Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, August 26, 2011

gelak sampai lebam


Semalam petang buke pose dengan my ex boss (Miss Fizah) mase pektikel kat Unit ICT, PDKS ( budak pektikel paling glamer. wakakaa) dulu. disertai oleh Dila, Aliya. Walaupun berempat tapi memang takleh blah yer. keje melepak, melucah and gelak-gelak. Paling takleh kaver mis fizah r. suke benor dia. hahaha


layan pic jerlah. lagi besh :) 


picture paling aku suke. Aliya, Adila, Mis Fizah and Miss Dora











aperpon thanks sangat-sangat to Mis Fizah koz sudi belanja aku and yang lain. dari zaman pektikel dulu beliau sangat pemurah. ko cakap jer nak makan aper. pizza? kepsi? aperpon boleh. lom duit raya lah and lain-lain. i lap u lah! next time aku pulak belanje. hehehe...........


Tuesday, August 23, 2011

bawak megi dalam baldi


Huaaarrrggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

tengok-tengok jam dah pukul 11.14 pagi. gilak! tidow ker pengsan? hahaha... bangun-bangun terus sentuh lappy (rumah dah siap kemas 80% pon) . tetibe teringat kenangan lame bile bulan pose bangun lak lambat. hahaha


op koslah kenangan mase kat uni kan? Kalo kehidupan yang tak normal, aku rase uni lah tempatnyer. taktaulah kalo orang lain kan.. tapi aku sepanjang 3 tahun kat uni aku rase aku tak normal sangat. hahaha. boleh? pon boleh...


mane tak nyer, kalo bulan-bulan pose nih malam boleh dikatakan 99% aku dengan kawan-kawan aku tak tidor. Kalo setakat pukul 12.00 malam tu adalah pagi bagi we all. "malam masih muda" mulelah jiran-jiran aku akan berkunjung ala-ala Aidilfitri. esok-esoknyer haroslah aku balas kunjungan balik dengan jiran aku kan? hahaha.. time macam nih la baru ader idea nak wat asaimen, siapkan keje last minute and layan muvie. udahnyer pas subuh baru tido.. haishhh!!! 


bangunnyer? paling cepat pukul 11.00 pagi. lagi sadis kol 2.00 petang baru bangun (tak selalu oke). pastu kene lak time tu ko dapat 'cuti' hahaha... mestilah perut lapor kan. bangun-bangun cek stok makanan. megi r paling fofuler time tuh! kalo stok habes pergi pakse jiran seblah bagi. hahaaha.... pastu nak buat megi tu sadis. koz what?


koz kolej aku seblah kolej laki. Jadi kalo kuar bilik mesti budak-budak laki yang lepak kat hujung blok akan nampak. takkan aku nak bawak heater menonong jer kan? mestilah kene cover-cover sikit. hahaha... so aper penyelesaian?

masukkan heater and megi and sudu n mangkuk dalam baldi. pastu jalan perasan nak gi basuh baju. padahal dalam tu stok makanan untuk lepak bilik seblah. wakakaka...

pastu selesai masalah. kenyang sikit. kalo tak pose berjemaah lagi syiookk.. tak patut betol r! keh keh keh! meh nak tunjuk blok aku. gambar official takder. pakai gambor mase blok aku wat sukaneka. pon boley...


circle merah : blok lelaki (dekat gilers kan? 2 yang besh tu. haha)
line kuning : laluan dari bilik aku ker toilet atau sumber air. hihihi


Kadang-kadang budak-budak lelaki blok H nih sengal gak, orang lalu nak gi mandi di phewit-phewit. tapi so far tak pernah ader kejadian pelik-pelik. mungkin koz dekat, dah selalu jamu mata, so tak heran. Tapi setiap malam besh gak skodeng dorang (matikan lampu bilik we all dulu..hihihi). kalo bersembang tu memang dengar sangat-sangat. 


nampak tak stok makanan dalam lemari aku n rumetku? hahaaha...
pic atas : my katil n lemari
pic bawah : my rumet punyer.
cantik kan bilik we all? 

HAHAHA!!!


Sunday, August 21, 2011

dah 20 hari tak jumpe..


