Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, April 18, 2012

rumah manis rumah


a.k.a home sweet home


pukul 3.45 aku sampai. alhamdulilah sapai ke destinasi dengan selamat.




bercuti dengan bersungguh-sungguh! aku janji! ngeeee~~



Monday, April 16, 2012

Revolusi kelas besar-besaran


oleh kerana dak-dak degree uthm dah selamat dari bercuti, giliran kami dak-dak mster bercuti dr 21 April - 29 April. dak-dak diploma we ols minggu ketiga dorang dah start cuti sem 2 bulan. owh, jeles-jeles.


memandangkan kami-kami yang jauh diperantauan nih dah tak balik 2 bulan, mestilah membuak-buak rase nak balik kan. yang selalu balik pon tak sabor nak cuti lagi yang tak balik langsung nih. homesick tahap gaban. tetibe teringat, hari pertama 4 march aku sampai Parit Raja aku dah kire lagi berape hari nak cuti mid sem. terok sungguhlah!


Tapi.. we ols dapat balik seawal 18 April. wowiii! sampai 1 mei. ohsem weh! nego dengan lec, sampai sanggup awalkan kelas. kelas kol 8 pon sanggup pegi asalkan kamis n rabu takder kelas. hahaha.. terok bebenor perangai. bile aku kire, kami bercuti 2 minggu. keh keh keh! giler cool.....!


owh.. tak sabau nak balik. ohoii hoii hoii balik kampong! yeayyyyyyyyy!



Saturday, April 14, 2012

berusia 27 tahun



Nama Penuh : Natasha Dora binti Muridan
Tarikh Lahir : 14 April 1985
Masa Lahir : 7.07 a.m
Tempat Lahir : rumah, Sawah Sempadan, Tg Karang Selangor


yer. aku dah berusia 27 tahun hari nih. and dah 27 tahun kesakitan yang mak aku lalui mase kuarkan aku. tiap kali aku dengar mak aku citer time beranakkan aku, aku kejap ader perasaan kejap tkder perasaan. haha. tapi yang pasti memang sakit. hahaha... maklumlah, aku lahir kat rumah. bidan yang sambut. maunyer tak sakit. dialog aku dengan mak aku mase mak aku wish birthday malam tadi;

Mak : erm.. dah 27 tahun ko yer. taw-taw dah besor segini. punyerlah susah nak kuarkan dulu. habes rabak. dah tak cantik dah. hahaha (ok fine, perangai mak aku memang lebeh kurang aku. hihi)
Aku : hihihi... tu lah.. saper suh gatal-gatal pakai bidan. aku tak kesah, janji kuar jer. dok lame-lame dalam perut pon bosan. hahaha
Mak : manerlah mak taw. taw-taw nak bersalin.
Aku : ha tu lah.. len kali gi sepital. bukan jauh pon..
Mak : amboi..! dah nak terberanak. tak pikir sumer tuh dah. mak umur 19 ko dah lahir. ko umur 27 kawen pon belom.
Aku : Amboi! tu lah.. gatal sangat kawen muda. kan beranak sakit. tak cool r kawen muda
Mak : eh.. naseb baek mak gatal. kalo tak gatal, tak kuarnyer ko. (gelak tak hengat)

itulah pengorbanan mak kepada anak. cewahh! sakit-sakit pon kuar gak 6 orang mak aku tuh. haha. tu pon 6 orang dia kate gurau-gurau. hampeh tol mak aku tuh.


abah and mak. muke aku macam siapa? ramai kate muke aku macam abah :)


