Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Thursday, January 26, 2012

lepaking at Taman Alam

siap bawak air 1 container yang sejuk-sejuk giteww lepak kat Taman Alam. ala-ala berkelah sambil makan cempedak goreng, pisang goreng. bahagia!!


lame tak jumpe Elly, Dayah, Azie and Hata (geng yang tinggal yang masih single). so, bile berjumpe macam biase. haros meriah sesangat. Sampai monyet kat tepi-tepi tuh sentap jer bile kitorang gelak sakan-sakan. pastu dia curik pisang goreng we ols! cis! cis! cis!








sengal. Dayah ingat kamera tu tak self timer. sekali berkelip da.. tapi like this pic!



sementara pokcik Hata mengajar tuisyen we ols melepak berbincang isu-isu semasa gitew.. memang hot! melibatkan isu politik (memang wajib and tiap kali), agama, bahasa, bangsa, education.. macam-macamlah. memang tahan yer kalo bersembang lelame. 

and then gi makan-makan kat belakang tesco area 1 Plaza. heaven gak banyak tanglung. rase cam kat China Town. bole? hik hik hik... 





Sabtu nih sambung merayau sehari suntuk. bersedia!

^_^




Tuesday, January 17, 2012

Kem Jati Diri : Hari Pertama


Akibat balik berjimbaria terus tertidow meniarap sampai pagi, subuh-subuh tu kelam kabut kemas barang nak bawak gi kem kat Melaka. Nasib baek aku naek kete dengan Hajar, at least aku sempat ambek baju yang tak mengganggu emosi orang. muahaha..


cek dulu air minyak hitam sumer..


mereka baru sampai...


Aku, Hajar and Along orang pertama yang sampai. Walaupun dalam kete tu aku makan jer kejenyer sampai tertidow kat belakang. tak cara dah si Along and Hajar sembang aper kat depan. niat asal memang nak dok belakang tidow. kui kui kui. Taw-taw aku sedau dah kat Highway AMJ. pastu sampai. wah! dasat kaw sampai dulu. ekekekee...


mai dah.. mai dah..!


amboi.. ceria betol nampaknyer kawan-kawan kelas aku tuh!


Sampai-sampai jer we ols sumer kene makan pagi dulu (bihun bapaklah kerasnyer-tak sedap). pastu kumpul kat dewan and kene perli koz tak datang hari tuh. walaupun tak tunjuk, tapi memang makan dalam sey. redho jerlah nak wat camner kan? terime dengan hati terbuka walaupun menanah telinge.


tahan telinge derr...


yang 2 sejoli tu juru kamera rasmi we ols. like!


After dengar pelbagai ayat-ayat kami kene gi dorm untuk penempatan selama 2 malam. negri weh tengok dorm tuh! seyes macam kat sel budak-budak juvana. terkedu gak aku. Aku dapat katil paling hujung dekat dengan bilik air yang bak kate Alin "bilik air besa kumey, sumbak sapa 50 ore" kah kah kah! terus terduduk aku dengar dia cakap camtuh. ekspressi muke  minah tu memang takleh blah! terbaekk ko Alin!


katil/dorm dak laki luas lah jugak. boleh gak aku nak guling-guling.


see? giler macam sel! owh! sedeh! terus teringat Taman Rona kat Pt Raja. sob..sob.. tapi heaven koz dak-dak kelas sumer 1 sel dorm. haroslah meriah kan?


Time nih lepak lame sket koz dak-dak laki gi solat Jumaat. Aku tengok bilik air dia uiii besau sungguh kolah. cer pegang air. mak aiii! sejuk gilos! kekonon malas nak mandi. tapi bile aku sentuh air tuh, terus teruja nak mandi. tapi ramai antara we ols tak bawak kain batik. alamak! last-last pinjam r pada sapa yang bawa kan. Lame weh tak mandi secara berjemaah. sampai Hajjar pon kene siram pastu jerit-jerit taknak basah rambut. tak dapatlah kan.. amekawww...