Jumaat lepas aku dengan geng-geng ahli setia telah berbuke pose sesame. Sepatutnyer ramai, tapi memandangkan masing-masing ader hal dengan mentua lah, anaklah dan yang tak dapat dielakkan.. maka hanye kami berlima jerlah menghadirkan diri kat 1 plaza. eekeke... orang bujang mestilah free kan? aku cerite dalam point form r. senang sikit. (takde orang nak baca pon aku baca soranglah.) hehehe...

  • Memule ambik Elly kat Kopema. Then gi umah Azie. Tunggu sikit punyer lama. sekali tengah mandi da.. tak pasal-pasal rambut basah lagi and kene bebel dengan aku. hahaha. nasib aku dengan Elly kalo bersembang tak hengat donia. kitorang kalo perjalanan dari JB ke Arau pon leh sembang tanpa henti. kih kih kih!
  • Sesampainyer kat 1 plaza gi merayau-rayau dulu. siap survey tempat karaoke. personally, aku tak minat berkaraoke. tapi best gak survey-survey. hahaha
  • Time nak buke pose hambiklah lauk aper ko nak. main iftar kat sini steamboat. tapi aku tak kenan sangat. makan jugak. tapi yang lebih besh makan lauk-lauk bese and buah of course! (time nih dayah tak sampai lagi)
  • mase tengah berbuke senyap jer yer. tak toleh kiri kanan dah. hahaha.. tetibe henpon Hata bunyi. dah agak mesti Dayah. Tetibe Hata gelak macam orang sawan. aku dah agak mesti kes sengal terjadi. Rupenyer si Dayah gi tingkat 2 kat ruangan ballroom. tak menahan siap cakap "kenapa ballroom nih kunci?" kah kah kah! maunyer we all tak elak guling-guling, orang kat bawah, dia pi naik atas. hahaha. memang kene bahan r Dayah. lawak! lawak!
  • Siap solat and sambung makan eskem sambil bahan geng sendiri. bongek. Azie lah yang kene koz awal-awal aku, Elly and Hata buat pandangan maut kat azie koz soklan azie tak sampai. kah kah kah! gelak tak hengat donia. kih kih kih!
  • Pastu parking kete kat Tesco pastu menapak gi kedai-kedai sekitarnyer. Aku suke jer jalan malam-malam. koz tak panas. hehehe...
  • After that we all lepak kat mc'd. 

Tarikh nafas jap.. haplod pic before ke mc'd. hehehe...








okay sampai mc'd jer lepak-lepak dulu koz ramai yang tengah beratur. si Hata siap tanda kertas trial anak murid dia lagi. port we all lepak of courselah kat tempat yang owez lepak. haha. guess what? aku jumpe orang yang telah membuat luke lama berdarah kembali. 10 tahun yang lalu. huhuhu... Jahat tak aku? koz aku langsung tak nak pandang and tegur dia. Aku dah maafkan, tapi aku takleh lupakan sampai bila-bila. and biarlah aku tak tegur dia koz aku takot aku dendam nanti. huhuhu. tak baik oke Dora!


Jumpe jugak family Neni. memula aku dah perasan, tapi macam takot salah. dok pulak meja seblah we all. Tapi aku tegur jugaklah koz aku rase kompomlah kan dorang. hehehe.. mak Neni memang ramah. i like her! abang-abang dia yang sulung jer kot tegur aku. yerlah dulu kan aku keje melepak umah Neni dengan si Maah. hahaha... bergosip pasal jiran sebelah umah Neni (ensem oke). Tapi dah kawen hari tuh. Frust oke!








We all lepak sampai kol 2.30 pagi. macam-macam kisah. dari politik (yang ni mesti), luahan hati dan segalanya lah. tapi the main part is we all sentiase bersyukur. malam tu jugak aku dapat good news dari abah. mestilah pasal duit kan? hahaha.. mungkin rezeki nak study. alhamdulilah. Tapi abah bising-bising jugak koz balik lambat. koz my aunty dari Pahang dah sampai umah. patutlah.. tapi ayat aku beselah kat abah;

ala abah.. malam masih muda. lagipon dah 20 hari tak jumpe my geng and balik lambat. lek r bah, nanti nak join gi keje singgah mc'd yer. hihihi....

