Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Tuesday, May 31, 2011

mari memasak laksa penang..

Di akhir bulan Mei nih i terajin lah pulak buat laksa atas permintaan adik beradik i khasnyer si Gibam. So.. i beli jer. yang tukang siang ikan adik i. Kalo chef memang cenggitu kan? hanye masak. Yang sediakan orang lain. hahahaaha. Giler poyos...


Jomlah tengok teros.. Malas pulak nak karang pepanjang memalam nih.. hihihi


potong cili kering.. (yang nih tangan adik i)


daun kesum...


takyah rendam2. rebus teros jer. after menggelegak matikan api & tutup lame sikit.


santek gak bunge kantan nih yer..


sebelum dihiris2...


tuang jer sume kat dalam kuah...


Kalo nak pedas letak cili bebanyak..


rebus telur..


kuah yang dah digaul & hampir nak menggelegak..


yang ni untuk ulam. Nak letak boley.. tamau pon tkper..


siap!


Jempot makan yer....


bile 'petani' turun kebun..

Entry kali nih simple. Nak tunjuk pokok pelam (i taktau name jenis pokok pelam nih aper.. lupe!) yang i tanam setahun setengah yang lepas dah berbuah. Hoyeeeaahhh!!! Sangat gembira okay koz tak sangke pokok yang i tanam dah buah dengan lebatnyer.


Actually i tanam 2 pokok (pelam epal) tapi dah kene tebang dengan abah i. Alasan dia tak berbuah. Padahal pokok tu memang tengah berbuah. Aper lagi balik sekolah ngamuk2 (versi kadar sederhana) & membebel2 i kat abah. Abah just kate "tak nampak. Saper suh lambat buah.". Menyampah betoi!


Sebagai hukuman abah i tolong tanamkan pokok durian belanda yg orang bagi.. hihihi. Jom tengok hasil dari petani poyos nih.


pokoknyer kecik jer... ala lupe nak alih baldi tu. ish!


yang nih baru menjadi..


yang ni pasti menjadi...


buah dia tak rata..ader yg masih berbunga


ni jenis pelam besor. Sian lak kat pokok tu nanti...


di tepi sawah yg kering kontang


see? baru berbunga...



pasnih kompom pokoknyer lentok2...


Sekian laporan dari petani poyos. hehehe..


Hari 'kehilangan' Didi...


Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Mei 2011
Lokasi : Taman Seri bakti


Sorang lagi ahli geng i iaitu Didi (Nazarul Diyana) telah melangkah ke alam perkahwinan bersama pilihan hatinya (Ahmad Firdaus). Jadi we all kehilangan lagi ahli setia yg kaki rayau. Sedih! Tapi as fren i heppy Didi akhirnyer bertemu jodoh. Kongrats Didi!


I start gerak ke rumah Didi pukul 12.30. Tapi sampai umah Didi kol 1.30. Giler lame. Padahal paling lame pon 15 minit jer. Ini sume koz jammed gilers kat Pekan Tg Karang. Pehh!!! stuck! Tapi i tak kire i buat dua line. Walaupun jalan nak ke kanan tu satu line jer asalnyer (jangan tiru aksi buruk nih). And tak sangke ramai yg follow. So kalo i kene tahan polis mesti bkn i sorang jer yg kene. hahaha....


nih dah kire okay nak sampai...


Sampai gak akhirnyer..


Sampai2 jer teros lepak kat khemah wif Hata & Elly. Dayah & Kema tak sampai lagi. Kat sane jumpe ramai sangat orang yg dikenali (malas taip) terutamanya Kak Roha & Awin wif boon. Heaven sangat koz lame tak jumpe. Aper lagi Dayah & kema wif Gaban datang kemudiannyer. Tambah meriah.