Pas siap-siap sumer teros makan and kene kumpul balik kat dewan. odw nak gi dewan tuh, Ezhar cakap kat aku "weh! giler budak-budak laki mandi bogel tadi!". Aku dah tergelak-gelak. pastu slamber jer si Mar cakap "ehh! kitorang pon same!" terkedu si Ezhar. maklumlah mamat KL tuh maner bese adegan-adegan begitu walaupun penyampaian intonasi dalam gurauan. hihihi. tapi takleh blah ayat dia "wow.. Dora, ko rakam taw!" Amboii! ok fine! aku lupe Ezhar lelaki. muahahaa!


ceria kome-kome nih yer...


sengeh memanjang...


 perut kenyang mate pon stim. hihihi. time pemilihan Ketua and ahli-ahlinyer, program nih seyes unik. kene calonkan diri sendiri. pehhh!! sampai setengah jam takder yang volunteer. saper bercakap, bergerak even tidow pon akan automatik jadi ketua. kompom-kompom sumer taknak kan? yang annoying giler ader sorang faci (same batch, tapi dia dah gi yang 1st and op koz bukan seksyen aku) sebok cakap-cakap "eh cuitlah kawan.. cuitlah.. cakaplah" nak ajer aku bangun lempang laju-laju. bukan aku jer, oranglen pon berperasaan yang same macam aku. hihihi


sampailah si Ezhar bangun. wah! tepukan gemuruh bile Ezhar muke toya redho jadi ketua. yang best, jawatan seterusnyer sumer cepat. so, terselamat aku yang pemalas nih (aku siap tertidow-tidow tunggu pemilihan ketua. hihi). tapi paling gemuruh bile Sukri volunteer jadi ketua imam. wah! hebat r Seksyen 1! Bella pulak timbalan ketua untuk pompuan. korang memang terbaekk! 


Mr. Bean Ezhar. hihihi


pas adegan-adegan menyayat hati pemilihan ketua kene suh wat set kumpulan 1. dari set 1 tu kene pecahkan kepada subset-subset yang takkan jumpe orang yang same dalam setiap set. Aku jer jadi ketua yang takkan bertukar. So, aku secare rasminyer takkan 1 kumpulan dengan Jojet and Mael koz dorang pon ketua kumpulan jugak. pastuh ader kisah menarik. hihihi. kompom aku nak gelak guling-guling bile teringat balik.


adegan dilelong.


Mase penentuan subset 7, dorang kene jual maruah diri untuk gtau kebolehan dorang masuk dalam group yang dorang nak. pastu akan depend kat ketua sama ada nak pilih or tak. pas wat-wat pemilihan, si Faez and Sukri group aku. Faez siap pesan "ko pilih budak-budak yang cun jer. yang pakai baju belang tuh!" owh.. ok.. layankan jer gelora perasaan mamat tuh. and nak kate jodoh, dak tu jadi ahli group aku. kemain suke si Faez. ececece.... (akan bersambung hari kedua and ketiga.. hihihi)




Sampai maghrib wa cakap lu wat pemilihan subset jer. nasib ketua rilex jer. tapi kene pastikan ahli ok and tak same before tu lah. tu yang jadi lambat. tapi ayat Mael besh "best kan jadi ketua? rilex jer. terjaga perot ai" muahaha... memang sayang benau dengan perot. aset tu weh! aset! Sampai akhirnyer maghrib, sumer teros masuk sel dorm balik untuk rehat. oke, aku memang tak suke dok dorm lelame. pas solat jamak takyah takdim aku teros kuar cepat-cepat lepak luar dengan Jojet and Nurul. bernafas sket :)


Malam mase makan tuh kene makan pakai subset 7. uii suke kemain Faiz. rase nak melambung mamat tuh. aku mane-mane pon ok. tapi kalo dapat set 1, lagi aku suke, koz geng memasing. hihu. tapi kalo tak bercampur dengan seksyen lain, bukan kem r kan. and aku tak kisah. Ella ok jew giteww~~


Siap-siap makan (panjangnyer entry kali nih. penat aku taip) berkumpul kat dewan. seyes aktiviti malam nih tak besh. koz dengar ceramah jer. tajuk "Pengurusan Kendiri" aku tak pasti pengurusan ke pemikiran, tapi yang pasti ader kendiri kat belakang perkataan tuh. ceramah rely pulak tuh. macam acara berganti-ganti pulaks. tapi part yang besh aderlah nyanyi reramai. lagu evergreen pon boley. layan jew. malam tu nyanyi lagu "Biarku menjadi Lilin". Kalo dah kaki nyanyi, lagu tuh pon jadi heaven sesangat.