Saturday, August 20, 2011

good news!


Balik dari jadi supir tadi aku dapat good news dari A'ah. Dia kompom ambek master sem depan bersama-sama. hoyeahh! hoyeahh! so we dicided dok umah sewa. i loikeee!!!. kata mr cheer bolehlah dia singgah kalo dia balik kampung. hahaha....


wif A'ah mase grand dinner Kolej Proton..


So takderlah awkward sangat nanti koz bawak geng dari uum. hahaha... Walaupun kat uum we all tak same course tapi fakulti we all sebelah jer. Kat kolej pon we all jiran sebelah. Tapi kali nih we all same course. hihihi


Kalo salah masuk dewan kuliah taklah malu sensorang macam mase kat Kedah dulu. Dah sem 5 pon salah masuk dewan kuliah lagi. hahaha..


Wish me luck! :)


Friday, August 19, 2011

agenda kami..



gather beramai-ramai jap lagik. Pastu nak lepak sampai lebam. Lame tak jumper lah katakan. ngeee~~ hahaha.. hausnyer hari nih :(



Thursday, August 18, 2011

Doktor ensem dan pesakit angau


Hari nih seperti yang dinyatakan dalam surat aku kene jumpe dengan doktor pakar. Tak pernah seumur hidup kene jumpe doktor personally. malu lah ai tau. hak hak hak


before jumpe doktor check tekanan darah dengan nurse. yang nak tergelaknyer nurse tu sebok tanyer aku beli baju yang aku pakai katnerlah. Baju tu santeklah. Siap kirim okey kalo aku gi tempat tu lagi. hadoii! Lucu tol r dorang nih. Tetibe aku rase hospital dengan bank dah jadi kawan baik aku sekarang. hik hik hik!


"Natasha Dora! silakan.."


Sekali masuk bilik itu alamak.. terpana aku. ensemnyer doktor tu! Hadoii!! tak senang duduk aku. hahaha. oke, dah terlebey da.. Doktor tu sangat polite, sangat sweet, caring and ensemlah op kos! Pastu jenis kalo bercakap pandang mata. tak bercakap pon pandang mata. alamak.. wa nak pengsan. hahaha! pastu murah dengan senyuman. doktor senyum aku mestilah balas. gatal woit!


Pastu bermulalah convrsation we all. dari hal peribadi sampailah satu part lawak. hahaha (gelak dulu). Part paling lawak dia tanye aku;


Doktor : u nampak stress ajer.
Aku : haah, i think hospital making me stress. hahaha
Doktor : (gelak tak sangke dapat jawapan bengong dari aku. hahaha). sorry, can i check ur neck for begum?
Aku : hah? owhh.. sure! (meremang weh kene sentuh tekak. kan dekat dengan leher. dia pon tersasul-sasul kejap suh telan air liur kejap suh tarik nafas.. wakakaaka)
Doktor : okay. Basically it was normal. u never plan untuk pregnant right?
Aku : Of course not! (sambil jegil mata kat doktor tu)
Doktor : (gelabah) Sorry, i didn't.. it's not about u marriage or not nor single or not. just asking because if u had hypertension its can.... bla.. bla.. bla..
Aku : mestilah tak!
(aku nak gelak tengok dia gelabah. hahaha)
Doktor : i'm sorry..


Pastu tanyer2 lagi. tapi bile aku senyap tetibe dia mesti pandang mata pastu senyum. aduhh! nak pengsan aku! hahaha... tapi kan doktor tu doktor cina. mule2 aku ingat melayu mix-mix. Rupenyer cina. Tapi so gojes! owh Dr. Aaron.. takleh tidowlah aku malam nih. hahaha. Pastu sembang dengan mr. cheer..


aku : Hari nih hari yang indah. dapat jumpe doktor ensem. arghh!!! tamau balik hospital tadi. muahaha
mr cheer : Lah.. u sakit per sampai gi hospital?
aku : Kantoi kat hypertension.. Padahal demam hari tu. tak pasal-pasal kene jumpe doktor. tapi dah okey. takley lupe kat doktor tu. aiseh!
mr cheer : Ai dah hypertension pon menggatal lagi. patut tak baik-baik. hahaha
aku : doktor tu renung mata pek, alamak, nak pengsan. haha
mr cheer : eeii budak pen sekor nih, menggatal jer kejenyer.. mesti doktor tu wat dek jer dengan u kan?


dengki lettew.... :p

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 15, 2011

eeiii.. tepi sikit boleh tak?


