Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, July 31, 2013

.clueless.



Baru siap tengok drama bulan pose (Ramadhan yang hilang). Walaupon hangen dengan iklan yang mak aii berjela-jela, tambah dengan nyamuk yang arghhh!, tapi malam nih cerite sungguhlah menyayat hati dan perasaan.


Lagi-lagi part yang tengok tunang sendiri curang dengan adik hangkat sendiri kat rumah sendiri. Biadap! haha.. emo pulak aku. Lepastuh dapat call bapak sendiri dah meninggal buat selamenyer. perhh! dabel hazab si Zafirah tuh hadap. sob sob


Walaupun nih hanya drama, tapi dah banyak yang jadi realiti. wow.. bukankah hidup ini drama dan bumi sebagai pentas kite? giteww! Amat terkesan sekali aku dengan lakonan mereka.

After siap tengok, masuk bilik terus. Capai henpon, lepastu...

mesej diterime. Betapa aku harap mesej dan penghantar mesej tak terperangkap dalam hati ini lagi. pliz Allah.. kuatkan hati ini. 

Subhanallah



Monday, July 29, 2013

.Let it be.





Jangan toleh ke belakang lagi sebab kamu takder sebab untuk tinggal. 

Just..

Let it be!

Sunday, July 28, 2013

.congrats Erin!.



Camnelah aku boleh lupe nak hapdet cerite pasal wedding minah erin dengan laki dia nih. Padahal majlis dia lagi awal dari majlis A'ah. Awal sebulan kot. Sampailah orang tuh sekarang dah loya-loya muntah-muntah bagai koz dah pregnant. Mujur belom terberanak. wakakaka



Mase 25 Mei yang lalu, aku dengan Anny gi lah wedding si Erin dengan pojaan hatinya kat Manjung. Tak daya koi nak gi belah laki dia (which is ramai classmates aku gi belah laki kat Melaka) koz kat Manjung tak sampai 2 jam pon kalo dari Tanjung Karang nih. tak lalu tol lak tuh. Haros bijak memilih. Erin nih kawen sekelas aku kat UTHM. muke macam pelakon Zarina tuh kan?


mase nikah

seyes gojes kawan aku kan?

Seyes lapo mase sampai umah dia. Farhana ade gi gak, tapi dia balik awal pulak. Koz aku sampai dalam pukul 1 camtuh. Pucuk dicita ulam mendatang, lauk memang best and sedap. Aku dah tak heran Erin kat mane hala ntah, aku terus tuju meja buffet je. kahkahkah!!


nampak tak? pinggan penuh yer!

Tak lame pastuh Erin datang dengan muke penat. Kemaen hijau minah tu mase bersanding. Tapi aku tak rase dia cam pengantin hari tuh. wakakaka.. ayat dia takleh blah hari tuh;

Erin : Kome, terime kasih datang. Penat betol. Nanti kome kawen, kome raselah camner penatnyer! 

hihihi... aku sempat gak menjawab;


Aku : ahh ko nih Erin, ko jugak yang sebok nak kawen kan? sape suh ko gatal sangat? haha

Tak sangke sampai gak umah minah nih. Koz jalannyer pon senang. Koz dulu aku study kat uum ,memang selalu lalu jalan depan umah dia rupenyer. Sunguh tak disangka.



Lebih kurang sejam gaklah datang umah Erin. Kemaen sebok dia melayan tetamu. Patutlah penat. Naseblah ko Erin, jadi pengantin, memanglah popular hari tuh. haha


Anny tapau gegule nak bagi anak buah dia. haha

sesi otograp

Aku tak ingat aku balik kol berape. Tapi kami tak lame sangat koz nak balik Tg Karang cecepat. Sampai je Tg Karang aku terus melepak kat mekdi Kole Selangor. wakaka.


Neway, congrats Erin. Moga ko bahagia sampai bile-bile. Semoga selamat dan bertuah dalam ape jua yang ko lakukan. Happy for u dear!!



 **credit : fb and OP Erin

.today and tomorrow.




Yah.. i never know what tomorrow will bring, but i must believe to Allah's plan!

I will!




Saturday, July 27, 2013

.Memory : Berkarate-do.



