Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, February 26, 2014

. Further PhD?.




Aiyooo... banyak pening ini kepala memikior. Nak sambung ke taknak? Nak ke taknak? arghhhh!! Kejap nak kejap pulak macam tak nak. yang mane satu pon aku konpius.


Kawan-kawan aku sorang-sorang daftar dah. Rase cam buang mase betol aku nih. Pikir tak sudah-sudah. ahaha... jawapan tak jugak ade. Si Ez dah habes sem 2 ha. aku proposal pon ntah mane hala. jem!


Malam nih saje aku ushar-ushar web UKM. ehem.. nampak menarik. Dalam mase yang sama cuak jugak. haih!


3 tahun wehh!! adoiii


Try gak nak ushar UPSI tapi laman web dia pon cam tak brape friendly. hahaha. UTHM? mintak maapppp!!! takmo aku sambung di sana. Management teruk. opsss terpaksa jujur koz UUM mase aku degree dulu management memang tip top! Solute!


Kene pikir masak-masak nih. Kene senaraikan pro and cons. 


Saturday, February 22, 2014

.My Passion.



No moral down anymore. Back to normal. I love my job now walaupon tak tetap, kerja ikot suke hati, and paling tepat anda buat anda dapat.


Normal life, my passions memang dunia pendidikan. dengan my students, dengan nota-nota, dengan mengajar aku rasa puas. Rase seronok tapi apa daya belom lagi dapat kerja tetap. Takperlah Allah lagi taw yang paling terbaek untuk aku. Teruskan bersabar, berdoa, berusaha and tawakal.


Well, ini my students kat pusat tuisyen Khamis malam lepas. Form 2. Only tujuh orang. Standard pusat tuisyen takleh reramai kang jadi pasar. hahaha. Subjek Sejarah bab 3 : Negeri-negeri Melayu Utara (NNMU) dan Johor Benteng Keselamatan British.


Saje suruh budak-budak nih wat mind mapping then terangkan dalam kelas. It's more fun. Kelas pon meriah dengan budak-budak nih. Aku suke mengajar dalam cara yang santai, budak-budak pon senang ingat. 


Zakwan (dia suh aku panggil Mimi wakaka) and Hafiy
Cover topik untuk negeri Terengganu and penerangan macam mane Penasihat British boleh menyibuk dalam negeri tuh. hehe


Ahmad and Adam
Cover topik untuk negeri Kelantan, cerita kesah di sebalik semuanyalah


Fatimah
Only girl dalam kelas nih. Cover topik untuk negeri Perlis and penerangan.


Emir and Zulhilmi
Cover topik untuk negeri Kedah and penerangan macam mane Penasihat British boleh menyibuk dalam Kedah and kewibawaan Sultan Abdul Hamid Halim giteww.


I love my students so much. Oke minggu depan sambung camne kedaulatan Johor akhirnyer tumpas jua tahun 1915. cewah!




Tuesday, February 18, 2014

.Moral Down.




Malam nih aku betol-betol rase give up, rase nak marah, rase kecewa and macam-macam rase. Dah lama aku tak rase camnih.


Give up bile sabar tuh rase macam dah hilang, mula fikir macam-macam, rase nak marah bile printer aku tadi wat hal, habes tangan aku hitam. Tambah nak marah mase dalam kelas tuisyen which is satu kelas tapi dua partition cikgu kat partition sebelah tuh tak reti nak kawal budak menjerit-jerit ganggu p&p aku. Menjerit macam histeria! Kalo kat sekolah mungkin p&p cikgu tuh seswai koz bising budak bising yang ade isi, learning process. tapi kat pusat tuisyen? sampai students aku pon mengadu bising takleh wat keje, bercakap pon aku tak dengar, hangen! hangen aku!!!!!


Rase kecewa bile umur aku tahun nih 29 tahun, tapi i'm nothing!! i'm not somebody! aku frust sangat! Kecewa bile takder keje tetap lagi walaupon aku master holder!! Aku luahkan kekecewaan aku pada Meklin kawan senasib aku, sedeh! sangat sedeh! Aku nak nanges tapi aku dah tak kuase. Entahla..!


Moral down bertambah-tambah bile aku tertengok gambor lame yang ade gambor orang yang dah berjaya aku cube kikis dari hati selama 6 bulan. aku down! tambah down bile aku jumpe pic nih! 




