Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, November 27, 2013

.Ex Primary Schoolmates weddings : Congrats Dayah and Isma.



Boleh pulak dorang buat hari yang same. Nikah pon hari yang same. And dua-dua pon kawan sekolah rendah aku. Jadi rumah dorang pon dekat-dekat jer. Senang kerja aku. Alhamdulilah


Banyak betol jemputan kawen. Aku ingat kawan-kawan aku sumer dah kawen, ader lagi rupenyer yang belom. ahaha. Takper jodoh tuh rahsia Allah.



panas giler weh parking susah carik. Senyum poyo jer tuh. 


Aku gi kenduri dengan kawan-kawan sekolah rendah aku jugak Ana and Jila. Ini jer weh yang single. Kami dah jadi golongan minoriti. Nak buek camno, jodoh lambat. Kadang segan gak gi majlis kenduri yang area kampung aku nih. Maklum ler orang kampung nih gemor bertanyer direct giteww...


"Kamu bile nak kawen?" or "Kamu nih asyik gi kenduri orang je, kamu bile pulak"

Ha kau.. sabar jerlah mendengar ye dak? Kalo hati tak cekal, tercalar jiwa. haha. Senyum tak perlu kate ape-ape.


First, kami gi rumah Isma. Tengah mandi pulak pengantinnyer. Wat hal tol Isma. Haroslah kami makan dulu kan. Siap makan nak gi salam dia tengah make up tak kenal aku. So singkat jer pertemuan kami. Moga kamu bahagia Isma dengan suami sampai akhir hayat. Amin. Tahniah!



Ni persandingan belah Isma. Mase masuk bilik dia nak salam nampak baju nih atas katil. cantik!


Ni belah laki dia. cantik sama macam dulu-dulu


Setel rumah Isma terus gi rumah Dayah. Mak aii punyer ramai tetamu. Aku rase bangsal ader 8 ke 9 ntah tapi still tak muat. Kami naek atas dulu. fuh memang berbahang yer. Cuaca memang betol-betol panas. Tak menahan aku.


Dalam pukul 12.45 pengantin sampai. Aku menumpang kenelah ikot orang yang bawak. So tunggu jugaklah bergambor dengan pengantin sebagai kenangan di hari tua. cewah!




Tapi paling best dapat jumpe kawan lame si Marlina. First time jumpe beliau time kenduri. kaya minah nih. Dialah pemilik Cendol Durian Borhan. (wah aku ter promote lak) kelas kan? Well having fun with them. Riuh gaklah meja walaupon kami golongan minoriti. hihi


Si baju coklat, Marlina. 


Best kan sesekali berjumpe.. Itulah salah satu aku suke attend wedding kawan. Dapat jumpe kawan lama yang mana akan terbongkarlah kisah-kisah lama yang mengusik jiwa. owh kenangan!!


Kepada Dayah dan pasangan, also Isma dan pasangan, semoga berbahagia sampai akhir hayat. Amin




credit pic : Ana and kak Rosnah. Thanks!

.Ex classmates wedding : Congrats Mar and Ikmal.



Hari kejadian 16 November 2013. Tapi beselah malas tahap dewa nak hapdet. Mujurlah Mar punyer majlis betul-betul dah habs sekolah. Jadi boleh pegi dengan tenang dan gembira. Mestilah pegi dengan Anny yang terer jalan-jalan kat KL nih. Kalo aku sorang mesti sampai Kedah. haha


Mar classmates aku sepanjang setahun setengah wat master. Sepanjang sem 2 dan sem 3 always satu group. Paling hangen mase 1 group multimedia. Dia boleh kaco coding Flash aku. Dahla esoknyer present, aku tak tidor betolkan pengacauan part aku sampai pagi and present dengan mata yang lebam. Sepanjang-panjang betolkan Flash tuh tak habes-habes aku membebel nak belasah dia esoknyer. haha. Naseb aku dapat 'A' (giler poyo hahaha) Mar. kurang sentap aku. Smile with tongue out


Walaupon dia lebih muda dari aku, tapi dia oke je. Boleh je kami get along. Dia jugak kuat makan.Open-mouthed smile Pantang ade jamuan, dia paling dekat dengan makanan. muahaha. Mael dengan Faiz selalu bahan dia. And dia kuat study, tak macam aku last minutes baru nak sebok. 



