Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Thursday, December 29, 2011

thursday telling..


malam semalam berjanji dengan diri sendiri nak gi library pukul 8 pagi. tapi kan.. pas solat subuh aku tumbang balik. kunci jam pukul 8 so dan r nak gi kol 9. tapi sekali lagi hampeh. pukul 10 jugak aku bangun. tu pon berat hati gilers nak tinggalkan bantal faveret aku (sedap weh bau bantal nih). lalala~~~


siap mandi segala bagai dah pukul 11 lebey baru gerak. makan dulu alih-alih sampai lib and duduk kat bilik tesis pukul 12.00. hek eley... 4 jam tersasar dari plan asal. tak senonoh punye anak dara. bile nak start taip asaimen Falsafah, menguap! humangai! tak semenggah betol ko Dora!


dahla si Hajar wat lawak bodo tadi. penat aku cover gelak dalam lib. tu yang aku tak suke dok lib koz takleh nak gelak guling-guling. habis paling sopan aku gelak tadi. ngee~~ oleh kerana kebosanan wat asaimen yang sangat membosankan aku lebih suke macam nih;




menaip sambil makan coki-coki! (tu pon terjumpe dalam pencil box). owh heaven! menikmati coki-coki yang cepat habis tu sangat mendamaikan jiwa. sangatttttt.... sampai sekarang terpikir pehal coki-coki tu dicipta pendek and sikit. har har har


alamak... aku baru perasan cctv atas tuh! haros aku kembali esok untuk enter frame and menunjukkan 'peace yawr!' ke arah kamera tersebut. 


pukul 4 jer teros berubah fikiran nak kuar dari lib tuh. nak gi Carrefour. ceh! niat asal sampai pukul 6. tapi hampeh! balik Careefour gi singgah makan. uii hensem kowt tukang masak tuh. pandai masak laks tu. gigih r. si A'ah and Hajar kemain lagi senyum-senyum nak balik tuh. siap berbalas lagik. tapi we ols nak tengok jer, takde niat nak menggatal okeh (alasan)


rush sampai umah ngam-ngam soi pukul 7. tengok Tentang Dhia episod last. woo.. sedeh gak erk. lakonan berkesan giteww. tetibe nak jadi isteri yang solehah macam Dhia. rugi r uolls saper tak dapat iolls. keh keh keh!


dah-dah... sambung wat Pedagogy laks. Bai!



Wednesday, December 28, 2011

maaf, terpaksa


Soal hati memang susah dimengerti. kadang-kadang pemilik hati pon tak faham dengan soal hati nih. terlalu complicated, terlalu susah nak diselami. but, itu jugak membuktikan hati tu berfungsi. ngee~~


hari nih, aku sedeh koz terpakse mematahkan hati seseorang. taktau nak luah kat saper, just pada belog nih jer tempat meluah rasa. sebenarnyer aku sendiri baru jer patah hati, hari nih terpaksa mematahkan hati orang lain pulak. how cruel me.. sorry! sorry! aku terpaksa.




dia betul-betul kecewa. huuuu.. sedehnyer bile kecewakan orang. tapi, tapi, tapi... aku dah taknak tanggung risiko lagi. aku rase sendiri memang yang terbaik buat mase nih. aku minta maaf! 


Aku tau aku kejam, tak pernah nak bagi peluang pada orang yang betul-betul nak, tapi, aku juga tak boleh nak bagi harapan sedangkan sikit pon aku takder hati. nanti mesti aku lagi kejam. susah bile hati belum mahu melepaskan perasaan sebelum nih. 


owh.. sedehlah!



Tuesday, December 27, 2011

jahanam bahasa.. hahaha



bahasa? saper dapat A1 subjek BM mase SPM? hihihi. bercerite pasal bahasa nih aku nak tergelak dengan bahasa  kawan aku  yang sorang tuh. mak aii... mesti gelak guling-guling. tapi cakap jer pon tak guna tendang pon kena kan.. meh tunjuk bukti. adess... gelak sampai lebam. ngee~~~


p/s: sila gunakan kata akar and imbuhan yang betol. salah imbuhan ke lain maksudnyer. arh! pengsan.. Ezhar, ezhar. kui kui kui






see? gelak tak hengat aku camnih. sakit TEKAK aku.. my dear Ezhar, ko kene masuk kelas BM aku tau.  BI pon boleh. hihi. kalo tak, melepas geran 15k dari Prof Anne. kuikuikui. pastu share lah yer. tak banyak, 5k pon okey. lalala..


si osmet dia Mael memang kejam balas camtuh. hihi. rumet aku si Jojet pon samer jer. adeh.. tapi kan.. Ezhar ko kene tolong semak proposal aku. kalo tak, aku tamau haplod pic ko. har har har


gurau-gurau pengubat duka. peace yawr!


