenyang, sesi menapau sampai licin. haha. Pembahagian rete tembikai Mar pon iye. haha. Bella siap bawak tupperware bersih, pikirlah. haha. aku siap bawak polistrin. kakaka. mengata dulang paku serpih ye dak? Paling banyak tapau Mar. opsss!!



ha.. tapau jangan tinggal. rugi rugi


Rushing gak nak kemas-kemas, nak kejo solat asat lagi. So gambor pon tak banyak. Naseb aku bawak adik aku (aku suci belom ada skandal and pengganti kekasih hati giteww) bulihlah jadi photographer. Sesi bergambo kejap je. dan.. kami pon pulang ke rumah memasing. 


fasa anak dalam perut belom siap

tngoklah mak nyer camner. maen laga-laga perut.

kami berlapan. 

dari kiri John, Erin, A'ah, Wan, Ikmal, Mar, tuan tanah, Anny (asben dia dah balik Kuantan), Fara, Ijat, Bella, Ijat (skandal dia wehhh...), Nami and Alin.


Next time, boleh buat lagi...!




Saturday, May 31, 2014

.Itu aku.



Op koz tak boleh lupa. Sampai bila pon takkan lupa. Lumrah. Lagi-lagi pernah singgah di hati. masih berbekas di hati. 







Tears..

Saturday, May 3, 2014

.Musim bunga.



Selama setahun setengah aku study kat UTHM tak pulak dapat berjumpe dengan musim bunga penuh lebat macam tahun nih. Selalu ade jer tapi tak semeriah tahun nih. Kemaen popular terus musim bunga kat Malaysia nih ye dak..



Sebab 2 bulan lebeh kan Malaysia mengalami musim panas melampau. So mungkin faktor nih bunga nih jadi lebat sangat gitew. aduhai cantiknyer pemandangan. Jadi, nikmat mane yang kite dustakan?




Subhanallah!! 

Naseblah aku dah habes blaja kan, kalo tak memang gigih r aku dengan kawan-kawan kelas bergambor kat sini. Tak kire dah orang pandang ke ape.

Sangatlah cantiknyer

Pemandangan yang meredakan fikiran.


Hai bilelah nak pegi musim sakura kat Jepun pulak. hahaha



credit : fb En Hashamudin, lecturer falsafah aku dulu

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.