Hari nih memang giler kentang penatttttttttttt sangat-sangat gi somping-somping (kat Klang and Shah Alam ajer pon) volume 2.0. dari satu tempat ke satu tempat. nasib tempat ekon, taklah aku kelam kabut mencari air. hahaha. tu lom kes rambang mata nampak kembang jer. hik hik hik!


Kirenyer kuar dah awal-awal pagi. perjalanan pulak jammed gilers time balik. Aku lalu Meru and Kapar pon jammed, lalu rantau panjang pon jammed. Nasib ader abang polis terapik ensem (eye candy. hihihi) kawal lalu lintas. So taklah sengal sangat tunggu terapik light menyala kaler hijau. hahaha


Sampai jer kat Kuala dah kol 6.50 ptg. Singgah kat bazar memandangkan kat umah takder lauk sangat. yang aku hangin sesangat aku nak cepat tapi ader sepasang kapel perasan dorang bercinta sorang-sorang dalam donia jalan macam pengantin kat bazar tu. Weh! aku kat belakang dorang nih pon dah jadi macam pengiring pengantin pulak. Api-api marah dah kuar dah. huhuhu


Hati dah panas. den nak copat ekau bercintan-cintun pulak. haku aper lagi dengan selamber ayam terus mencelah sampai terlanggar-langgar (imagine budak gemok mencelah kat kapel tu..). ha! padan muke korang. korang ingat korang jer yang bercinta? orang lain pon bercinta gak tapi taklah desperate sangat sampai kat bazar yang sesak tu pon ko nak berdua-duaan macam berjalan tepi pantai. haisshhhhh!!!!!


last-last maghrib cengkling gak sampai. huh! lain kali tepi sikit!


Sunday, August 14, 2011

special entry for him ;)


ader orang tamau ngaku dia tak dapat cari belog ai..
dia kata maner boleh gitau ai takut menyekat kebebasan berkarya ai..

motippp?

ai tanyer naper tak tinggal jejak?
dia kate nanti ai tau..
tak sedaplah pulak (ayat poyo u nih. hahaha)

hek eleh..

so misi dia masih tak jumpe belog ini..
wakakaka...
leh ai berdrama lagik tentang u. hahaha

kate ex hackers.. hahaha
hilang kepakaran letew...
to you : nih entry khas untuk u pek.. 


ha ha ha ha!!! gelak jahat!!!


**kes asal dia nak cari belog i tapi mestilah tuan punyer belog memalu cipan tak bagi url. kate pemalu kan?.. hahaha... so kekonon dia nak cari sendiri memandangkan reputasinyer as ex hackers. yo lah tu pek! larikkkk!!**


jantung terkeluar bersepah-sepah


huuuuuuuwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kalah lagi.. tanjat boboi! tanjat boboi! tanjat boboi!


sedia maklum Lee Chong Wei dah kalah pada Lin Dan buat kesekian kalinyer. huwaa! nak pecah jantung aku tengok dorang main. rase nak pengsan pon ader. rase sejuk semacam. dah agak kalo 3 set mesti LCW kalah. oowwhhh!!! no no no!


Secara rasminyer untuk rekod tahun 2011 rekod memihak pada Lin Dan dengan 2-1. mase Korean Open LCW kalah, All England Lin Dan kalah. But kejohanan dunia nih LCW kalah lagi. Tahun depan takder world champion memandangkan ader sukan Olimpik pulak. sedeh lah! 


habis jer game Dayah terus call aku. bukan nak bagi salam ke haper. terus jerit-jerit termasuk aku. Maklumlah we all kan sayang Mesia yang bertuah. So kene ulas game tadi. huk huk huk..



miss Dayah wif miss Dora


** i wanna be a bllionaire so frickin bad.. buy all of things i never had.. i wanna be on the cover of Forbes magazine.. smiling next to Oprah and the queen... owh every time i close my eyes.. 
(bunyi ringtone henpon) **