Tapi orang pertama yang wish, abah. owh, terharu sangat. memang every year abah orang pertama wish. tak pernah lupe dengan ucapan, doa (sedeh laks. huhu). Abah orang terpenting dalam kejayaan aku selama 27 tahun nih. and sokongannyer tak pernah pudar walau sikit pon. dari segi perangai 80% aku macam abah aku. 20% mak aku. hihihi


doa untuk diri sendiri harap-harap perancangan aku selama nih akan berbaloi. akan berhasil. sesungguhnya Allah maha mengetahui. paling penting ditetapkan iman, diberikan kesihatan yang baek and diberi peluang untuk balas jasa abah and mak :)


tapi yang paling best ader seseorang yang wish. ouwww..! terkejut kot. haha. and dah tentu kawan-kawan yang paling aku sayang. ucapan paling popular : semoga cepat naek pelamin. and jika jawapan aku tahun sebelum nih : ehh! lambat lagi!, tahun nih : InsyaAllah. amin. ecehh! 


aku berusia ngam-ngam 27 dalam pic nih :)


aperpon syukur alhamdulilah aku dapat bernafas selama 27 tahun dengan izin Allah. sesungguhnya aku bersyukur. alhamdulilah. and semoga doa yang sentiasa mengiringi aku dimakbulkan. amin!



Thursday, April 12, 2012

aku memang minat Fasha



tajuk yang agak kontroversi. keh keh keh!


Hari nih aku nak jadi blogger ala-ala Beautifulnara. bergosips pasal artis jap. hik hik hik. ekceli, rumet aku yang kenalkan web nih. jadi aku yang sebelum nih taktaw jadi tawlah kan. tu belom baca komen-komen dari pembaca. pehh! Longkang habess. hahaha


Well, yang wat aku tergerak hati nak cakap isu nih bile Fasha Sandha umumkan dia nikah 27 April nih. well, kongrats in advance lah kan.. cewah! 


Ok.. pastuh aku gi ruangan komen. oo mak aii.. yang mendoakan yang baek-baek tuh oklah kan. tang yang mengutuk tahap gaban tuh memang aku heran sesangat. giler ganas komen. contohnyer

Pompuan KOTOR hanya untuk lelaki yang KOTOR


homagod! dasyatnyer statement. Walaupun aku memang tak suke dengan Jejai tuh, at least takderlah nak label orang kotor. Saperlah kite untuk nilai manusia lain kan? tak kesahlah orang tuh retis, golongan koprat, golongan bese or sesaper saje makhluk yang ader.


Well, setau aku, memang ramai tak suke dengan Fasha. macam orang tak suke dengan Memey. hahaha. dak-dak umah aku pon tak suke gak dengan Fasha nih. Tap aku memang peminat dia. aku suke tengok dia berlakon, orangnyer pun cantiknyer punn.. yah, dia memang cantik. sangat cantik (tak payah mekap pon tetap santek). macam cantiknyer Fazura an Neelofa. Sesungguhnyer Allah pencipta terhebat!




dari segi personaliti or perangai, aku tktawlah. tu hal dia. dulu sekolah pon dah dibagi pendidikan agama, jadi masing-masing boleh pikir kan. and aku tangok kebanyakan orang seolah-olah mendoakan tak lame lagi dia bercerai. ehh! boleh erk camtuh?


personally, saperpon orang tuh even bekas pakwe or makwe sekalipun once dia ambek keputusan nak halalkan hubungan mereka, kite doakanlah supaya hubungan dorang kekal sampai akhir hayat. janganlah kita doa yang tak baik. walaupun dia public figure, dia tetap ader perasaan nak berbahagia hingga akhir hayat. kisah mereka, hanyer mereka yang taw. janganlah kite nak nilai sangat.


aperpon semoga Fasha berbahagia hingga akhir hayat.camtuh jugak sesaper yang bakal berkahwin di dunia nih. Semoga kekal. macam doa aku untuk my ex. Alhamdulilah kekal sampai sekarang. cewahhhhhhhhh!!!


tapi yang pasti, aku memang minat kat Fasha Sandha. biarlah orang nak kate aperpon! 

lalalalalla~~~





Thursday, April 5, 2012

wow! aku nak! aku nak!