Koke? ape tuh koke? Sentap tak mase sem 1 bile tanyer senior yang dah sem 5 ke atas, dorang cakap camtuh? Bak kate sensei, kalo dah habes 4 sem koke, mesti sindrom 'ape tuh koke?' akan terjadi. hihi


with our sensei

Aku mase isi borang jawapan ke UUM, konpiden isi koke Karate-Do. cewah! hebatkah aku mempelajari seni mempertahankan diri dari Jepun itu? Abes jer orientasi terus gi Koke kat foyer Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Jarak memang jauhla dari kolej.  Nak naek bus? buang mase je koz DTSO kat tengah-tengah. Baeklah aku berjalan redah kolej tradewinds, mall, kolej petronas and tasik guthrie terus panjat bukit belakang dewan. koke tengah hari panas pukul 2 lak tuh. dahla kedah masuk azan zuhur lambat. nak berlari meredah pelbagai halangan lagi. cewah!


rare sangatlah kononnyer mase nih. muahaha

Tapi walaupun jauh meredah mall tasik and macam-macam, aku suke koz redup mata memandang tengok pemandangan UUM. Aku akui (bukan nak riak, tapi hakikat) scenery kat UUM nih awesome sangat-sangat. Pastuh yang aku lalu taklah panas terik. tapi redup dengan macam-macam pokok yang aku tak pernah jumpe tapi cantik. Kalo setakat nampak buah durian belanda bersepah kat kolej petronas, buah setaq bersepah kat kolej guthrie and dusun melambak kat depan kolej misc memang selalu. hai bahagianyer..


Zura, Fatin and Diana. dah lost contact.sob sob

Belajar karate best. Dahla kami kene command dalam bahasa jepun. memule tergeliat gaklah lidah menyebut plus tak paham bile sensei bagi arahan. sensei suh wat side kick, aku wat back kick. tapi dah 4 sem menghadap, fahamlah. tapi sekarang dah tak ingat balik. hihi. 

Dalam koke nih, sorang pon aku tak kenal. and takder sorang pon yang datang dari blok mahupun kolej aku. apetah lagi same kos dengan aku. So, bestlah kan seminggu sekali jumpe and bersembang luar dari kebiasaan. giteww..

Tapi sekarang aku dah tak jumpe kawan-kawan karate aku.Masing-masing dah bawak haluan sendiri. yang aku still tak lost contact just wana yang sekarang jadi cikgu kat sarawak. hihi. Bile aku tengok pict lame, ramai gak yang aku lupe namenyer sedangkan dalam pic bergambor bagai nak rak. haha


wana, azza, naza. yang len aku dah lupe name. huhu

koke gak kene ade kegiatan luar kelas (KLK). ader sekali buat tournament, ader lepak kat luar kat dusun Kuala Nerang. best woo. bile gabung dengan kelas karate lain. teramatlah bersih mata apabila dicuci. kakaka.. And pengalaman kat sane memang best dengan buah yang tengah galak berbuah tapi tak dibenarkan ambik. so sad!


eceh! rindu kat azza and naza.

only wana yang keep in touch. yang len taktaw mane dah.

batch kami

Pastuh mesti kene ade Integrasi. sama ada program kat dewan or berbaris untuk kemerdekaan. Wajib datang oke! kalo tak, markah hilang walaupon koke just 1 jam kredit. So, kebarangkalian untuk ponteng tuh memang sangat nipis. haha. padan muke.

Paling haru kalo kene berkawat. so 4 sem koke bersamaan 4 kali kawad. kat tengah-tengah panas. yang command memang palapes punyer guider. haru tak haru. tapi ader 2 sem tuh dapat sorang trainer yang sporting habes. berkawat 2 kali je, then dok kumpul bawah pokok bersembang sambil sign attendance. hihi. and ade 1 sem kami kene kaw-kaw teruk berkawat 2 jam non stop tengah hari panas pukul 2 sampai 4. owh kejam sungguh beliau! 


time integrasi. nih kes ngelatlah. hihi

Sesungguhnya aku amat merindui zaman karate aku. walaupon step agak susah, tapi momentnyer sangatlah berharga. pasti kukenang sampai bile-bile.

huh! aku rindu!


Friday, July 26, 2013

.Memory : bilik nombor 104.



Dalam bulan Ramadhan yang amat mulia nih tetibe hati dipagut rindu teramat sangat dengan kenangan 5-8 tahun dulu. Owh cepatnyer masa berlalu. Mengeluh Dora! jangan tak mengeluh!

Lagi-lagi bile terkenang bilik yang aku duduk zaman-zaman dulu. bilik yang paling strategik. hehe. Blok hostel aku ade 4 tingkat. And aku duduk tingkat 1. Tapi perjalanan nak naik tingkat 1 pon kene daki 3 tangga yang bapak tinggi. and bilik aku no 104. i loike!