Time nih dorang tengah meroyan diskus pasai pa ntah. Siap angkat2 botol lagi si Dayah tu. Nasib tak sawan. hahahaha


cutenyer Kaseh Haziqah (anak Awin & boon)


Pas menyantap2 we all pon masuk umah pengantin then snap2 pic. Thanks pada gaban (sangat sporting) & kamera Elly (penaja tetap kamera. hahaha). Pasangan pengantin pon sangat sporting. Memule pic indoor. Pastu outdoor. Dah tak heran dengan orang lain. Janji we all buat dokumentasi. Owh yea! Thanks pada boon (husband Awin) yang bekerja keras memegang flash kamera. Jasamu dikenang boon.. hehehe....


Time nih Kema & Gaban baru sampai...


Gelak sampai lebam...


Simple but nice!


Outdoor time!!!


Gaya awal2...


Merebut bunge tangan. Elly dapat. So pempahamlah. hihihi


Thanks boon. Walaupun panas tetap gigih menjayakan penggambaran nih.. hihuu!


i like this pic!


huhuhu... sedeh Didi dah jadi wife orang..


En. Ahmad yg memalu.. tapi dia sporting..


bile dah nak balik (pukul 3.45 petang) rase sayu sangat koz Didi pasni takleh kuar macam dulu2 dengan we all. Kalo Kema walaupun dah ader Ain dia still tak lost contact sangat. Tapi Didi kompom susah pasnih nak jumpe. Koz dia dah berazam akan menjadi isteri yg sangat soleha. kuikuikui....


Ahmad Firdaus & Nazarul Diyana


 Siap wat pesanan pada En.Ahmad lagi "Time wedding we all datang tau. Jangan lupe bawak hadiah besau sikit. hahahaa" Gegurau sebelum pulang..


Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin!


**credit pada Gaban & Elly koz snap pic yg santek. Juga credit pada i.. hihihi**

Monday, May 30, 2011

Maghrib "cengkling"


Assalammualaikum....

Rase macam lame tak update blog ekoran kemalasan & kebizian melampau (attend wedding receptions). hehehe... Ni malam2 baru datang mood. Ni pon sementara tunggu channel faveret i bermula.


Ok.. nak share. Aper tu maghrib cengkling? lawak jer bunyinyer kan. cengkling tu kompom2 bahasa jawa kan? Maklumlah i kan anak Jawa pure. hihihi.. Jadi kenelah memartabatkan Jawa di kalangan anak muda yg semakin menjadi Jawa murtad. hahaha... Tak dinafikan ader gak Jawa mualaf (kazen2 yg kawen dgn org bukan Jawa). Orait jugak kan.... Kirenyer berusaha mempelajarinyer... ceewaaahhh!!! Terbaek!


Perkataan nih berbangkit bile parents i sibuk2 plan nak poie ceramah (ceramah agama) after maghrib tadi. Siap berjanji pergi berjemaah dengan geng2 mereka. Ayat takleh blah " endang teko. Maghrib cengkling lungo teros yo.." means "datang cepat. Lepas betol2 maghrib pergi terus yer" i pon terpinga2 asalnyer... Menatang apakah? cengkerik ker? So my parents pon terangkanlah kat i yg dah menjurus kemurtadan Jawa nih. kui kui kui...


**maghrib cengkling = betol2 lepas maghrib**


Selalunyer dorang akan sebut word nih bile mengundang dari umah ke rumah kalo mlm 2 ader kenduri nasi ambeng. Selalunyer ayat2 tu kompom ader. Unik kan? Koz of that i proud to be javanese.. hihihi... i nih bahasa Jawa yg fail bile kate arah (ngedul.. kulon.. ngetan.. ngalor) koz bile kite berubah kedudukan jer arah 2 akan beza jugak.. Tu lom ader 'past tense' dia lak. Yg nih sohih i kantoi..!


aperpon Jawa memang dah makin pupus. Tapi tak salah memahami untuk satu kelebihan. hikhikhik!

