Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, November 30, 2011

penat perasaan



betul. aku memang sangat penat perasaan bile ingat pasal tadi..


susah nak explain kat orang.. susah bile kadang-kadang kite pikir diri sendiri jer sedangkan dalam mase yang sama pihak lain pon terbeban dengan perasaan tu..


so, nak kate aper?


redho and pasrah jerlah kan?


kekadang roda kite terus terpusing kat bawah..


so terpelantinglah sekejap..


and sentap jiwa perasaan bile tetibe terpelanting camtu..


it's ok.. tenang.. keep cool!




~~bukan senang nak puaskan hati semua pihak~~



Tuesday, November 29, 2011

the truth






wow.. so ironic..! 
sedeh erk sapew tergolong dalam situasi nih.

wuuu... sedey laks
bajet aku laks yg dalam situasi nih. hik hik hik..

:p

Monday, November 28, 2011

wif Zana wink wink!


tadi jumpe Zana kat mekdi Parit Raja nih wif her tunang. lame weh tak jumpe dia! last jumoe dia hari tu, dia masih tak bertudung. iaitu mase we all konvo last march 2009.


me wif Zana


Zana nih my course mate. lain kolej. tapi we ols same majoring mase kat uum dulu. perghh! pompuan nih gempaq dulu. sat rambut lurus, sat rambut kerinting, sat rambut ikat, sat lepas rambut. tahap gojeslah kononnyer kan! har har har..


alhamdulilah dia dah bertudung sekarang. teringat mase kat zaman uni dulu. soklan maut aku dan jawapan selamber zana;


Aku : weh ko bile nak pakai tudung?
Zana : Ala belum sampai seru lah. nanti aku sampai seru, pakailah. tapi taktau bile.. (sambil sengeh-sengeh)
Aku : as fren aku dah lepas nasihat ko. ko jangan cakap aku tak nasihat ko kat akhirat nanti erk.. tak pasal-pasal aku kene menjawab lagik. haha
Zana : yerlah. aku taulah. aku tak cari ko. ko jangan risau. hehehe... satu hari nanti aku pakailah. InsyaAllah..


bab skandal pon kemain ramai gaks. hahaha. sat dengan mat kelantan, sat dengan mamat KL, ceruk-ceruk maner pon ader. keh keh keh. last-last dapat orang Parit Karjo jer. iaitu dekat gilak dengan umah dia. hihihi.... tapi she's so passion. kalo time wat asaimen memang we ols tak tidow..


kene reject pojek pon wat muke gigih. kirenyer sama-sama tak normal lah dulu. tapi berjimba haros no 1. walaupun asaimen menggunung time tuh. hakikat student life. lalala. pape pun aku tak pernah sangka aku akan dok sini pastu jumpe dia lepak-lepak kat sini. hehe. :)



Sunday, November 27, 2011

wuuu... takotlah!


selame nih hidup aku aman jew. takder pelik-pelik berlaku. tapi kan.. bile tetibe ader seseorang yang approach ko secara berskala mestilah pelik dan ajaib kan? nak-nak pulak kalo seseorang tu adalah kawan sekolah ko. kawan yang ko memang tak expect akan ader perasaan kat ko. fuhh! cuak seyy...


dulu pon pernah jadi macam nih. tapi orang len r.pas aku tak layan, dia macam marah lak kat aku. mowwtiippp? dah aku tak rase nak feeling, pakse-pakse laks. dem! that's why aku tak suke nak feeling-feeling dengan kawan-kawan sekolah sendiri. haisshhh!


mule-mule tanye kabor macam bese. peramah la kot. aku pon as professional (ececece.. perghh!) haroslah tak rase pape. tapi bile dah hari-hari asik menyapa, cara sapaan pon pelik dari bese, haroslah aku pelik sesangat kan.. dah tu, cerite lak bende-bende mase depan. owhh! tak kose aku.. rase macam sumbang mahram lak (koz feeling-feeling dengan kawan sendiri). wakakaa...


pastu asik tanyer banyak kali bende yang same jer. mestilah aku hangen. mule-mule berlagak sabau lah, lelame meletop gak haku. hihihi.. pastu yang wat aku paling takot- dia nak jumpe berdua jew. hek eleh..! selame nih tak pernah pon. tetibe.. tetibe.. tetibe.. so, kalo dah camtu, aku dah tau yang aku haros angkat kaki cecepat and tidak haros melayan. 


ekceli, aku taulah kalo ajakan tu dari kawan or nak menjurus ke lebeh dari kawan. wuu.. sangat takot. cepat-cepat ngaku dah ader pakwe yang ensem and gojes walaupun takder. har har har..! 


larikkk!!!