Well aku sampai, dia belom siap. So makan-makan dengan Anny then terus terjah dia. Cantik kau serba biru. Tak lame pastuh dorang bersanding dengan bunyi kompang yang kuat. Well same cantik sama padan. Kalo jodoh tak ke mane tak giteww?




Apepon Mar, aku doakan ko dengan Ikmal bahagia sampai liang lahad. Bawak-bawak kurang gado yer (Mar garang dengan Ikmal. oopsss..haha) 



Tahniah!




Wednesday, November 13, 2013

.Hari Kejadian : Hari Anugerah Kecemerlangan.



Seriously malas nak taip. Aku tepek gambor jerlah. Dalam erti kate lain, biar gambar bercerita. ahahaha. Tapi takperlah, aku bagi descriptions jugaklah.


Pentas

Aku ingat dorang lukis or lakar dulu, tapi dorang dah expert, so tabur aje. kelas kan?

Teacher Shanti letak bunga melor

Me, Thenmoli and my oldcollege mate mase kat UUM, Bavithira

Tarian Kiramiya Nadanam

GB, Puan Mallika

Sentiase ceria, gojes Teacher Thenmoli

Tarian or sketsa aku tak ingat

Penyampaian hadiah

Twinkle twinkle little star - Nursery Rhymes

Persembahan recorder

Tarian or miming hip hop. weewitt

Dikir barat ajaran dari aku. wakakaka

ewahhh!!! tengok yang hujung si Ratna, sempat dia jeling-jeling sengih kat kawan dia. haihh

so creative! Fashion show

Drama Superstar

Persembahan Tahun 6

Drama klasik Tamil

Tokoh Pelajar Cemerlang - Sarwin. 

Adorable! Sabarinath and Shallini

Last performances.

Oke, esok sekolah. Penat.Nite!



Tuesday, November 12, 2013

.Dance! Dance! Dance!.




Hari nih kat sekolah bizi dengan rehearsal budak-budak untuk Hari Kecemerlangan esok. Kemaen excited dorang dancing hari nih. Untuk aku yang first time mengajar kat sekolah jenis kebangsaan (SJKT) nih mestilah kagum. Maklumlah kat sekolah kebangsaan (SK) paling-paling nasyid, koir, choral speaking and so on. Kalo nak dance hebat-hebat cam kat sekolah tamil nih memang tipis r. hihi

aku selaku pemerhati kat belakang

Aku pon tak terkecuali okey, tetap dapat tugasan latih budak dikir barat. Memang first time r.Hari tuh latih budak berlakon walaupun aku tak tengok koz bizi nak bertolak ke Johor segera. cewah!!

Well, aku suka dengan kesungguhan cikgu-cikgu and students kat sini nak menjayakan majlis esok. Walaupun murid 53 je tapi bermakna koz sumer participate dalam setiap acara. Best kan?

Persembahan lagu hip hop

Ni drama klasik kot. Still ade tarian

And yang lagi seronok bile murid-murid kat sini fast learner, dengar cakap. So keje semakin senang. Senang buat duit giteww. hihi

Sempena tinggal 3 hari jer aku ngaja kat sini, so menikmati keseronokan di sini. Bak kata abah aku, keje jadi cikgu pelawat (guru ganti) memang banyak pengalaman. Pengalaman yang tak dapat dijual beli. waduh! ayat memang tahap jurulatih dekat kem motivasi yang tak best tuh. wakakaka

bunga and reben untuk dikir barat esok

Get ready untuk hari esok. I ols siap pakai baju tema ala-ala cikgu tamil giteww walaupon suke hati wat design sendiri. kahkahkah!!




Sunday, November 10, 2013

.One more couples!.



Sebenarnyer tengah bizi wat minit mensyuarat panitia, tapi sebok gak nak update. Time bizi adalah time paling best nak update. hahaha


Sebenarnyer (cam takder perkataan len. hihi) aku dah taw affair dorang nih dah lame sangat-sangat. Di saat oranglen tak terhidu langsung perhubungan tuh yang mane pernah putus and kembali bertaut. Giteww Kiah propa.

Ini couple ke 4 dalam kelas aku 5 Berlian tahun 2002

Kesemua couple before nih memang tak pernah dijangka akan berkahwin sesame sendiri. Koz takder bercintan cintun pon . Taw-taw kebabooo surprised!!!