Aku dok Kat Kolej Proton. Kolej Proton ade 8 blok and aku dok blok ke7 (Blok G) iaitu bersebelahan blok dak laki. hihi. Memule sampai dulu cam terkejut. Bior betul boleh nampak sebijik-sebijik ape yang dorang buat. And paling best blok aku lapang giler lawn kitorang siap leh bersukaneka lagi with privacy. owh rindunyer!

ni katil rumet aku

mine!

Bilik kami pernah dipertandingkan bilik tercantik and terkemas dalam Kolej Proton nih. tak menang pon. masuk pon kene pakse dengan ketua blok time tuh. muahaha.. Tapi time ambik gambo atas nih memang tak kemas langsung kan? hihi

rumet aku pengemas orangnyer. 

rumet dia taklah pengemas mane. hihi

Dulu awal-awal sampai, aku berdebor habes siapekah gerangan yang jadi rumet aku. Bile dari jauh aku dengar orang dok cakap dalam loghat Kelantan, taw dah aku rumet aku orang mane. And thankfully, dia sangat pengemas and pembersih orangnyer. Aku cukup takot dapat rumet yang pengotor and suke wat sepah. haha.. kenangan

mine. simple + pemalas

my beloved poster. rare gitu!

kalo ade bear jenis katak-katak tuh sape lagi, rumet aku ler.

ok memang kemas. ade gain weight? rumet aku underweight. tapi aku heavyweight. kahkahkah!

bear dia saje. huh!

Ape yang aku rindu jugak, bilik geng-geng aku 105 and 106. Kami selalu bergilir kalo melepak kat bilik. Takpon redah jer bilik sape-sape. Mane aku tak rindu, setiap gambar ader cerite, setiap bilik ade kenangan. Kalo dah enam-enam melepak kat bilik, memang riuh rendah teramat. Tapi kalo bulan pose pas zuhur baru bising. koz pagi-pagi sumer tak sedar diri tidow.


Mujulah tergerak hati nak ambik gambor dulu. Ni rumet aku yang rajin snap gambor. Betapa kenangan tuh boleh dirakam and diabadikan dalam ingatan walau tak boleh kembali ke kenangan tuh.

Aku rindu aku rindu!!!



Thursday, July 25, 2013

.Memburu rezeki.



Umur dah 28 tapi masih tak keje tetap lagi. Umur dah 28, belajar sampai tahap master pon belom dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan lagi. Umur 28 tapi masih jauh ketinggalan dalam perancangan masa depan. sob sob sob


So trylah apply nih;

hopefully ader rezeki


Selalu dok sedapkan hati supaya sabar walaupun terluka dengan perkataan sabar tuh. tapi yerlah nak wat camne, bukan aku yang bagi rezeki tapi Allah yang bagi. So, sabarlah hati sampai bile-bile pon. Sesungguhnya sabar itu indah dan manis

Umur dah 28 tak kawen lagi pon satu hal. Buat mak aku membebel aje. Nak kawen camne, calon pon tkder. kerja pon belom. hidop pon tak stabil. Terase hilang nafsu pulak nak kawen. hurm...



Wednesday, July 24, 2013

.Ponjongan.



Ape tuh ponjongan? excuse me, bukan pocong yer. Walaupon bunyi hampir-hampir. hihi

Ponjongan adalah istilah jawa iaitu sejenis program bertukar-tukar juadah dengan jiran sekeliling, bukan sekampung sume bagi (bankrupt pulak kalah wakil rakyat). Tapi nak bertukar tuh ikut suke dari 1 Ramadhan sampai 1 Syawal. Terpulang kepada masing-masing.

Macam mak aku, dia selagi tak wat ponjongan nih dia pening nak pikir menu ape, bile nak wat, bahan-bahan semua. So, kami wat 12 Ramadhan bersamaan hari Ahad minggu lepas. So pagi-pagi Ahad tuh memasing dah sebok sediakan bahan and sebagainyerlah.

adik aku yang bongsu paling rajin. tolong basuh pinggan dengan tak berbaju bagai.

Menu dipersetujui ayam masak kencur, mee goreng, agar-agar, nasi himpit. Ingat nak buat sayur jugak, tapi cancel. Kalo menu tahun lepas lagi banyak kot. Ntah aku tak ingat sangat.

senang bagi bahagian yang sama. tak payah nak potong sangat

setelah di masak dengan santan and kencur n bahan-bahan lain.

Actually, aku cadangkan buat ponjongan nih cepat-cepat koz sekurang-kurangnyer akan dimakan. Kalo bagi lambat-lambat dekat nak raye nanti siap clash dengan orang lain sekali. So kebarangkalian takkan dimakan tuh tinggi. Yerlah dah banyak sangat.