Aku : Ello...!
Dayah : Weh Tasha ko watper?
Aku : tengok tv lah..!
Dayah : oo my gosh.. ko tengok tak? owhhh nooo!!!! bencinyer! bencinyer!
(time nih aku dengan Dayah dan meroyan koz buah hati we all dah kalah kat Lin Dan...)
Aku : tau takper!!! ohh myyy!!! tak suke! tak suke! tak suke! (gediknyer time nih) bencinyer!!! huwwaaa!!!
Dayah : oohh gosh.. second game yang aku tak puas hati.. how come leh kalah 21-14. owhh!!
Aku : tau tkper! so sad.. sedihnyer aku! aku dah agak kalo 3rd game mesti LCW susah nak menang..!
Dayah : ko tengok kat astro ke tv2?
Aku : tv2 lah. sajer nak dengar pengulasnyer mengulas..
Dayah : mase second game why pengulas tu cakap pasal ******.. owhh! ni mesti pasal dia mengampu lelebey jadi kalah LCW. koz tamau kene hug dengan ****** lagi.. bla.. bla.. bla.. kah kah kah!!


(aku dengan Dayah gelak sakan ngalahkan setan yang sentap kene kurung sekarang bile story pasal pengulas RTM yang kaki ampu. hahahaha)


Aku : tau tkper weh! sentap aku! motiff tetibe nak mengampu?
Dayah : nasib baiklah Lin Dan tu hensem. Kalo tak, dah aku bomohkan! wakakakaa!
Aku : tau takper. hik hik hik!
Dayah : but Lin Dan has a better attitude than before. Kalo tak sombongnyer kemainn!benci mase dia wat aksi last tu. hahaha...
Aku : yes betul tu. Dia pon sedar dia tak sesenang dulu nak kalahkan LCW. kan? ko terjerit2 ker kat umah tu?
Dayah : tau tkper! lantaklah jiran sebelah nak dengar ker tak. huwaa!!! naper LCW kalah? so sad... so sad.. penat aku tunggu n jerit-jerit. huhuhu
Aku : ko ingat ko sorang jerit-jerit? tapi tkperlah.. LCW tak lucky malam nih. but still proud of him!



ha... punyerlah minat and nak tengok LCW menang sampai jantung sumer orang nak tercabut. Aku rase kalo jantung tu leh kuar sure bersepah-sepah kan tadi. aku siap terjerit- jerit tak senang duduk sampai kucing-kucing aku pelik (jeling-jeling po iye) tengok tuannyer sengal. hahaha!! aperpon proud to be Malaysian!! hoyeahhh! hoyeahh! hoyeahh!


bukti sokongan rakyat Malaysia! u're not alone Lee Chong Wei!!


~~ esok nak somping-somping raya lagi. padamkan kekecewaan malam nih. hehehe~~


Saturday, August 13, 2011

aku dan lubang jamban


Aaahhhhh!!! sentapnyer aku dengan lubang jamban hari nih! menyesal aku masuk bilik termenung tadi. menyosal! menyosal den! kahkahkah!!!


And gedik-gedik bawak sekali lens case dalam tu. huarrgghh!!! tak pepasal tutup lens case aku masuk dalam lubang jamban tu. padan muke aku koz cuai sangat. huargghhhh!!!! so nak tutup pakai aper? hak hak hak


moral : kalo nak masuk bilik termenung tu takyah gatai-gatai bawak benda lain bersama. bawak diri sudey.. hik hik hik...!


nasib umah aku toiletnyer takder meriah sangat cenggini. Kalo tak adik aku si gibam tak sudah-sudah lepak dalam toilet. silap-silap kucing aku pon feeling dalam nih. hahaha. credit pic from HERE


Thursday, August 11, 2011

Aku benci lelaki yang suke naik tangan dengan perempuan


eh eh eh.. it's not about me yah.. kene gitau. kang orang ingat aku kene pukul dengan laki pulak. keh keh keh!