Pic nih aku amek dari fb cik Siti Hidayah (tenkiu Dayah) merangkap couple kedua kelas aku yang selamat berkahwin. Tetibe ade orang tag-tag aku kat fb lak kan...

hampeh punyer kawan!

Hahaha. redho and pasrah je aku baca komen dak-dak ni. Berbulu pon ader. Pandai pulak dorang serkap jarang walhal aku pon taktaw dengan sape aku nak kawen nanti. kakakaka!!!

Btw, kalo aku taip panjang-panjang tak siap lak keje aku. hihi

To Jila and Uje, selamat bertunang. Semoga dipermudahkan ke jinjang pelamin. Amin!


Sunday, October 27, 2013

.Laporan sane sini.



Sape kate jadi cikgu senang? Susah woo. Sakit kepala memikior pasal sekolah 24 jam. Sampai masuk mimpi kekadang. Sempena hujung tahun yang memandangkan sekolah pon nak habes, lagilah banyak keje kene buat. Tension wehhH!!!

Kalo setakat mengajor, aku rase aku takder masalah. yang masalah kerja-kerja pengkeranian yang superb penat and tak menyempat-nyempat. Pastu belom lagi latih budak dikir barat r, sukanlah, lakonan lah. Tak masuk kene iring budak camping lah itulah...!

Haaihh kesian cikgu kan... Orng yang taktaw dok kate cikgu balik awal lah, keje senang lah. Padahal nak menghadap murid 1 hal, hadap mak bapak macam kerenah lagi, pstu pentadbiran yang macam kerenah jugak, rakan sejawat macam-macam pese. haha.. 

So, sila tarik balik kata-kata jadi cikgu nih senang.. haha

Habes kontrak nih, akan kuteruskan cita-citaku menjadi pensyarah. Less pressure.. Moga Allah permudahkan. Amin!!


**Sambung wat laporan. Lebam mate....

Saturday, October 19, 2013

.Tak masam.



Selaku hari cuti hari ni aku kemaen kutip hasil kat rumah. Ape yang ade lah. Aku memang sukelah sangat dengan pelam besau giler yg tak masam n crunchy habes nih. Begitu mengiurkan.. ekeke

yang 5 biji lagi pelam kuini. 

Betapa kerdilnyer pelam kuini tuh kan? wakaka... Ah as long aku tak payah bayar untuk dapatkan sumer nih, ok jer. Rambutan and durian kat rumah nih pon ade. Tapi bak kate mak aku, bile dah ade, tak teringin pulak nak makan..

Masalah betol! 

haha




Tuesday, October 15, 2013

.Dream Comes True.



Kejadian 5 Oktober 2013 yang lalu....




Tak pernah sangka akan sejauh ini..

Alhamdulilah ya Allah!

Semoga segalanya lebih baik nanti. amin





credit : my official photographer Faiz and Ajib

.Pengisian Jiwa.



Entahla... kebelakangan nih aku selalu rase cam tak tenteram. Macam-macam masalah yang dok bermain dalam fikiran aku. Taapi aku sendiri rase macam taktaw nak luahkan kat sape, macam mane and bile. Entahla...


Bile aku rase camni, aku suke tengok gambor-gambor yang menenagkan fikiran aku even aku tengok hari-hari. At least damai gak jiwa ye dak..


Sawah padi yang selesai dituai.


Ni pemandangan tepi rumah aku depan garaj kete. Aku suke melepak sini bile aku sampai je rumah, kuor kete sambil hirup angin yang memang sangatlah segar and nyamannya. Pastu renung jauh-jauh keindahan ini. Compare dengan hidup aku.


Hurm.. Betul lah kate orang, hidup nih bukan senang. Macam sawah bendang nih jugak, before dia selamat kene tuai, macam-macam cabaran untuk hidup and buahkan hasil yang banyak. Same je dalam hidup aku. Bezanya aku mampu or tak je.


And selalu aku akan mengeluh dalam-dalam, tarik nafas panjang-panjang before masuk rumah.. Kalaulah aku tahu ape manisnyer disebalik kepahitan ini...


Alangkah indahnya!!


Aku yakin, akan tiba saat itu!



.Salam Aidiladha.



Sekejap je dah Raya haji. Baru je Raya pose hari tuh wat keputusan drastik menjauhkan diri, tup-tup dah sampai raya haji. Alhamdulilah diberi kekuatan sampai hari nih.

