Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, August 23, 2013

.Beribu-ribu tahniah.



Kawan-kawan aku memang pandai wat seprais. First at all, aku nak ucapkan berjuta-juta tahniah pada kawan-kawan kelas aku (Seksyen 01 uthm) koz berjaya merubah status ke arah yang lebih baik. Alhamdulilah.

Oke, pasangan pertama, Wani and suami dia. Tapi yang nih awal-awal kami dah taw koz dia anta notis awal (kad jemputan). Tapi sayang tak dapat pi majlis dia koz jauh sangat plus bajet lari lintang pukang. Naseb si penganggur. huhu

so sweet..

Sebenarnyer dorang kawen dah lame. Berkurun aku baru nak update. Maklumlah tuan tanah pemalas tahap gaban. Apepon Wani, tahniah sangat. Walaupon ko tak banyak cakap dalam kelas dulu, tapi mesti ko suke dengar aku bercakap masa dalam kelas kan? kahkahkah!! gurau.. 

Seprais! Pasangan kedua, Mar buat kejutan bertunang dengan Ikmal. Mase same pektikel kat PSA and dok rumah sewa sesama, selalu dengar Mar kate nak kawen cepat. Kemaen terburu-buru dia. wakaka. habeslah kalo dia baca. 

ni bukan pic tunang.Pic dia hilang lak. haha

Tahniah Mar! Kurangkan sikit sifat garang singa ko tuh. muahaha. Ala tak lame je pon bulan 11 nih kan. Semoga dipermudahkan.Amin

Oke, pasangan ketiga yang membuat seprais tetibe post gambo kek ade name mereka tak laen tak bukan, pasangan paling hot dalam kelas kami ; Hajjar and Mael. Fuyo... Raya kedua tuh dorang bertunang. Tekejut gak time bukak fb. Maklumlah, aku kan over kalah budak kecik time raya-raya nih, feeling beraya semedang. Tetibe ade orang bertunang cam batak kejap. wakakaka..

perghh sopan betol ko Aja. hihi

nampak cincin itu?

Alhamdulilah bertunang sudah mereka. So semestinyer Syawal kali nih paling bermakna dalam hidup dorang. cewahh! Aja, ko gojeslah! Paling aku suke, ko sangatlah simplenyer. Nice and sweet gitu. Tak payah nak macam retis sangat kan..? I loike..

nih pic dorang jadi pengapit seminggu after bertunang

Ekceli tak sabor nak tengok produk dorang bile mereka dah kawen nanti (ulang balik.. bile dah kawen nanti). Oleh kerana aku dengan Hajjar dulu serumah, jadi taw sangat dah perangai dorang nih, kejap-kejap gadoh, kejap-kejap baik. So korang, dah bertunang nih sila lebihkan bersabor yer. Lagi-lagi Mael. wakakaka. lariii...!

Seprais keempat.. sape lagi kalo bukan dak rhetiawwww!! tuh. Memule si Fizan upload dalam group aku berkerut-kerut tengok sapa dia tuh. Sekali, la si Fiza rupenyer. Memang dengar ura-ura minah nih kalo melepak kat rumah aku, nak kawen cepat aje. ha, padan sangatlah tuh. one step closer, dia bertunang raya ketiga. Betapa syawal yang menggembirakan lagi. cewah!

alololo.. cantiknyer kawan aku.

Walaupon dia pernah nanges mase naik top gun (hihihi.. lawak lawak), dia tetap berseri di hari pertunangannya. haha. Simpan sikit perasaan kurang sabor mase bertunang nih ye Fiza, moga cepat sampai ke jinjang pelamin. Amin. Tahniah!

Pasangan kelima, feveret gak nih. ihihi... Budak yang aku rase paling kerek mase awal-awal sem dulu. Tetibe jadi kawan baek gelak guling-guling. haha

Alin and Nami

Dorang bernikah pon raya ketiga jugak. Alin, ko memang gojes. Aku taw ko rabun warna sumer warna ko nak pakai kan. kakaka. And ko jugak kemaen desak aku suh kawen cepat. Kemaen berchatting menakutkan aku. Mentang-mentang dah kawen. Bersemangat memberi penerangan kepada aku yang naif (naif tuu.. wakakaka) ini.

Pelamin cntik. Putih suci jer.