Pernah 5 tahun raye kebelakang dulu, mak selalu wat ponjongan sekali dengan masak juadah raye means hari last puasa. Jiran-jiran pon bagi jugak. Mak aii macam-macam menu, teramatlah banyaknyer campur dengan juadah sendiri lak. Memang tak larat nak tengok dah. Ketupat pon ade macam-macam jenis and bentuk. tapi frust takder pon nak bagi ketupat palas. haha

pembungkusan secara berjemaah. aku malas. aku amek gambo jer. Smile with tongue out

antara isinyer. ade lagi yang belom masukkan

Biasenyer orang kampung nih wat ponjongan time weekend. yerlah anak-anak balik boleh tolong. Nak buat bukan sikit-sikit. banyak oke. Macam mak aku, senarai berdaftar setiap tahun ade 40 rumah. tuh naseb takder besan lagi, kalo tak kompom bertambah senarai daftar. haha

ok dah siap. boleh edarkan.

Aku rase negeri laen ke mane-mane tempat pon wat benda yang same. Tapi mungkin menu lain-lain lah kan. Tapi nih yang best bile dok kampung. Sikit and banyak same merase. Lagi-lagi kunjung mengunjung nih. Teramatlah sweetnyer. 

Hope ade orang monjong (past tense ponjongan- jawa pon ade past tense oke Winking smile) ketupat palas lah kat aku. amin! 

Smile with tongue out


.Iftar bersama : penuh gelak tawa.



Jumaat lepas seperti yang dijanjikan kami berlepas ke Sentul untuk iftar bersama. Sape lagi kalo bukan aku, Kak Fiza and Kak Siti. owh ader lagi sorang yang gerak same-same dengan kami sekereta si Zahar (lupe name dia. yelah kot rasenyer) kawan Mis Fizah tuh.. 

Biaselah bile dah dalam kete melayan Kak Siti dengan story boipren-boipren dia tuh. Sampai satu tahap stress aku! kakaka.. Tapi disebabkan yang bercerita tuh Kak Siti, jadi cerite tuh jadi kelako giler. Penat tol gelak hari tuh. Cik Fiza kite tuh same jugak cume haroslah dia mantain ayu depan si Zahar tuh. untuk aku and Kak Siti, memang takder maknenyer nak mantain.

Sampai kak sane dalam pukul 6.50 camtuh sambil tunggu kawan cik fiza dari Kuantan. Aku suke restoren nih. Walaupun bajet-bajet romantik yang lampunyer leh wat orang tertelan tulang ikan. hihi. 


Lepas order-order makan and azan berbunyi, kawan kak fiza pon sampai. cantik orangnyer. Barangkali bile dah masuk 3 series kite akan semakin nampak cantik dan bergaya. and charming also (sedapkan hati sendiri bile lagi setahun setengah nk masuk 3 series).

budak yang amik pic shaking terlebih. tapi thanks sudi ambikkan pic :)

Mereka bertiga kawan lama yang sekali berjumpe riuh sekampung. biaselah tuh kan. aku pon same jugak bile jumpe suku sakat bergegar tempat tuh dok gelak sakan. muahaha.. Tapi aku tak rase awkward pon bile tak pernah jumpe kawan-kawan dorang nih. nampak sangat aku begitu khusyuk makan kan? hikhikhik

comel sungguh ikan nih

Kak Siti melihat ikan tuh penuh bernafsu sementara tunggu aku kat toilet. Siap nak masak lemak cili api. Aku yakin dan pasti ikan nih begirtu berdebar sekali tengok renungan penuh nafsu Kak Siti. Sengal betol pompuan tuh!

sopan kan kami semua

Dalam pukul 9.30 kot kami bangun pulang ke pangkal jalan. Giler lame bertapa sampai aku order air dua kali. haha. Jadi faham kenapa dalam pic berempat kat atas sape paling membesar bagaikan johan? wakakaka..

On the way balik kami singgah Shah Alam semata-mata nak beli Big Apple. Kak Fizah dah tumbang aku tengok dalam kete. nyawa-nyawa ikan nak bersuara. Kak Siti jangan cakaplah, sentiase bercakap dengan topik yang same. Rindu pulak nak dengar dia membebel. haha

Sampai SACC, Big Apple dah habes! sentap tak? haroslah kaan. So sebagai pengubat kuciwa kami lepak kat Seksyen 2 makan abc spesel. and makan bihun sup lagi. yer, faktor membesar bagaikan johan lagi, huh!

menarik tapi tak larat nak habeskan.