Nama pon raya haji means raya korban. So kenalah korbankan sikit segala-gala yang disayang. Demi untuk masa depan diri sendiri. Gitew

ada tudung, kunci kereta and wallet

Aku tak rase feel langsung raya haji kali nih. Mungkin faktor aku yang tak sihat sangat. Plus macam-macam yang ad dalam palotak yang tak mampu nak diluahkan. Jadi terus mood ke laut. Makan pon tak excited sangat walaupon banyak gilos makanan.

Kesimpulannya, aku beraya sekadar macam orang beraya. Tak best. Tapi tetap nak ucap Selamat Hari Raya jugak!

Ok nak tidow. Esok sekolah! 


Saturday, September 28, 2013

.out of mood.





Kenapelah malas bebenor aku nak hapdet belog sekarang? Banyak nak update tapi mood ntah ke mane. 


Datanglah wahai mood. 







Wednesday, September 11, 2013

.Bertingkek-tingkek.





Aduyai.. malas bebenor aku nak lipat sumer nih pastuh campak dalam almari. Masa sikit taknak terus lipat. Bile dah bertingkat-tingkat camnih terus malas semalasnya. 

Bile masuk bilik ni ha yang paling menyakitkan mata. Sampai 2 bakul tu ha. Padat-padat pulak tuh. Tak heranlah almari aku makin kosong. Koz sedap ambik tapi malas lipat. huh!

Azam malam ni : lipat sampai lebam. huwaaa!



Sunday, September 8, 2013

.Semua tentang kite.



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Lap air mata laju-laju. hehe

Friday, August 23, 2013

.Beribu-ribu tahniah.



Kawan-kawan aku memang pandai wat seprais. First at all, aku nak ucapkan berjuta-juta tahniah pada kawan-kawan kelas aku (Seksyen 01 uthm) koz berjaya merubah status ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah.

Oke, pasangan pertama, Wani and suami dia. Tapi yang nih awal-awal kami dah taw koz dia anta notis awal (kad jemputan). Tapi sayang tak dapat pi majlis dia koz jauh sangat plus bajet lari lintang pukang. Naseb si penganggur. huhu

so sweet..

Sebenarnyer dorang kawen dah lame. Berkurun aku baru nak update. Maklumlah tuan tanah pemalas tahap gaban. Apepon Wani, tahniah sangat. Walaupon ko tak banyak cakap dalam kelas dulu, tapi mesti ko suke dengar aku bercakap masa dalam kelas kan? kahkahkah!! gurau.. 

Seprais! Pasangan kedua, Mar buat kejutan bertunang dengan Ikmal. Mase same pektikel kat PSA and dok rumah sewa sesama, selalu dengar Mar kate nak kawen cepat. Kemaen terburu-buru dia. wakaka. habeslah kalo dia baca. 

ni bukan pic tunang.Pic dia hilang lak. haha

Tahniah Mar! Kurangkan sikit sifat garang singa ko tuh. muahaha. Ala tak lame je pon bulan 11 nih kan. Semoga dipermudahkan.Amin

Oke, pasangan ketiga yang membuat seprais tetibe post gambo kek ade name mereka tak laen tak bukan, pasangan paling hot dalam kelas kami ; Hajjar and Mael. Fuyo... Raya kedua tuh dorang bertunang. Tekejut gak time bukak fb. Maklumlah, aku kan over kalah budak kecik time raya-raya nih, feeling beraya semedang. Tetibe ade orang bertunang cam batak kejap. wakakaka..

perghh sopan betol ko Aja. hihi

nampak cincin itu?

Alhamdulilah bertunang sudah mereka. So semestinyer Syawal kali nih paling bermakna dalam hidup dorang. cewahh! Aja, ko gojeslah! Paling aku suke, ko sangatlah simplenyer. Nice and sweet gitu. Tak payah nak macam retis sangat kan..? I loike..

nih pic dorang jadi pengapit seminggu after bertunang

Ekceli tak sabor nak tengok produk dorang bile mereka dah kawen nanti (ulang balik.. bile dah kawen nanti). Oleh kerana aku dengan Hajjar dulu serumah, jadi taw sangat dah perangai dorang nih, kejap-kejap gadoh, kejap-kejap baik. So korang, dah bertunang nih sila lebihkan bersabor yer. Lagi-lagi Mael. wakakaka. lariii...!