We ols tidow pukul 1.30 pagi. huwaaaaaaa!!!


credit pic : Mar and Sukri



malam sebelum kene berkampung di kem


Memandangkan pas exam hari tuh we ols dah kene sekolahkan, nak tak nak kenelah we ols gi kem jati diri tuh esoknyer (13-15 Januari 2012). jadinyer malam sebelum gi berkampung kat sane, we ols main boling untuk kali terakhir dalam sem nih. gigih pas maghrib pegi walaupun yang join 7 orang jer. sempoii!


group 1. seramai 4 orang. pastu kerek da menang. menyampah ai! hahaha


Group B. Mar tetibe down game kedua. tkper. usaha lagi!


Heaven gak men boling memalam nih. dengan baju tak pack lagi untuk esoknyer. pemalas punyer anak dara yang tiada tandingan giteww. yang pening dapat gelakkan Hajjar koz balingan pertama we ols tersentak bola dia jatuh berdebuk. terbongkok-bongkok aku gelak. punyer sengals sumer orang pandang. adehh!


Hajjar and ehem-ehemnyer. hihihi


Bola lagi besar dari Jojet


peace yow!


honestly game kali nih aku tak dapat strike pon. mesti tertinggal 1, 2 tkpon sumer tertinggal. kah kah kah! tapi yang nampak mantain Erin and Hajjar (walaupun bola jatuh kuat giler awal-awal). Faiz cam bese, gaya perghh! macam pro. gentar tengok ai tell yu! har har har




eii perut! muahaha


Pas men sampai 2 game (tak puas sebenaunyer), we ols gi makan mcD kat Carrefour. lame tak layan mcD. sesekali layan before duduk kem sampai 3 hari pon besh! 


ish..!


ehemmmmmmmmmmmm!!! bau nasi minyak weh!


Sampai umah aku baring-baring. tau-tau sedar dah subuh. syabas betei!



Jamuan Perpisahan kami



Finally! Exam habis weh! exam habess! malam tu jugak wat kenduri kesyukuran kat umah Sukri and Kak Aiza. padahal petang tuh we ols 'di sekolahkan' koz tak gi kem jati diri krismas lepas. redho jerlah walau berdarah telinga engkau..


Ekceli we ols wat pot luck. so, makanan pon jadi banyaks lah kan. sampai tak lalu nak makan aih! tapi seyes! awal-awal memang lapau giler. tapi selepas membantai mee goreng and nasi lemak teros tersandar kat dinding. hihihi..


aksi membantai. tak berape sopan aku tengok sumenyer pun. haha


pelbagai aksi yang seswai and tak seswai ditonton. ish ish ish!


Erin memang comel. Mael and A'ah memang poyos. Nurul, Fiza and Fizan sentiase dekat dengan makanan!


makan + amek gambau


Ezhar dah macam yahudi mabuk aku tengok. hahaha (gurau yer Ez), Along makan dengan penuh bersungguh-sungguh bersama yang lain. Alin kemain rajin kat dapur (aku memang malas). and tengok Nas and Mar adalah ratu and raja melantak malam tuh. tong kecik, tapi dahsyat sey. belaan aku rase tuh! hahaha


Aku sedang sign untuk album perpisahan giteww...


Macam-macam ader malam tuh. ader koci, buah, nasi lemak, bubur, agar-agar, bihun and macam-macamlah yang sedap dimakan. jamuan nih sempena perpisahan 4 orang kawan aku (Ku Sul, Kak Bib, Kak Wani and Kak Aida) yang akan ke UPSI untuk sambung DPLI. Tahniah korang!


good luck!