Alin, some times aku rindu gurau kasar ko yang tetibe mengena tepat dekat orang-orang tertentu. Semoga berbahagia Alin. Aku doakan ko dapat anak cepat. Korang berdua nak anak cepat kan. Moga dipermudahkan. hehe. bak kate ko (ayat ko memang takleh blah. haha) kat aku semalam;

"aku kena bekerja keras untuk realisasikan impian kami tu. hehehe"

Pasangan keenam, memang yang paling seprais sekali lah. Takder angin takder ribut, tetibe muncul pic mereka bertunang. wakaka. Diam-diam berisi okeh. hihi

Faiz and Fadzlina

Maunyer aku tak terkejut, koz dia nih paranoid sikit dengan pompuan. Teringat awal-awal sem dulu, dia siap menggeletar mase A'ah hulur kertas undi kat dia dalam kelas Philosophy. Kalo cakap dengan pompuan tone suara cemas kemaen apetah lagi kalo pandang muke dia. Gelabah weh! Selalu kene bahan kat kelas as Dr Romzey 40 juta! kahkahkah! Paling ingat dia berpidato dalam kelas dengan suara menggeletar sampai bengkak perut kami sekelas gelak. Tapi bile dah lame kenal pompuan, dia kembali normal. haha. Faiz, tak sangke ko dah bertunang.

And, aku dengan A'ah curious giler camne dia approach tunang dia nih dalam keadaan penyakit pranoid dia tuh. hihi. And paling tak boleh blah, sorang pon tak terhidu dia ade aweks. (ke aku dengan A'ah je taktaw? hihi). Tetibe dia amek pic cam kat atas. Terkejut beruk aku. haha. Tahniah Faiz dan tunang. Semoga dipermudahkan untuk langkah seterusnya. amin

And yang terakhir, dia pon bagi notis jugak tapi tak dapat datang koz kazen aku bertunang. Majlis dia pon kat Johor. jauh tu. Tahniah Farah and Ijat. Pasangan paling cool koz jarang dengar masalah dorang. giler cool kan?

cube ko dok diam-diam Fara. haha


Farah pon osmet aku jugak merangkap rumet si Hajjar. Beribu-ribu tahniah. Ni pon kes lame bercinta jugak.  Aku tak pernah dengar dorang gado ke aper ke, rilek je makcik pakcik berdua nih. Harmoni gitu. Alhamdulilah, sampai gak jodoh mereka. 

Mase wedding akak dia tahun lepas, aku gi. Siap tulis untuk Fara andIjat lagi kat Guest Book dia. Memang tak sempat gi, and ko koyak jerlah ucapan kami kat ko Fara yang in advanced tahun lepas dari buku kakak ko. hihi

Ikhlas dari aku, tahniah kawan-kawan. Hepi for u ols!



credit : Hajjar, fb Faiz, fb Wani, Fara, Fiza, Fizan, Mar, Mael, Alin. 



Saturday, August 10, 2013

.Salam Lebaran.



Tahun nih raya tanpa nenek belah abah. Jadi, raya pertama automatik brtuka bile anak-anak tiri nenek takder yang datang dah pagi raya pertama. Tak macam selama 28 tahun aku hidup before nih.

Lepas bermaafan, kami semua ke kubur ziarah kubur nenek yang pergi 20 April lepas. 


Biaselah, mane yang hidup pasti akan mati. Terimbau kenangan beraya kat rumah nenek dengan kazen sengal aku dulu-dulu. Al-fatihah untuk beliau.

And lepas tuh teruslah beraya rumah nenek belah mak. Makan aje kejenyer. Aduh tak fit suda. Walaupon aku gemok, tapi aku fit oke. Takder nak termengah-mengah bile panjat tangga sampai 3 tingkat pon. Tapi raya pertama je duduk pon dah mengah. Bulan pose tak exercise, pastuh raya melantak.

Balik dari rumah nenek kazen, makcik, pakcik dari Pahang pon datang. Riuh sekampung. Raya walau kat mane-mane pon memang bagi kegembiraan kan?

And pukul 6.30 aku tewas jugak tertido sampai pukul 8. Kazen aku ajak gi raya umah makcik aku pon takder mud, dengan serabai and tak mandi lagi. And paling penting sebel (rimas) tengok rumah bersepah! Lagilah malas aku nak kuor.Sakit mata memandang sepah sane sepah sini.

Tamat jurnal raya pertama 2013.

Selamat hari raya!



Thursday, August 1, 2013

.baju kurung pink.




ops jangan konpius. ini bukan adik kandung aku. Tapi mak aku yang jaga dak ni bile his mama gi keje. HIS? hahaha. Jantina sebenar adalah lelaki. Tapi pagi tadi berkenan pulak dia sebok suh pakaikan baju kurung yang mak aku jahit untuk anak kawan dia.

Pastuh kemaen suke dia bergaya. Terus poyo masuk bilik aku menunjuk bajet cun. wakakaa. Tapi tengok muke pon taw ko lelaki Aqif Danish oii! muahaha!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.