Seprais keempat.. sape lagi kalo bukan dak rhetiawwww!! tuh. Memule si Fizan upload dalam group aku berkerut-kerut tengok sapa dia tuh. Sekali, la si Fiza rupenyer. Memang dengar ura-ura minah nih kalo melepak kat rumah aku, nak kawen cepat aje. ha, padan sangatlah tuh. one step closer, dia bertunang raya ketiga. Betapa syawal yang menggembirakan lagi. cewah!

alololo.. cantiknyer kawan aku.

Walaupon dia pernah nanges mase naik top gun (hihihi.. lawak lawak), dia tetap berseri di hari pertunangannya. haha. Simpan sikit perasaan kurang sabor mase bertunang nih ye Fiza, moga cepat sampai ke jinjang pelamin. Amin. Tahniah!

Pasangan kelima, feveret gak nih. ihihi... Budak yang aku rase paling kerek mase awal-awal sem dulu. Tetibe jadi kawan baek gelak guling-guling. haha

Alin and Nami

Dorang bernikah pon raya ketiga jugak. Alin, ko memang gojes. Aku taw ko rabun warna sumer warna ko nak pakai kan. kakaka. And ko jugak kemaen desak aku suh kawen cepat. Kemaen berchatting menakutkan aku. Mentang-mentang dah kawen. Bersemangat memberi penerangan kepada aku yang naif (naif tuu.. wakakaka) ini.

Pelamin cntik. Putih suci jer.

Alin, some times aku rindu gurau kasar ko yang tetibe mengena tepat dekat orang-orang tertentu. Semoga berbahagia Alin. Aku doakan ko dapat anak cepat. Korang berdua nak anak cepat kan. Moga dipermudahkan. hehe. bak kate ko (ayat ko memang takleh blah. haha) kat aku semalam;

"aku kena bekerja keras untuk realisasikan impian kami tu. hehehe"

Pasangan keenam, memang yang paling seprais sekali lah. Takder angin takder ribut, tetibe muncul pic mereka bertunang. wakaka. Diam-diam berisi okeh. hihi

Faiz and Fadzlina

Maunyer aku tak terkejut, koz dia nih paranoid sikit dengan pompuan. Teringat awal-awal sem dulu, dia siap menggeletar mase A'ah hulur kertas undi kat dia dalam kelas Philosophy. Kalo cakap dengan pompuan tone suara cemas kemaen apetah lagi kalo pandang muke dia. Gelabah weh! Selalu kene bahan kat kelas as Dr Romzey 40 juta! kahkahkah! Paling ingat dia berpidato dalam kelas dengan suara menggeletar sampai bengkak perut kami sekelas gelak. Tapi bile dah lame kenal pompuan, dia kembali normal. haha. Faiz, tak sangke ko dah bertunang.

And, aku dengan A'ah curious giler camne dia approach tunang dia nih dalam keadaan penyakit pranoid dia tuh. hihi. And paling tak boleh blah, sorang pon tak terhidu dia ade aweks. (ke aku dengan A'ah je taktaw? hihi). Tetibe dia amek pic cam kat atas. Terkejut beruk aku. haha. Tahniah Faiz dan tunang. Semoga dipermudahkan untuk langkah seterusnya. amin

And yang terakhir, dia pon bagi notis jugak tapi tak dapat datang koz kazen aku bertunang. Majlis dia pon kat Johor. jauh tu. Tahniah Farah and Ijat. Pasangan paling cool koz jarang dengar masalah dorang. giler cool kan?

cube ko dok diam-diam Fara. haha


Farah pon osmet aku jugak merangkap rumet si Hajjar. Beribu-ribu tahniah. Ni pon kes lame bercinta jugak.  Aku tak pernah dengar dorang gado ke aper ke, rilek je makcik pakcik berdua nih. Harmoni gitu. Alhamdulilah, sampai gak jodoh mereka. 

Mase wedding akak dia tahun lepas, aku gi. Siap tulis untuk Fara andIjat lagi kat Guest Book dia. Memang tak sempat gi, and ko koyak jerlah ucapan kami kat ko Fara yang in advanced tahun lepas dari buku kakak ko. hihi

Ikhlas dari aku, tahniah kawan-kawan. Hepi for u ols!



credit : Hajjar, fb Faiz, fb Wani, Fara, Fiza, Fizan, Mar, Mael, Alin. 



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.