Saturday, May 28, 2011

Secrets of Graviola

ber blog walking... then jumpe fakta menarik di blog cik Purple tentang buah kesukaan aku iaitu Durian belanda or Graviola. Meh nak share... Aper2pon credit awal2 pada cik purple yer..



credit to lebai google...

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

 Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini : 
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. 

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. 

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. 


Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.


2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan! 


3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawapannya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatenkan.


Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.


Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, di mana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Motherâs milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


~~ aku sangat suke dengan buah nih. Tak sangke besar khasiatnyer~~

Thursday, May 26, 2011

Rewang & Rainbow cakes

I dilahirkan dalam masyarakat Jawa. Keturunan i memang 'pure' Jawa. My dad Jawa Selangor. My mum Jawa Johor. So.. jawa jugak kan. So nyong yo jowo tenanan jugak kok! hahahaa.... Enuff for intro..


bersempena skool holiday yang menjelang.. banyak gilers kenduri kahwin. Dekat kampung i pon tak terkecuali. Esok my mum kene rewang kat umah jiran i. Kenduri first menantu. Kompom geden2 (besar2an). Jadi masyarakat kampung kat sini mesti rewang sebagai menunjukkan semangat kerjasama..


Rewang dah satu hal. Kene bawak sanggan (buah tangan bukan anggota lain yer.. hihihi..) jugak. i taktaulah kat tempat lain macam maner. Tapi majoriti jawa kat Selangor nih mesti camtu. contoh sanggan yang orang bawak untuk dibagi pada tuan rumah kenduri gula.. beras.. kerepek yang banyak.. kuih muih.. minyak.. gas.. & lain2. 2 baru sanggan belom becek (salam berduit) lagi. 2 orang2 dewasa or orang tua2 jer. Kalo anak dara macam i nih i wakilkan mak i jer. Seganlah i nak join aunty2 kat saner. wakakaaka...


Salam berduit tu besenyer orang letak dalam sampul. Samerlah i pon kalo malas nak bagi hadiah salam duit jer. Senang. Tapi kalo i tengok golongan jawa nih kalo salam wet mak aii tak hagak2. Paling koman pon RM50. Kalo macam kenal2 biase RM10. Kalo sedare lagilah. Ratus2 pasti dah. i rase tempat lain pon same kot. 2 lom masuk sponsor itulah inilah. Kekadang i rase kenduri kahwin (berkhatan & cukur jambul baby pon) nih memang boleh wat bisnes lah. hahahaa.. Tapi pastu nak salam balik pon syok jugak kan... hahaha


Sempena rewang yang memulakan harinyer secara rasmi esok hari nih my mum wat kek pelangi untuk dibawak as sanggan esok. Koz my mum dah taktau nak bawak aper.. So bawaklah kek. buat sendiri dengan gigihnyer. Dora mestilah nyebok snap2 pic jer kan.. Nak tolong tak koselah teman (kalo dah dasar pemalas nak wat guane kan).. My mum kate kalo i tolong rosak pulak barang2 letrik dia. Nyampah!


Rasenyer memang sedap. Pelbagai kaler yang memang menarik perhatian untuk orang makan. 2 yang semalam my mum lelame kat Tesco. cari bebahan wat kek termasuklah pewarne. i suh my mum ambik biru. Dia taknak. Ambik hijau jugak.. Kalo biru i memang tak makan. Pelik jer. hahaha.. Pastu i mestilah ambik oren suh my mum wat kek faveret i (kek oren) tapi my mum malas nak wat. Hampehh!


yang tu bukan tangan i yer.. my mum... hihihi


Setelah bercampur gaul dengan pelbagai warna..


close up sikit..


  

i tukang belah. Pastu lesap dalam tekak.. haha




Jadi kepada yang kene rewang.. Selamat berewang dengan penuh semangat kejiranan. Jangan dok ngumpat jer.. Selain mengeratkan silaturrahim dapat juga memeriahkan suasana... hoyeeaahh!!!