10 fakta kelahiran yang perlu kite taw. chek it out:


Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya
Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu
Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa 
Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji

Komen aku;


ok. seyes aku takot tang yang sakit tuh. hahaha... mampu ker aku? tetibe teringat mak aku selalu cakap kat aku;


"nanti kalo bersalin, alamat riuhlah 1 sepital dengar ko jerit sensorang. baru demam sikit dah bising jer. kalo bersalin ntah macam maner lah. nak tercabot nyawa taw lahirkan ko dulu. taw-taw dah besor camnih. rabak habes. hahaha"


huhuhu.. takotnyer. koz of that, aku tak berani tengok video orang bersalin sampai sekarang. (langsung tak cool aku nih) takot der.. kui kui kui


Tapi bile tengok tang pahala tuh, ok! aku nak! setahun sorang pon boleh! muahaha! untung betol kan? sesungguhnya Allah maha adil. Subhanallah!


ok. cepat! saper nak pinang aku sekarang? aku nak pahala kat atas tuh! keh keh keh! 



Wednesday, April 4, 2012

cik Tasha dan naluri keibuan


ok. jap jap jap! nak gelak dulu! hahahaha... tajuk entry takleh blah. :p


ok. camnih. tadi Nana call aku (aku tengah terdampar kekenyangan), sayu jer suaranya. Aku yang selalu jawab tepon macam samseng pon terus lemah lembut gemalai sakti. ayu!

Nana : Tasha, petang nih Tasha ader kelas tak?
Aku : takder. koz SV takder.
Nana : Tasha, boleh tak Nana nak lepak rumah Tasha? Nana bosanlah kat rumah. suami Nana ader keje, jadi Nana bosan sangat kat rumah.
Aku : la.. datang jerlah. tak kesah pon. Nanti dah sampai gitaw eyh


Memule Along sampai umah. dok pong pang pong pang pasal isu besor dia. aku gelak tak hengat-hengat. macam-macamlah si Along nih. HOT market siut. :p


Tak lame tuh Nana call. dah sampai. Amboi, siap bawak bantal sendiri lagi. Sian orang tengah peknen nih. makan nasi takleh, bau suami dia pon takleh.. uii memang sian sungguh si Nana nih. pastuh bile dia asik lemah jer. yang cool dia kate

"Lepak rumah korang taklah rase nak muntah sangat."


haha.. giler cool! pas Along pon balik, lelame sumer tertidow. tetibe A'ah cakap;


A'ah : Tasha, Nana muntah tuh kat toilet.
Aku : ha, yeker? siannyer (taktaw nak kate ape. hihi)


tak lame pastu Nana kuar


Aku : siannyer ko Nana. hari-hari camnih ker?
Nana : haah, start pukul 5 sampai ke malam memang muntah-muntah. sampai tak larat nak bangun. sebab tuh kalo kelas pagi, Nana gi. Tapi kelas petang Nana tak gi. memang tak larat sesangat.
Aku : siannyer. ko kene jugak makan walaupun tekak takleh terima. Kalo tak, nanti otak baby lemah. takder zat dia dapat dari Nana. buah makan tak?
Nana : Buah-buah Nana makan. alhamdulilah, selera nak makan buah
Aku : ha, naseb baek. tapi jangan lupe amek asid folik. ganti yang Nana asik muntah tuh. jaga kesihatan. bla.. bla.. bla..


cewahhhhhhhhhhhh!!! macam pakar ibu mengandung laks. hahaa


A'ah : Amboi kemain ambik berat nampak?
Nana : haha...
A'ah : selalunyer Nana, dia tak pernah ambik tahu or nak ambek berat. dia wat tak kisah langsung. tapi kali nih kemain nasihat dia
Aku : hahahahaa!!!
A'ah : dalam hati ada taman..