Aku sangat down. aku sedeh! aku pilu, aku rase aku memang loser! Loser sebagai anak yang tak berjaya lagi bantu secara total mak abah, loser as well educated person yang jobless! Loser as orang yang selalu gagal dalam bercinta. and the worst aku rase sangat-sangat down!!


Aku taw aku tak baek tulis taip cakap camnih, tapi aku selalu tertanye-tanye ape yang Allah nak bagi pada aku, apa susah sangat aku nak mengecapi kejayaan berantai.. Sesungguhnya hati aku remuk redam bile memikirkannyer. Aku sedeh sangat! 


Malam nih aku rase panas, nak marah, nak nanges, down.. sangat-sangat down dengan ape yang jadi kat diri aku. Kadang-kadang motivasi yang aku cipta sendiri runtuh and aku akan meratapi setiap kekecewaan itu. Aku harap aku mampu bina motivasi tu balik.


ya Allah, sesungguhnya Kau adalah sebaik-baik perancang. Permudahkanlah ya Allah! permudahkanlah! Landasilah hati ini agar tidak membuatmu murka. Sesungguhnyer aku hambamu yang lemah, hina ya Allah...


Allahuakbar!



Tuesday, February 11, 2014

.Pagi berinai.



Hari kejadian : 24 January 2014 (Jumaat)
Tempat kejadian : Rumah Bella merangkap rumah Cik Tir. hihi


Dah lame, tapi baru terhegeh-hegeh nak update. Oke sambung cerite, selalu orang wat malam berinai tapi pesen aku dengan kazen2 aku wat pagi berinai. First time aku pon menggedik nak berinai jugak. 


tadaaaaaaa.............!!!



ni bukan tangan pengantin, tapi tangan aku dalam proses lukis inai.


Selaku bekerja dalam waktu kerja tak normal macam aku ni, hari jumaat pagi orang keje, aku dah rewang rumah kazen aku kat Bukit Badong nih. Pastuh kene hasut dengan sepupu-sepupu aku yang tak bertanggungjawab wat inai. Oleh kerana iman senipis kulit bawang buat jugak walaupon sebelah tangan. Takmo aku wat dua-dua tangan. takmo takmo. ceh!


mine! kesian orang yang lukis inai nih, mesti bajet lari. kahkahkah!!


Pengantin kompom-kompom tangan meriah untuk megelakkan kami over shadow dia. Takot jatuh saham leteww.. owh yer, gigih tak gigih, siap ade katalog oke, rambang mata tengok, and op koz aku cari seringkas mane yang boleh tapi kalo boleh nak sampai siku. over!!!


pilih jangan tak pilih


Hari Jumaat yang tak ramai orang, memudahkan kami bersantai-santai penuh privasi. aman damai gitew. So nih pulak pics lukisan inai pilihan citarasa masing-masing.


tangan budak hati bonga-bonga, Hawa


Sangat kagum yer dengan pelukis inai nih, sangat expert, free hand and rilex, kalo aku yang buat, dah jadi ape ntah, silap-silap padam pakai liquid. She has a great psikomotor skills! Daebak!


kalo meriah bagai gini, tangan puan pengantin, Bella


cantik jugak, tangan Ika.


Lepas siap-siap berinai plus gosips, plus inai pengatin comot siap tercolet kat beg goodies (pengantin gelojoh tak reti dok diam. dalam bahasa jawa ; EKER!) makan-makan bagai, kene buat bunga manggar pulak. tradisional pulak tuh! Aku hengat yang modern siap ade gam, rupenyer nan hado. Kali terakhir aku mencemar duli wat bunga manggar tradisional mase makcik aku kawen kali kedua dulu.Lame woo...


So, tangan dah santek-santek berinai, kenelah show off buat bunga manggar kan. Hebat permainan pengantin. hahaha. Terkial-kial aku. Ika n Bella dah dapat banyak, aku terhegeh-hegeh gulung kat lidi penyapu.


show off


hasilnyer. tu dia.. mengerlip sakan no!


Mase syok menggulung, aku cakap-cakap nak makan kek balik rumah nanti, tetibe si Bella menjerit kate dia tak tempah kek lagi! ntah pape si Bella nih, dah petang jumaat baru nak tempah kek, doa banyak-banyak ade yang terime. muahaha


kalo tadi album inai, nih album kek pulak. 