Wednesday, May 25, 2011

my beloved tuition's class

Saper nak tengok kelas tuisyen i yg kat rumah angkat tangann!!! ceh! bajet ramai baca blog ko ker Dora.. hahaha... okeh3... i wat entry ni just sajer nak letak pic yg i amek pagi2 tadi (i bangun awal u!).


Kelas tuisyen i simple jer.. Sume rete abah i. hahaha. Thanks abah membenarkan rete abah diguna pakai (kalo tak bagi i tetap akan guna. pedulik hape..hahaha) dengan jayanyer.


hahaha.....


See? I told u.. simple as me. Saper tak susun balik kerusi after tuisyen memang kene sound direct dengan i. Pantang sepah2 nih. Sakit mato den menengoknyer. Utamakan kebersihan & kekemasan.


dekat sikit....

yang ader lappy tu tempat i selalu nyorok kalo my mum suh wat keje manyak2.. hahaha.. buruk perangai..wakakaka.... Kirenyer ni la ruang rezeki i.. Alhamdulilah...


supir women..


As jobless (siang hari time weekdays jer) kenelah bangun tidor lambat kan. Kalo bangun cepat2 nanti my mum terkejut (nyampah kalo kene perli2 cepat bangun). Jadi bangunlah lambat sikit (9.30 a.m). Tapi 2 kire cepatlah jugak kan.. hihuu..!


Then hari nih kenelah jadi supir (driver) my mum. Nak gi itulah.. gi sane sini situ sinun... sumer nak diperginyer. Pendek kate aper yg ader kat Kuala Selangor tu kene singgah yer. Jadi redho.. yang paling tak boleh blah bawak bersama kad bank (i mempunyai memori yg kuat. Jadi ingat no pin kad tu.. hihihi) abah i. hahahaa...


Memule pi Avon. Lemasnyer beno tunggu weh! Punyer ramai pompuan dalam tu. Tapi takperlah memandangkan dalam tu sejuk taklah i wat muke ketat jer.. hik hik hik... Then gi pulak Tupperware. Nasib baiklah my mum cepat. 


Pastu pi Tesco lak. Si supir (i ler tu) mesti cari parking paling dekat. Motif ke sini adlh shopping bahan2 basah. Kalo pi sini i suke sikit (banyak sebenarnyer). Koz i leh kenekan cukai (amek barang yg i suke sesuka hati) kat mak i. And i mestilah jadi penolak troli yg setia. hehehe... Lame gak r dalam tu. 

Tengoklah budak gemok tu.. menyorong troli pon malas.. hehehe


my mum nak masukkan barang pon sempat bebel pasal kasut i.. ish ish ish...


Ingat nak balik teros. My mum suh singgah kat kedai barang2 dapur pulak. Dahla panas dalam 2. Sebel (rimas) tol dalam tu. Nasib beli barang banyak jugak. Kalo tak sure i membebel2. hahaha.. Punyerlah lama kat kedai tu. Tapi my mum wat dono jer i bebel. Ayat takleh blah my mum "ada mak kisah? tak kire.. pegi jugak!" adehhh...


Setelah melayan kerenah my mum pi singgah tempat bese. Air kelapa kat Pasir Penambang. Memang terbaek... Dia leh setelkan kelapa tu tak sampai 4 saat. Dasyat. Saper2 yang first time tengok sure akan jadi wartawan yg sgt peramah termasuk abah i. Macam2 ditanyernyer. Pelik sungguh melihatnyer...


ni ha tempatnyer... Jom singgah!


ngeri tengok weh! Tapi jimat mase...


Akhirnyer setelah singgah umah cik Umi barulah balik. Panas gilak hari.. Aperpon i adalah supir woman yg berjaya hari nih!! hoyeahhh!!!



Monday, May 23, 2011

Misi untuk esok..