kan.. baru aku perasan betapa poyonyer aku menasihati ibu mengandung. tak hagak-hagak. hahaa. tetibe segan laks. wakakaka... tapi seyes memang sian tengok orang mengandung tak larat nih. sepanjang mak aku peknen dulu tak teruk pon. sehat walafiat. kawan aku si Kema tuh pon lagi, tersangatlah sihatnya. jadi aku macam pelik tengok orang mabuk peknen terok sangat. huhhu


actually yang aku bersifat keibuan sangat nih bile pepagi tadi Ema mesej dia dah deliver semalam. kol 6.18 petang. wah! dah selamat dah. teringat kat Ema :) cepatnyer mase berlalu..


mase Kema peknen we ols gi bercuti ke Kedah and Perlis. now Kema anak dah setahun. Ema baru bersalin semalam, next Elly pas raya nih nikah. 


baby Ema.. Muhammad Zhafran Fahmi


Giliran aku? Hanya Allah yang tahu. cewahhh!



Sunday, April 1, 2012

Jika Aku Berkuasa


video untuk modul kokurikulum dah siap! haihh! bosan tol edit-edit nih. oleh kerana kerja yang menimbun, aku wat paling simple jer. Koz takder mase nak pakai Edius ker Corel ker. pakai movie maker suda.. tu pon leceh jugak. aahh janji ader. hehehe...








Terima kasih kepada classmate yang sudi berlakon yer. walaupun letih gak aku memotong video yang korang sakan gelak-gelak. juga tenks pada video man, Nas. 


next asaimen pliz! move now!




Bunga April


Selamat datang April. bulan ke 4 pada setiap tahun. ekekee... akulah bunga April tuh (:p) guess what? aku terkena April Fool tepat kol 12++ malam tadi. ciss! ciss!! ciss!!!


camnor aku leh terkena perayaan khurafat tuh aku pon taktaw. hahaha. yang takleh blah dak-dak umah nih sedaya upaya umpan aku turun bawah. hampeh tol.. terer berlakon eyhh! 


Memule dak-dak nih naek atas. gi toilet pon masok dalam bilik aku. padahal ader jer toilet kat bawah. agak pelik di situ. pastu Ct K bebising kate ader cina datang umah bg surat kat aku. panggil-panggil name aku. suh si Dila cerita tamau. tapi aku ignore jer. lantaklah. Kalo penting mesti gitaw kan..


tak lame tuh si A'ah turun kate nak minum Anlene. pon aku wat tak kisah. pandang pon tak (manusia jenis malas amek taw.. haha). tak lame tuh aku dengar bunyi pintu diketuk sekuat-kuatnyer. macam nak roboh gak r dengar. tapi tetap tak ambek kesah. ish terok benor. haha


pastu aku dengar sore dorang panggil aku dengan sore yang cemas kekonon (menyampah!) time aku turun suer dah nyorok kekononnyer. ayat-ayat takleh blah dorang;


Dila : Tasha! ader orang carik ko. ketuk-ketuk pintu panggil name ko! takot aku weihh!
Ct K : pi la tengok Tasha.. pi la.. nampak macam ader surat kat pintu. ang pi r tengok
Yatt : eh, camner dia leh masuk pagar umah? dia ader kunci ker? kene tepon abang Nizam nih!
A'ah : Tasha, gi lah tengok.. 


Aku pon feeling-feeling macho gi r ke pintu. padahal cuak gak saper laks yang bagi surat memalam nih aihh!. dari jauh nampak surat ader kaler tulisan merah. ni mesti ugutan bunuh nih. hebeslah! elok jer aku bukak;




cisssssssssss!!!

kuangjaq!!!


riang ria riuh rendah umah gelak kaw-kaw punyer. siap rakam-rakam lagi. aku speechless. tak jerit pon. terkedu kot. kakaka. selalu kenekan orang, nih terkena laks. amekaww.. haha. ini juga bermakna anda masih remaja koz masih menyambut April Fool. muahahaha!!!


p/s : amboi meriah kenekan orang eyh..



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.