Saturday, November 26, 2011

segmen bosan : as PA to Hata


prakata : bosan weh malam nih! rumah sebesor-besor alam (besaulah sangat) nih tinggal aku sorang jer. yang lain sumer balik kampung. teramatlah bosannyer aku malam nih. so aku update jerlah cerite yang tak sempat nak hapdet hari tu. hui hui!


saye sedia!


sehari before aku balik Batu Pahat mase cuti mid sem hari tuh, pepagi Hata dah amek teman dia gi make up. pukul 8 pagi kau! gigih aku dengan baju kurung warne pinky (baju aku sume kat Batu Pahat) dengan hujan lagi gi Kampung Jawa, Klang. client Hata time tuh seorang doktor gigi berusia 38 tahun.


kami dah sampai. Dayah bawak tudung aku bawak bunge tangan. ngee~~


Pastu hambek Dayah kat apartment dia. tu pon dia bagi direction salah-salah. aper ker sengal  si Dayah nih. haishh! setel tu terus gi umah client Hata. owh.. i like pelamin was made by Hata. and client Hata walaupun dah 38 tahun baru bertemu jodoh, tetap comel. suke tengok dia. very polite (aderlah sikit-sikit macam aku.. hihihi)


kelas ko Seman wat pelamin gini...






mase tengah make up, aderlah kawan kepada client Hata tu. punyerlah riuh kau. orang minang.. memang pesen gitew kalo bercakap. lawak weh! menyengal ajer. asik kate nak balik, tapi tak balik-balik pon. sampailah lepas makan, baru betul-betul balik. hihihi... aku yang naik ngantok tengok Hata make up orang sampai dekat 3 jam. tetibe aku terpikir, sanggup ke aku dok diam-diam kene make up nanti? arghh! hari tu wat facial yang baring sampai 3 jam pon aku tobat tamau wat lagi, inikan make up. owh! aku tak dapat bergerak and bercakap. muahahaha!!!!


alamak.. sedapnyer lauk tu!


siap jer make up, terus makan kat khemah yang gojes. lauk pon beshh!muzik yang menenangkan.. feeling-feeling lah kan. mase makan senyap sumer, maklumlah kelaparan. kalo tak, maunyer senyap. buktinyer, habes makan haros bercakap. lagi pulak lame tak jumpe, mestilah banyak cerite yang di hapdet kan...




siap makan, rombongan pengantin lelaki sampai, we ols gi umah depan laks siapkan pengantin lelaki. kene pakai bedak gloss bagai ropenyer. aiseh! banyak benau yang nak kene pakai. rimas gak aku tengok. tapi, for a big day, hokayy lah kan.. layankan ajer pak andam tuh.


gadis (seyesly aku masih gadis oke. kah kah kah) dan bunga


wif my beluv fren, Dayah


ehem.. mase aku lalu kat pintu gerbang aku terpandang sorang mamat ensem. kazen pengantin pompuan. wa.. cair wa cakap lu. runtuh berdentum-dentum iman wa time nih. sekali dia senyum da.. uiii! nak pengsan! nak pengsan! hahaha... memang my taste r! suwit kowt! auwwww!


Doktor Tanti yang shomel!


pak pak pak bung bung bung! semoga kekal selamanyer!


lepas snap-snap pic pengantin we all pon balik. tapi haroslah melepak dulu kan. memandangkan dah lame tak pekene cendol yang giler sedap kat Giant Shah Alam, we ols pon lepak sane. pastu macam batak gi amek pic kat depan stadium. malu seyy! padahal bosan kowt tengok stadium tu tiap kali lepak Shah Alam. har har har!!!


kan.. sangat poyos!


Dayah tak sabau nak hamek kamera. belom lagilah cik kak!


ni pulak gambor bajet comel. lantaklah. oleh kerana aku kebosanan tahap melara jiwa gaban punyerlah (tapi tamau wat asaimen berlambak) aku letak jerlah. tak kire! la la la~~


one


two


three! aku pakai kasut pink hokay! perghh! tak hagak-hagak pompuan nih. 
hik hik hik


K. Bai!

Nite

*__*


perkara paling ditakuti - jatuh cinta






5 sebab mengapa lelaki tidak menghubungi anda semula

Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita- Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama, bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.


Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki - Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.


Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.


Mereka hilang nombor anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan  apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.


Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur - Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.
credit : HERE

komen Cik Dora;
hurm... kesian.. nak wat camno. as gurl, women, janganlah terburu-buru jugak. relex suda. hihihi.. agak-agak dia tamau kite, sila panjangkan langkah untuk tinggalkannyer and BERHENTI MENGHARAP hokay.. cari yang lain sudey. simple kan?
tapi.. inilah perkara yang paling ditakuti - CINTA. Kalo jatuh cinta mesti bersedia patah hati. huhuhu.. kejam seyy...
tapi Allah memang merancang begitu. so jangan takutlah der.. sleep and back to normal! hahaha
  

Friday, November 25, 2011

doa akhir and awal tahun hijrah



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"




16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  ( HARI ASYURA ) 

10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa. ( 6 /12/2011)

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


1.    Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

      Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.    Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.    Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.    Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.    Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.    Menziarahi rumah orang alim.

7.    Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.    Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.    Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.   Menziarahi kaum keluarga

11.   Mengerat kuku

12.   Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.   Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu

14.   Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.   Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.   Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali


sumber : SINI


mimpi sengal + sedeh + frust!