Masa : 12.37 malam
Mood : menaip sambil berangan


Esok nak bangun pukul 8.30 pagi. Then breakfast then nak gi umah Kema..!! rindu kat Kema.. Motip gi umah Kema? aderlah....



After that nak pi umah nenek ambik ikan jenahak yg abah bebel2 suh ambik petang tadi. bebel2 ingat bagi wet sekali. Rupenyer den kene ambik & bayar sekali.. hahahaha... Tkper.. yg penting esok i bawak kete abah i. Jimat minyak weh!



Pas 2 nak gi kedai buku pulak.. sambil2 potostat bahan mengajar. bajet ulat buku lah 2. Tak tak tak... just nak beli buku tambahan untuk kelas2 tuisyen i. bg student2 i rabak mata jawab soklan2 tu.. hihuuu!!



Pastu aku nak gi tempat yg jual pelbagai biji benih (kacang botol.. tomato.. kobis). Kekononnyer nak jadi petani pulak. adehh!!! berangan tak sudey2 pompuan nih... tanam tu letak2 siram2 doa2 nnti mesti hidup kan?eekekeke....



Pastu nak balik umah..makan.. start jadi petani.. yeyehhh!!! hope esok akan berjalan lancarlah yer...


~~apersal hati rse debar2 erk.ader org nak datang merisik lg ker? hihihi~~


Saturday, May 21, 2011

Apabila cemburu menguasai..


Ok.. First! Entry nih bukan pasal i. Tetapi tak sangke karekter Dr. Love yg i post dulu bawak kesan. hahaha.. My friend mintak pendapat i. Memule i nak gelak. gelak giler2 punyer. Koz seyesly tak sangke my pren 2 dilanda perasaan cemburu yg boleh dikategorikan sebagai cemburu buta. Tapi tkper. Dah jnji kat dia nak kongsi kat blog pendapat i yg tak seberapa.


i tanyer aper contoh perkara (wah perkataan skema habis) yg membuatkan dia cemburu sangat. koz selama dia berkahwin sampai anak dua nih dia kate tak pernah jelez (means jelez smpi skang ni lah). Tapi setelah selalu berjauhan mungkin or fikiran yg sentiase negatif memungkinkan dia dapat perasaan 2. Tapi my pren said suaminyer masih melayannyer same macam dulu. Macam puteri. cume cemburu mengatasi segalanya.


Faktor 1: Antara faktornyer yg bile sang suami di 'add' oleh sang gadis2 termasuk sang pompuan lain dalam akaun facebook. Jadi my pren jeles. Koz naluri dia rse cam rse lain dengan salam perkenalan yg dihulurkan gadis2 tersebut. ermm...

Pendapat i : Normal lah kalo isteri cemburu. Saper tak jeles nak2 pulak sang suami masih hensem lg baik pulak 2. i paham perasaan my pren. Tp kdg2 kite kne hormati perasaan suami jugak. bile dah dua2 ader akaun fb knelah paham konsep (jaga batasan & sedar diri). Mungkin kite jeles ader girl add dia. Tp pernah tak kite terpikir dia pon jeles ader boy add kite. Nak2 kalo dia tau ader ex bf pulak yang add. Yer i paham mesti wife akan kate "kawan jer. Lgpon kan dah ader anak. Takkanlah nak lebey2". Paling senang yg i selalu kate kat kwn2 or my student "kalo kite ader perasaan buruk or nak wat sesuatu yg di luar kawalan pd ssrg.. try kite switch aper yg kite nak wat pd diri sendiri. Aper perasaan kite?". Jadi tak salah kite teros terang & paling penting. SILA JUJUR!


Faktor 2 : Sang suami selalu out station ke negeri lain (Penang ker Johor ker). Aduhai... memang sedih my pren bile selalu kne tinggal. Kne tinggal dalam jarak yg jauh pulak 2. Mulelah perasaan bukan2 2 wujud.