Monday, December 26, 2011

carta hati : siapa?


aku suke dengar lagu carta hati dari Najwa Latiff tu. sempoi.. and sedap didengar. mesti ader carta hati memasing kan? kan? kan?


me too. hehehe. but sejarah yang dah lepas lah. baru jer lepas. but, tetap berada di carta hati. wah! dasat kot aku nih. hihihi


tapi tu hakikatnyer. malam nih jugak aku suke koz dapat meluah rase dengan kawan aku si Elly. betol kate dia. kene rase 3 baru ok. hahaha... pandailah ko Elly!


pastuh dia dah berniat nak tukar en. carta hati aku laks. muahahaha


Senggarang : 6 of us


tak sampai doplohpat jam balik dari berjimbaria kat Batu Pahat, aktiviti disambung pula berpetang-petang ke Senggarang. wowiii!! heaven kowt. aktiviti disertai oleh Mar, Mael, A'ah, Faiz and me (ahli semalam gak just tambah Ezhar jew)


nelayan yang dijumpai di sane. sangat patriotik kot. har har har

nice view...

me likey....


melalui Parit Karjo, dalam 30 minit gak r nak gi sane. well, besh meredah tempat orang. nak2 mak aku asal usul orang Senggarang. tapi celah mane aku taktau koz nenek aku dah lame bermastautin di Selangor. Senggarang dalam bahasa jawa tu maksudnyer 'yang kacak' kalo dalam melayunyer. kire kacak gak r kalo sampai sane kan.. hihihi


sotat nak membelasah yang ader atas meja

menu utama... spesel weh!


kat sane time lepaks tunggu makanan tetibe Wani and boypren dia datang. bersungguh dak-dak nih terbangun-bangun nak tengok pakwe si Wani tuh. Wani dengan penuh merendah diri kate "ala.. takyah tengoklah. tak ensem pon" aku dengan slamber jawab "tau, memang pon.. tapi kene tengok kot-kot bekas pakwe aku ker" kahkahkah! sorrylah Wani, gurau-gurau. muahaha


dengan sabau menunggu...

dengan rakus menjamu selera.. hihihi


we ols makan sate 50 cucuk. ko mampu? har har har... and tujuan utama ke sini adelah makan kerang sampai lebam. aku tak sempat habis koz leceh nak makan. tapau bawak balik. pas makan-makan haroslah pesta hambek gambau kan. kate giler kamera. heaven weh!


agak-agak sampan tu muat tak erk kalo aku masuk? :p

selekeh kot tyme nih

ha.. i loikeee

jeti


sesi layan gambau sampai lebam.. hahaha...


like this pic so much!

muaxxx

kamera punyer tuan. mael a.k.a Awie!

kadang2 senyuman tuh pengubat luka di hati (aku cakap seyes nih)

merenung jauh nampak? kesiann...

gurls

6 of us!


balik weh! maghrib dah!


esok gi mane? LIBRARY lah! study! study!



my dear Elly, kongrats!


Tarikh : 25 Disember 2011
Hari : Ahad

giler lain muke minah nih. tanjat gegurl. hahaha


First of all, aku nak ucapkan kongrats pada Elly. kawan sefoya-foya aku atas pertunangannya semalam. hu.. sedeh tak dapat datang, koz lagi 16 hari pon aku nak balik kampung kan. dengan asaimen berlambak lagi, memang tak dapat datanglah. huhuhu...


sedeh koz Elly adalah kawan aku yang paling easy going, kawan meluah rase, kawan segala-galanyalah. dia nih garang, tapi hati dia baik sangat. kalo mintak tolong kat dia, susah dia nak cakap "tak boleh". tu yang bile tau dia nak tunang aku sedeh sangat-sangat-sangat. makin kuranglah kawan-kawan aku gamaknyer. huuuuu...



aku suke kek nih! selaku gila bola macam aku, strongly like!


makin ramai geng aku yang "tersingkir". haha. tinggal aku, Dayah, Azie and Hata. tinggal 4 orang? homagod! memang patah kaki jawabnyer. sob sob sob.. tapi tetap mendoakan agar kebahagiann milik kamu Elly! muaxx!


kawan aku memang sempoi. outdoor men futsal. syabas betei!

ko mampu? hihihi

nasib dia nikah tahun depan, haroslah sempat aku menculik tunang orang nih merayau-rayau.kepada En. Hail, tunang anda nih kuat berjimbaria. so, jangan nak kongkong-kongkong dia hokay.. tunggu tahun depan baru ambek fully furnished. har har har



kongrats!