Nasib dapat cari kek dengan harga yang berpatutan and rase yang sangat sedap, tuan tanah balik rumah pasal malamnyer nak tengok maharaja lawak mega. Sempat gak snap persediaan tuan rumah before rewang hari Sabtu and kenduri hari Ahad.


khemah tetamu


pelamin


Oke, nanti sambung entry hari sabtu and ahad pulak. Orang jawa kalo kenduri memang geden-geden and rewang sampai pengsan 3 hari 3 malam. Meriah dengan dolor-dolor meriah majlis ;)





Monday, February 10, 2014

.Ex classmate wedding : Faiz and Fadzlina.




Sekelas selama 1 sem  mase buat master kat UTHM sebelum rombakan besar-besaran menyebabkan dia kene masuk kelas lain untuk sem 2 and 3. Pon begitu, hubungan kami sekelas sampailah habes belajar tetap same. 


Dikenali sebagai seorang yang sangat pemalu di awal-awal kelas sampai menggeletar mase ambek kertas dari A'ah dalam kelas Falsafah dulu akhirnyer selamat jadi suami orang ye Faiz. Beribu-ribu tahniah. ahaha teringat aku ejek-ejek ko Dr Romzey 40 juta! kahkahkah!


Geng merayau sakan, melepak, tengok wayang sampai tengah malam, maen bowling poyo-poyo bajet dia hebat sangat, bergosips, melepak kat kedai 25 jam sambil silang-silang sudu dalam pinggan orang laen bersama-sama si Mael and Ezhar and budak-budak Taman Rona. wakakaka


Takder angin tkder ribut taw-taw dia bertunang and nak kawen. ahaha terkejut jugak koz dulu dia bajet kekonon single giteww. Sampai ader orang minat kat ko tapi ko tolak camtuh jer (opsss! pengakuan aku selaku orang tengah. hihi) Sorry tak dapat wedding ko yer. Kalo Fizan jauh ke utara, ko pulak jauh betul ke selatan. Takder rezki katakan.


nikah


Neway Faiz, aku doakan semoga korang bahagia, dimurahkan rezki, dilimpahi kegembiraan and paling penting semoga kekal sampai liang lahad terus ke jannah. amin. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan semoga menjadi parents yang baik. amin!


sangat cantik kamu berdua


gambor yang sangat ohsem!


OP ko memang terbaek, Gambo cantik, and kreatif! 


Make up sangat cantik, just nice. Kombinasi kaler baju sangat cantik and simple, pandai wife ko pilih warna. Sangat ohsem on ur big day! Impress!


Semoga bahagia! Jaga wife ko bebaik Faiz. Tahniah kamu berdua ;)




Aku rase belog aku dah macam belog dokumentasi perkahwinan pulak. hahaha

credit pics : Faiz, Fadzlina and OP pengantin - TQ!



.Ex classmate wedding : Fizan and Ubai.



Kami berkongsi tarikh lahir yang sama (14 April) tapi tidak berkongsi tahun yang sama. ahahaha... Kami sama kelas mase sambung master kat UTHM and beliau pelajar terbaek dalam subjek statistik. Name pon budak maths mase degree dulu kan. Dia ni memang antara stok budak-budak pandai dalam kelas aku, assignment on time, sumer teraturlah tak macam tuan tanah yang pesen wat kerje sumer last minutes. hihi


Congrats Fizan atas perkahwinan yang menyatukan cinta kalian. cewaaah! Semoga bahagia sampai akhir hayat. Ampun tak dapat datang, begitu jauh di utara nuuu... memang takdak rezki nak jumpa ang di majlis ang.




Neway aku doakan ang bahagia sampai jannah. Semoga menjadi isteri yang baik, and InshaAllah ader rezki jadi ibu yang baik jugak. Juga moga rumahtangga yang dibina sentiasa dilimpahi kegembiraan and rezki yang tak putus-putus. amin!


Nikah 16 Januari 2014


owh aku suke giler pic nih! ohsem! majlis resepsi 2 Februari 2014


ala-ala duyung pink gedik di situ. cantik pemandangan wehhh! u ols pon cantik!


Hopefully kot la dapat orang Kedah macam ang kan, aku nak pi outdoor kat sini jugak. Takpa maghrib pon, aku boleh jamak taakhir. kahkahkah! jem!



credit pic : fb Fizan - TQ!


Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.