Pendapat i : i tau kisah mereka walaupun tak semua. Nak2 lg bile dulu mase bertunang pernah ditipu. Tang 2 yg susah nak pikir positif 2. Sekali lagi i paham. Selalu org kate "sekali ditipu tak mustahil dia akan menipu lagi". Tapi tu orang kata. bile kite dah sepakat usai ijab kabul means kepercayaan diletakkan paling tinggi dalam piramid perkahwinan. Kalau tak percaya.. susahlah nanti. Layari.. harungi.. koz percayalah Allah maha mengetahui. Lgpon pikirlah suami kuar mencari rezeki. Pengobanan yg sangat besar utk keluarga. Kalo difikirkan.. kalo dia nak dengan kisah silam dia dah lama dia wat gitu. Tak payah tunggu anak dua baru nak wat. Elakkan konflik menjerat diri.Sabar 2 besar nikmatnyer.. 


Faktor 3 : bile suami puji pompuan lain cantik depan tv hati my pren teros disentap cemburu. Yg lawaknyer suaminyer puji artis cantik. My pren dah habis sentap jeles. Tapi tak diluah. cume dipendam di hati.

Pendapat i : Mase my pren ngadu yg nih i dah gelak guling2. Mcm tak caye. Kalo 2 kes kat atas 2 tak heranlah jugak. Logik. Yg nih mmg kronik punyer tahap. Pendapat i kawan i mmg kne kawal perasaan dia. Walaupun perkara nih remeh tp percayalah kalo dilayan perasaan 2 (jeles) akan mencetus perkara lain. Sumer nak emosi nanti. Jgn sampai gitu. Tp yg nih kawan i pon perasan dia melampau sampai gitu sekali jelesnyer. hahaha.. Sumernyer atas sayang & cintanya my pren pd suaminyer.


To my pren.. kamu dah pilih jalan ini. Kamu dah pilih hidup bersamanya. Kamu dah pilih dia sebagai ayah kepada anak2 kamu. kamu juga dah pilih dirinya untuk berkongsi suka duka susah senang untuk diharungi bersama hingga maut memisahkan kamu. Jadi kamu mesti menerima dia seadanya seperti dia menerima kamu seadanya. Percayalah! Kamu satu dalam hatinyer dan ianya kekal selagi nyawanya dikandung badan. bukankah cinta yg menyatukan kamu? Mengapa tidak cinta juga mengabadikan perasaan yg hanya kamu berdua rasakan selamanya? 



Semoga cinta kamu ke akhirnya!

**walaupun i tak kawen lg tp pendapat i jujur & telus. Koz mata sentiase memerhati.. hati selalu menilai & fikiran cuba muhasabah diri. Semoga kite diberkati selalu dan dijauhkan dari perasaan mazmumah. Amin!**

ader orang datang merisik i.. omg!

Memule rase tak nak share kat blog i yg tercinta nih. Koz ntah.. rase cam personal. Tapi bile pikir balik i nak gelak guling2 tahap cipan punyer gelak. Tapi normal lah jugak kan.. i pon dah 26 years old. Mungkin ader yg berani intai2 i (walaupun i tak pernah jalan kaki sambil pakai payung kat kg nih. hikhikhik) untuk dijadikan suri dalam hidupnyer. cewahhh!!!


Tapi seyesly... kalo belom jodoh mmg takkan rase debaran or kimia (chemistry) bile dapat tau kite kene risik. Wak luee!!! Jiwang sey..! Koz i balik dari tuisyen malam tadi.. bukak jer pintu (sambil sibuk tnyer giliran saper wat persembahan time tuh dlm ML) teros jer abah tnyer "ader orang wakilkan ******* & maknyer merisik. Abah sampaikan.Setuju tak?" I dengan penuh konfiden sambil mata kat tv tanpa berfikir panjang teros kate "tak nak." Pas 2 sambung tgk tv. Siap guling2 lg gelak. kuikuikui!