Pas mandi and solat maghrib tadi my mum teros gitau kat aku yang kawan aku (nama dirahsiakan. hihihi) baru jer bercerai. OMO!!! (Ooo Mak Oii) terjerit terkejut aku aku weh! biar betik? Apakah puncanyer? tak sampai 3 bulan okey? Kesiannyer kawan aku tu. sedeh lah!


Katenyer kes angkat tangan angkat kaki sumer angkat ler. Ohhh my! aku anti gilers dengan lelaki yang suke nak naik tangan dengan pompuan. Bile sekali dah angkat tangan sure nyer akan angkat tangan lagi bile gadoh2. Hello!!! kamu kan lelaki.. so selesaikan masalah dengan cara yang yang berhemah lah. kamu hengat pompuan nih alat mainan nak tendang2 sesuke hati dan pankreas?? hado!


Mase bercinta kemain lagi. dah kawen suke2 hati kamu ajer nak ditangan-tangan or disepak-sepak? Kes nih bukan sekali aku dengar. jiran aku pon dulu camtu jugak. lagi sadis siap kene iron lagi. ohh myy! sangat sedeh dan kesian. Sampainyer hati buat orang yang disayangi and dicintai macam tu. so sad..


Tak pasal-pasal terencat aku nak kawen nanti. hahaha.. takut gak weh aper rupe laki or perangainyer nanti. Mintak-mintak janganlah dapat suami yang suke mendera. suke memukul. suke cakap suara tinggi. Walaupun aku nih kental tapi cuak gak kan.. maklumlah aku kan lemah lembut orangnyer. hahaha.


Semoga Allah membukakan hati mereka yang panas baran dengan pasangan masing-masing untuk berdamai. Perkahwinan biarlah kekal hingga ke akhirnyer. tapi kalo dah lebam-lebam mungkin penceraian penyelesaiannyer kan.. Kalo perkahwinan tu di bina atas dasar percintaan biarlah perkahwinan di bina berlandaskan islam koz bile kite menghayati islam sumer nih takkan terjadi.


ha.. kalo cenggini suami isteri kan elok. ensem lak laki dalam pic nih walaupun katun. hik hik hik. (gambor diletakkan dengan motip oleh penulis blog. ader sebab aku suke gambor nih. hihihi) credit pic HERE


Wallahualam...

Pertama kali



Pertama kali..
bile pertama kali perkara tu terjadi..
pertama pada malam itu..
pertama kali nak gelak guling-guling jugak..
pertama kali jantung nak meletup..


pertama kali gak nak cakap susah..
pastu muke merah-merah
pastu duduk kat hujung bilik
pastu sambung gelak-gelak lagi

bile perkara pertama kali rase serasi
rase selamat
rasa macam gembira sangat
rase macam 'eh betul ker nih?'

pastu rase nak melompat-lompat..
hahaha... 

yang pasti 
pertama kali aku rase perasaan macam ni
sebenar-benar perasaan



senyum sampai telinge sampai bile-bile. hihihi

Tuesday, August 9, 2011

feveret biskut raya : biskut dahlia



Aku memalam nih jenjalan kat belog orang and terjumpa resepi kuih kesukaan aku. Oh my! biskut dahlia yang sangat2 aku sukai. Kalo gi umah orang ader kuih tu kompom aku angkut dengan bekas-bekasnya and makan tanpa pelawa orang (siap mintak tapau. hahaha). Pastu kalo mak aku perasan mesti beliau akan kata "cubelah pelawa orang lain. makan sorang jer". Aku sebagai anak yang baik akan tanya jugak lah "korang tak nak kan biskut nih?" hahahaha... makan hati orang yang kene tanyer tu. 



homagod.. terliurnyer aku!!!


Dah2.. aku nak paste balik dari belog INI resepi yang dia bagi. ambik dulu. Pastu time buat tengoklah raya tahun depan ker. hahaha...


BAHAN-BAHANNYA 
  • 300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
  • 160 g gula aising 
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla (guna esen rose)
  • 240 g tepung gandum* 
  • 100 g tepung jagung* 
  • 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak) 
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
  •  
CARA MEMBUATNYA :
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  • Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Selamat mencuba! Korang kalo dah buat bagitau aku erk. Leh aku dengan muke tak malunyer datang bawak tupperware sekali untuk menapau. 
Sekian, Terima Kasih. hihihi


** homagod. sangat heppy malam nih. lalala **



Nija Junior suwit....!