Mak ai tak mak ai, mak yu tak mak yu.. bergosips budak-budak nih! tak hengat donia tanpa nampak kamera snap!


orang punyer jamuan, haroslah yang lain giler kamera. hoyeahh!





Monday, January 16, 2012

home sweet home!


Rumah inilah yang paling dirindui...!


padi yang baru tanam. masih halus mulus gitew~


Alhamdulilah. selamat tiba dengan jayanyer ke rumah. Walaupun tak mewah, tapi sangat dirinduinyer punn... dapat jumpe abah and my mum giteww. kucing pon. peluk puas-puas tadi sampai kucing tu tak bernapas. muahahaha.


pasnih misi dalam percutian sem adalah;

  • Hapdet belog pasal peristiwa-peristiwa yang terjadi koz sangat tak sempat upload before nih. (sibok tk hengat before nih) hehe..
  • Baca buku Harry Potter dari siri 1 sampai 7. owh betapa aku merinduinyer! (Wingardium Leviosa!)
  • Upgrade belog. Nak tukar tema lah pulaks. hihi
  • Menghadiri kenduri kawen kawan (again. haha)
  • Shopping Complexx!! (window jew. lala)
  • Bercuti!
  • Merayau!


Monday, January 9, 2012

so many good news :)


Hari nih exam paper Teknologi Pendidikan. Alhamdulilah boleh jawab dengan begitu gigih sekali. hahaha.. tapi 1 soalan yang aku tak dapat jawab. "terangkan model ARCS" ciss! puas aku tonggeng kepala langsung tak ingat. saat entry nih ditaip pon aku still taktau. waakaka... dah kompom-kompom 4 markah  hilang. adehh!


kuar jer exam hall teros gi library. ambek voucher buku RM200. laju ajer kalo suh amek mende free kan.. untung larr... tapi aku taktau aku nak beli haper. tengoklah time cuti nanti.



menyengeh jer muke-muke suke dapat mender free kan.. time we ols beratur, tak panjang. so takyah beratur panjang-panjang. apersal ayat aku pelik jer? haha.. tapi kejap jerlah beratur. fakulti lain sampai kat lif dah. buatnyer termasuk dalam lif udah ternaek atas pulaknyer. keh keh keh!



ekceli, nak amek pic banner tu jer semata-mata, tapi tkperlah. yang 4 objek cun tu kire halal r kan. lalala



Thanks kepada Allah atas pemberian rezki ini. juga kepada gomen sekarang yang mengusahakannya. tahun depan up sket. hihihi


Then teros balik. makan, tengok laks DSAI bebas tuduhan. kategori good news ker erk?  pon boleyy.. oohh politiks. ader orang kate student takleh masuk politik koz masih study. tapi student yang nyanyi-nyanyi berlakon boley pulak erk. tetttttt... (pandangan peribadi) no offend yer..


pastu 'joging' (tidow) tak hengat. aku bangun-bangun aku dok dengar A'ah cakap "Alhamdulilah" banyak kali. Aku jegelegah (cepat-cepat) bangun tengok Hajar tengah ngaji, cuaca kat luar mendung. dengan penuh konpiden disulami mamai aku cakap;

Aku : dah pukul berape nih? Astaghfirullah subuh dah terlepas! (gelabah)
A'ah : Baru pukul 6. rilek r!
Aku : Kenapa pukul 6 terang sangat?
A'ah : woii! ni petanglah! bukan pagi. hahaha
Hajar : ha.. tu lah tidow lagi tak hengat. (gelak)
Aku : owh (malu). yang ko dok Alhamdulilah naper A'ah?
A'ah : Alhmdulilah, rumah ni kite leh duduk sampai sem akhir. bank luluskan untuk abg Nizam (owner umah) separatedkan hutang kad kredit owner lame dengan rege rumah. Syukur sangat (muke heppy tak terkire)
Aku : wahh!! beshnyer! yeyeye! tak payah pindah! Taman Rona di hatiku..