Pas 2 my mum cakap pulak. So i think mende ni serius. Sambil berfikir jwpn i "tak nak". hahahaa... Actually my mum sgt2 terkejut bile ader org risik i. Yerlah my mum tau anak dara dia nih pemalas. Kaki rayau. Gemuk. cantik (eleh my mum taktaulah 2 i ader market gak.. haha)


Nampak sangat i belum ready nak kawen. And i tak sangke that person berani hantar wakil datang merisik. Pehh!! bab keberanian i solute u bro. Tapi mungkin bkn jodoh kite. Jodoh i mungkin belum sampai. And i tahu Allah sengaja tak membukakan pintu hati i koz Dia masih lom temukan i dengan insan yg diciptakan untuk i. Perghhh!!! susunan ayat mmg terbaek.. Jiwang tahap dewa bhaii!


So.. tadi abah dah bg jawapan kat wakil 2. Ayat abah yg abah story balik (abah katelah.. kekadang abah ni ngengade taknak gtau yg tol2) kat i  pada wakil itu ialah : "seng barep wes aneng seng duey. Aku orak wani arep ngomong opo2. Wong de'e wes ngomong aneng arep kepiye meneh." Paham tak? ok ok ok.. i translate "yg sulung 2 dah berpunyer. Aku tak berani kate ape2. Dah dia kate dah ader nak mcm maner lg yer".


110% utk abah i!! thanks abah!! Walaupun anak abah nih memang takder pakwe (kes tak laku.. hihihi) tp back up terbaek r! Senang & ringan hati aku. Tapi tak sangke ader gak org kenan kat i. Part nih nak gelak senak perot. hahaha


Abah kate that guy mmg sedang mencari isteri. Tkper bro.. usaha tangga kejayaan. Lgpon kalo i pikir sendiri2 pikirlah muke i nak kawen time nih? Mmg akan haru birulah sumenyer. Seyes! Dahla serabut pk mcm2. Nak kawen pulak. aii... mmg sian lah that guy 2. Sure masuk bulan kedua (2 paling lame lah) kawen dia jerit2 suh i anta dia balik umah mak dia. keh keh keh!!!


Kesimpulannyer senang; masih takder jodoh untuk i dalam mase terdekat. eehhh!!! bukan memilih tapi takder kimia. Kite nak kawen nih bukan sehari dua tapi selame2nyer tau. Kalo boleh biarlah kekal hingga liang lahad kan.. Aman damai sentosa. Sane sini pon bahagia. Tak gitu?



Kalo ader orang kate dah tua tp tamau kawen2 gak i telan jerlah kate2 2. Dia bukan tuhan nak tentukan jodoh kite. Ader org jodohnyer cepat. Ader org lmbat   (macam i jer. hihihi). Take ur time. Jgn dek tekanan orang lain kite main rembat jer. Kite masih boleh menilai & memilih. Perkara terbesar dalam hidup 2. Jgn main2. tp tol kate my mum "perkahwinan satu perjudian". arhh.. pepandailah nak nilai yer. Just usaha.. doa & tawakal.



Ok fine. ader sebab lain. i tak sedia nak bg komitmen & lepaskan zaman kegemilangan i nih. Mungkin 2013 sedia kot. Tp time 2 hope dah jumpelah kan mr. Right i. hahaha.. Now nak enjoy dulu pas 2 i kawen yer. bile i dah kawen i nak beranak tiap tahun (mak aii... jamak nampak? wakakaka) pulak. Yerlah dah puas enjoy mase single enjoy pulak kehidupan berumah tangga. Allah kan maha adil & maha mengetahui. Percayalah!

Like this pic. boley?


~~i nak lagu 'kompang dipalu' masa i bersanding 2013 t erk.. hihihi~~


*psstt... i mmg single tau & available. kahkahkah.. owh.. mr. Right.. kamu di mana? sy tunggu kamu di sini. :)*



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.