Baki perjalanan ke Kuala Selangor kami habeskan dengan berborak sepanjang jalan. Kak Fizah tumbang serta merta bile suaranyer langsung tak dengar. haha.

Best hari jumaat tuh! Thanks Kak Fiza n Kak Siti n Zahar koz belanja. Semoga sentiase dimurahkan rezeki. amin!



Thursday, July 18, 2013

.the girl who can't break up the boy who can't leave.



Love this song!  Love the lyrics tooo!


The girl who can’t say good bye
The boy that can’t leave
The two of us are no longer in love
So no no no no no no 

Anywhere together in a 3000 dollar used car
Without a care in the world
Linking arms, committing memories in a photo
Understanding each other in our sleepless nights
My dreams became your future
A pair of beautiful birds chasing each other
A love I could never get enough of
A person I want to meet when reborn
But in front of this thing called time
We can’t win against our greed
Sounds of your tears alone in the bathroom
The suspicious gazes focused on me
As the days go by I think of breaking up again

The sun is hot but your heart is frozen
Whose fault is this? But I love you baby
Everything else is the same but we changed
Whose fault is this? I still love you baby

I’m so busy that I feel guilty
I fill my wallet with money and make some time
Even though I don’t express my love
When I have dinner and watch a movie with you
I hope you might feel better but
I continue to be in debt to my thoughts
As I walk and tease you
it’s all a played out game
Love is passing,
Love and heartbreak are one and the same
Heartbreak takes love and goes away.

The sun is hot but your heart is frozen
Whose fault is this? But I love you baby
Everything else is the same but we changed
Whose fault is this? I still love you baby

The girl who can’t say good bye
The boy that can’t leave
The two of us are no longer in love
So no no no no no no 

Love is passing,
Love and heartbreak are one and the same
Heartbreak takes love and goes away. 

How nice would it be if love
was something that could be earned?
(It’s all a dream, holding your hand)
How nice would it be
if love was something to get by wanting it?
(It’s all a dream but I can’t escape)

Are men caught in love done so because of weakness?
Are men starved of love not worthy of it?
Are men that keep secrets bad men?
Why is it that love changes?


Sunday, July 14, 2013

.watch it again!.



Pas buke pose tadi terus decided nak gi Giant kat Kuala Selangor. Motif utama haroslah cari buah-buahan. Puas hangkut 4 biji tembikai and sampingan sume, terus balik koz nak tengok cerita Istanbul Aku Datang kat Astro Citra. Padahalnyer dah tengok pon before nih. Tapi dek over nak tengok lagi kan..


IAD antara filem ringan yang paling aku suka. Aku suke tempat-tempatnyer and watak dia. Cerita yang sangat ringan tapi mesej sampai. Wah! jiwang gak aku nih, excited bile tengok Lisa berlakon over-over camtuh. hihi

owh sedeh-sedeh bile part Lisa n Beto bersungguh datang apartment Tomok nak explain tapi kene maki and hina (dem u!). Pastuh siap datang pulak scandal gelpren dia kat Istanbul tuh. owh seolah-olah jantung aku yang tersentap saat mengetahui kebenaran orang yang teramat disayangi selama nih menduakan. sob sob

Pastu part paling menyentap hatiku (poyo feeling terlebeh) bile dahlah boipren ada skandal, rambut kene eskem pulak. Siap kene tolong cucikan lagi. Saat air mata Lisa mengalir, waaa... aku sedeh jugaklah! muahaha..

ha.. part nih la lebeh kurang 

Susah betol nak mencari cinta sejati kan? Tapi yang kite taktaw setiap ape yang terjadi memang akan ade hikmahnyer dan kite akan mensyukurinyer walaupon teramat kecewa sebelumnya. 

Bukankah Allah sebaik-baik perancang? Definitely!



Saturday, July 13, 2013

.menu iftar.



Sometimes takderlah excited sangat nak masak bebenor kan. But sometimes akan ade juadah yangteringin nak dimakan. Kalo aku, lauk-lauk tuh takderlah heran sangat, janji PEDAS. Kalo tak pedas, amatlah melunturkan selera.


So, ini yang paling teringin nak dimakan mase bulan pose nih and dah siap pon dibuat. cewah! Aku kalo melibatkan dessert and buah, aku lah orang paling teruja.


cocktail lah kan.. colorfull!

bile dah letak susu cair. ohsem!

ni pulak sedikit kuih


Barulah happy bile dapat dessert yang berwarna warni. Ala-ala macam nak raya gituuu!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.