Aku tidow tak lena malam tadi. memandangkan Hajar si rumet aku asik alarm clock hp dia. bangunnyer tidak pon. sentap aku! hahaha.. kejap-kejap terjaga. haisshhh!


tetibe aku rase aku dah pegang lappy nak wat event majlis perkahwinan. tapi tetibe gak terpikir belom tanyer dia nak kawen dengan haku ke tamau. terus capai hp text messege kat dia

"u seyesly ke nak nikah dengan i Sabtu nih?"

pastu dia reply

"ntah.. nanti i text u balik"

pastu teros panic koz kad jemputan pon tak wat lagik. borang nikah tak isi lagi. aper persiapan pon takder lagi. sangat bingung koz tak pasti zaman bile pulak majlis nak dibuat luse nanti. owh! sangat bingung...


Tetibe dapat mesej dari dia

"ok ok.. i stuju nikah dengan u. jumpe sabtu nanti"

tengah feeling-feeling, serabut-serabut, tibelah mase yang dijanjikan iaitu hari sabtu. elok jer si dia sampai, aku dah bajet sengeh habis. saat terpandang dia dalam mase yang same dia pon toleh aku tengok dia bertukar jadi pondan. arghhh!! 

TIDAKKKKKKKKKK!!!


again! alarm clock Hajar bunyi lagik. giler dem! 



Thursday, November 24, 2011

Tasik Chini merengoh-rengoh

Last day before we ols balik ke pangkal jalan (kembali ke Batu Pahat), we ols singgah Chini singgah umah pakcik aku. Unfortunately, takder letrik kat sane. Kami tersadai 3 jam kat sane. Niat hati nak gi Tasik Chini dulu then baru gi umah Wak Lan. non hado! minyak tak cukup!




yang giler dem! bile stesen minyak takleh isi minyak koz takder letrik. aper kejadahnyer sumer nih. cess! memang mendatangkan kemarahan. pastu we all makan kat tempat kenduri. tempat sedare gak r kirenyer. dengan slamber tak pakai baju kurung. dah.. mane nak tau kan? redah jer janji kenyang. haha. pastu pulak sambung cari minyak yang jual liter-liter pon tkder. sakit jiwa bhai! Finally Wak aku sedut (pakai getah paip ler kan.. hihihi). pastu transfer ke kete aku. selamat..!


muke kelaparan....


giler batak dak-dak nih


kelas senah-senah nih sumer


then terus memecut ke Tasik Chini. hujan laks time tuh. siap ader tourist dari mane ntah. pengantin tema kaler pepel pon ader. nak outdoor photosut letew.. mujur A'ah ader payung biru yang berjasa. selamat aku dari terkena hujan panas saat itu. cewahh! tapi our photosut tetap berjalan lancar. ahaks!.

psst... time kat tasik nih, ader orang majok. kuikuikui.....


sotat photosut yang tak braper pro pon..


takleh nolong kalo dah sengal-sengal camtu


bukan ikan kaloi kan?


selamat melepak Tasik Chini, we ols speed teros ke arah Batu Pahat. mase kat Simpang Chini pon still takder letrik. ntah papew (mood bengang). so drive terus ke Muadzam Shah. time nih aku sorang jer celik. yang lagi 5 orang tu dah selamat tidow tak hengat donia. kang kalo aku tidow sekali mau arwah sume. keh keh keh!


A'ah : mak.. merah datang mak.. mak.. timbullah mak.. hihihi


Hajjar : peace no war! katekan tidak pada naga! har har har..


Cik Dora : baru panas dunia derr... (time nih panas oke)


Ct K : what a delicious lake! becoz i'm black? i'm black! kah kah kah!


Hajar : kot-kot ikan nih boleh menjelma jadi my asben kan......


Yatt : ang pa, cepat sket amek gambaq ku dengan ikan..


she's again? heh!


and.. nasiblah kat Muadzam ader minyak yang boleh diisi. punyerlah ramai orang. Aku dengan rakusnyer isi minyak  penuh. haha.. pastu benti lak kat petronas Simpang Segamat tu. nak solat. cess! air lak tkder. hangen jer aku. udah terkejor-kejor nak cari masjid. sampai akhirnyer jumpe Giant Segamat. pon tkder surau. aper lah sengalnyer. last-last we all solat kat surau staff. fuh! lega dapat solat. sempat jamak takhir and jamak takdim. kalo terlepas tadi maunyer jamak takyah. kuikuikui...


bersedekah pada ikan.. (saham akhirat)


motip payung dok bawah? panas sey!


kami berenam...


macam tak sangke aku leh bergambar dengan dorang kat sini. haha


bile urusan agama selesai rase lega sikit. barulah dapat meneruskan perjalanan dengan tenang. sampailah dekat Ayer Hitam makan malam si A'ah belanja sumer. thanks yer A'ah. and finally selamat sampai ke Parit Raja dengan selamatnyer. alhamdulilah!


A'ah and her parents


bergambo depan umah Tok Empat Jengka 5


Thanks pada abah and ummi A'ah yang sponsor penginapan kami selama 3 malam, siap makan pagi, tengahari, malam. thanks banyak-banyak. semoga Allah saja yang akan membalas budi kalian :)


our friendship till last. InsyaAllah...




Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.