Sampai macam tuh sekali. haha. Good news sangat-sangat. tak payahlah aku nak mengangkut barang-barang. Thanks Allah!


Malam gi library untuk  study Psikologi laks. cek biasiswa MyBrain15. Aku cek nak taknak jer. koz asal cek jer ayat skema nih kuar "Maaf, permohonan anda sedang diproses". sentap i. hihi.  Tapi bile aku cek tadi, kuar camnih laks:




Alhamdulilah!! tapi tarikh tamat hantar dokumen 13 Januari nih. Nasib baek tergerak hati nak cek, kalo tak, terlepas camtuh jer. Tapi kalo dah rezeki tak ke mane kan. So esok haroslah aku berkejaran ke sane ke mari untuk setelkan MyBrain nih. hope diberikan kemudahan dari Allah S.W.T


Impian nak lajak tidow sampai pukul 10 esok berkecai. Sila kuar rumah pukul 8 yer Cik Tasha agar urusan kamu setel. lalala~~



Sunday, January 8, 2012

mase kecik-kecik dulu..


hihihi...

gelak dulu siap-siap koz dah umur 26 tahun nih ader lagik yang ingat pasal tu. saper ingat lagi dulu mase kecik-kecik kalo kite ader barang, then bile nak tinggalkan barang tu kite wat sesuatu.


ingatkah anda? kalo yang lahir sekitar 80 an macam aku ingatlah kot. mesti akan wat macam tuh. adeh.. memang terkenang-kenang zaman kecik giteww... inilah punca yang menyebabkan aku terkenang-kenang zaman tu. tettt..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Alif Lam Lam Ha.. ALLAH. dulu-dulu mesti akan tulis perkataan camnih bior orang tak curik. kalo takder pen pakai ilusi jari pon boleyy... and nih aderlah keje si Mael lambong kat library tadi.. muahaha.. yerlah we ols nak makan tengah hari, tinggal jer lappy kat bilik tesis tuh. redho jerlah. tapi ader orang jampi serampah dulu. layan... hihuu..



poyos kan?

Kalo nak cerite zaman kecik-kecik aku dulu kang tak sempat aku nak study untuk paper tekno esok. tapi yang pasti esok akan hilang satu beban lagi. tapi malamnyer kene gi library lagi. memang library dah jadi umah nombor dua aku sekarang. redho jerlah cik Tasha oii... kate nak berjaya...


kan.. ok.. sambung study. nyte!

^__^



Saturday, January 7, 2012

ehem ehem!


Hari nih malas pi library. penat. lepak kat umah jer pakai scrub, pakai masker, pakai toner.. heaven giteww sambil betolkan proposal semalam tuh yang persoalan kajian tidak cukup kesarjanaannya gitew.. pon boleh..


hari nih makan free umah pokcik aku kat Parit Yaani koz ader kenduri arwah. dahla datang lambat, teros makan. pastu aper yang dihidang sumer habes. memang lapau sungguh sumer gamaknyer. hahaha... 


makan buah pulasan and rambutan


pastu kan.. jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


wah gitewwwwwww....!


seyes aku tak pandai pegang baby. nih pon si A'ah yang angkat dulu pastu bagi kat aku. muke kekok giler.. menggeletar jer aku pegang. time pegang katak rilex jer pon. tak pon kucing. uii kemain besh lagik. hihihi. aiseh! camner nak beranak tiap tahun nih pegang baby pon tak reti. muahahaha. 


eh jap, ader lagi. yang ni nampak macam ibu mithali sket. kuikuikuikui

kahkahkah!! takleh blah! yang penting baby tu tetap tidow. hahaha


nampak macam Ct K dalam pantang...hihihi


and orang yang langsung tak kekok pegang baby adelah;


Mek Ah! untung lar Farid nanti. koz A'ah dah berpengalaman jaga anak buah dia dari kecik. anak buah dah berlambak. aku sorang pon tkder. anak buah kazen jer ader. tapi A'ah hebatlah! saya sangat respek giteww. cepat-cepatlah kawen Ah oii.. pak pak pak bung bung bung!!!!




Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.