Wah.. terujanyer tengok first baby Nija. Sangat comel (macam aku. wakaka). Walaupun bawah kawalan doktor berselirat dengan wayar2 tapi sangat suwit and somel sangat2. Nija selamat deliver pada 7 Ogos 2011 pukul 4.30 petang. Dia bersalin kat Pusat Perubatan Universiti Malaya secara emergency operation koz anak tak cukup darah.


siannyer dia. Takper. nanti dah sihat leh lari laju-laju kalahkan aunty erk. aunty juara dulu. keh keh keh!


Tapi alhamdulilah semua selamat. Nija kate name baby Nur Diyanah Nabilah. Aku sajerlah kekonon nak panggil Didi. Pastu kene sound dengan Nija jangan panggil gitu (padan muke aku. hahaha). Kene panggil Nabilah. maksudnyer yang cerdik. Alamak.. aunty Tasha dah kene marah dengan mama u lah Nabilah. hik hik hik


Aperpon kongrats to Nija dan suami. Tak sampai setahun ko dah dapat baby yer. hihihi.. Terase baru aku dengan geng-geng 6 jahanam (aku paling innocent) meredah hujan gi majlis kawen ko Disember tahun lepas kat Perak hari tu. Tapi dah rezeki kan. Alhamdulilah. Orang kate bunting pelamin. eh ye ker? Maksudnyer bukan pelamin tu kan yang pegnen? wakakaka... Tapi yang pegnen orang yang bersanding atas pelamin tu ler. hahaha


And tak reda lagi si A'ah and Lela nanges mase ko bersanding dulu. Tak reda lagi A'ah menjerit2 kene gigit pacat and aku berlagak macho tak lari tengok pacat tu. hahaha... Tapi kan kapel kedua yang bersanding hari tu (Mokjey and Jaki) tak bersalin2 lagi yer. hahahaha... larriiikkkk!! Aperpon congrats Nija! Kepada Nabilah semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi muslimah yang baik nanti. InsyaAllah..


Lots of Love,
aunty Tasha yang somel. hihihi

" i kat KL ni.."


mr cheer : hi u.. senyap jer. bizi ker?
ai : senyaplah. i kan pemalu. tak bizi pon. hehehe
mr cheer : eceh! pemalu konon. Nak tergelak dengarnyer. i kat KL sekarang ni.
ai : Patutlah Selangor panas. Ade tambahan orang kat KL. berape lame kat KL tu?
mr cheer : yo la tu. Jap jer. Khamis nih i baliklah.
ai : Watpe kat KL tu u?
mr cheer : oohh.. i ada urusan seri paduka baginda.
ai : aahhh... gediklah u
mr cheer : kejelah aper lagi. hehehe
ai : ala.. bukan jauh pun Kuantan ke KL tu..
mr cheer : Jauh wooo... musafir nih. bole berbuke tau.. hehe
ai : Ellllleeehhhhhhh!!! macam naik unta. Unta pon tak kose nak bawak u. Kaki tak sampai. ekekekee...
mr cheer : Ai u nih. Nasib baiklah bulan pose.. memang i naik untalah..
ai : Naik unta? hahaha.. Takleh bayangkan. kahkahkah!!!!
mr cheer : i ok lagi. Kalo u la lagi i tak bole bayangkan. hehehe
ai : ellleeeehh!! dengki lettew..! :p





Monday, August 8, 2011

Melentur buluh si buluh-buluh



Assalammualaikum. 
Pepagi tadi mase bukak fb jer ader orang share pasal Wardina Saffiyah yang share tentang usahanya berbaloi dalam mendidik anaknyer sembahyang. Aku macam tertarik. So aku nak letaklah kat belog aku nih agar apabila suatu hari aku dikurniakan anak (ecehh! perasan) leh jadikan pengalaman wardina 2 satu cara. kan? kan? kan?


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

 I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

 tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

 2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

 ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

 3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

 4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

 5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

 Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

 Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

 And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus… fahamkan?

Suwit kan? i like...... 


credit : HERE



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.