Elly, aku sedeh!



Sunday, December 25, 2011

lepas tension: merayau sampai lebam


bangun seawal (awal kew) 12.30! mak aii.. tu pon si Mael kol A'ah baru aku tersedar. maunyer tak, dengan cuace suam-suam kuku kambing, haroslah aku lena dalam keseronokan duniawi ni (ecece...) 


dalam puluk 2.30 we ols pon gerak ke BP Mall. tu dia.. punyerlah jammed ngalahkan Kehel uollss! nasib baik si Dila suh park luar. selamat dari beratur panjang nak park. tu pon lom tentu dapat. perhh! dasat gak BP ni erk.. dan kenelah kami menjenjantaskan diri untuk sampai ke somping complex tu.

kasut kuning. ngee~~

tunggu si Mar, Fizan and Fiza and Faiz cari parking punyerlah lame. sampai kelaparan aku. haros menyinggah makan dulu kat food court. setelah kenyang, bermainlah bowling kami dengan penuh jati diri (sebenarnyer we ols tak gi program jati diri kat Melaka tuh. hik hik hik). riuh ngalahkan medan perang. ni sumer kes melepas kelegaan dah anta proposal kat prof. kekonon nak release berfore through ke next asaimen. padahal minggu depan dah exam tuh.


meh aku cerite pakai point2 jerla. malas aku nak wat karangan tak berformat nih. perhatian : karangan nih panjang taw! lalala~~


*** Geng kelas Seksyen 1 yang join jati diri bowling semalam : Mael, A'ah, Fieza, Fizan, Faiz, Mardhiah, Bella, Fairuz and op kozlah me! Dila si kembor Yatt pon join tapi dia merayau ke mane ntah. haha


pilih jangan tak pilih


*** Group 1 : Faiz, Mar, Fizan and me! Kami telah memenangi game 1 secare keseluruhannya. hebat kan? hihihi. Group 2 : Mael, A'ah, Bella and Fieza. Mereka telah memenangi game 2 secare keseluruhannyer. Hal ini demikian kerana (penanda wacana aku pakai beb) aku punca group 1 kalah. kahkahkah!!!


di awal permainan


*** Paling lawak bile balingan asik ke longkang jer. ader yang bajet hebat dgn gaya tapi ke longkang! haha. paling takleh blah bile aku nak wat spare, kekonon aku bercangkung depan lane tu, nak lontar habes baik, nah kene lutut teros masuk longkang. aku tengok geng-geng aku dah gelak sakan. lagi-lagi Faiz siap terduduk-duduk gelak. suit tol!


Bella sedang membetolkan kasutnyer.

bile aku nak jadi sopan macam Fairuz erk. hihi. she's cute. doesn't she?

*** Bella memang hebat men bowling sampai Faiz and Mael tak dapat terima kekalahan dorang mase game 2. padan muke. muahaha! tapi pemain paling konsisten adalah Fizan. pergh.. baling slow and steady tapi konsisten jer.kompom akan jatuh pin. yang len baling konon hebat, tapi pin tak jatuh pon. hihihi


konsisten walaupun berpakaian ala-ala gipsi. haha

penuh khusyuk letw...

*** Game 3 penentuan game individu. pakat tukar name betol sumer memandangkan game 1 and 2 men pakai name retis masing-masing. giler poyo r! bile tukor name sendiri baru sumer tunjuk bakat memasing. individual tournament lah katakan. pemenag untuk kategori individu adelah Faiz
(dia pakse aku suh update gtau kat seluruh donia dia pemenang). eleh 135 jer kot :P


bukti.. aku bukan yang terakhir. muahaha

ambek gambau tak semenggah. saper ntah punyer keje. hihi

bagi perhatian sangat

Mar and Fizan

Fieza and Mar (Mar lagik? bosanlah! haha)

four of us

*** Siap jer men bowling dalam 6.30 tu teros gi surau. aku menyampah gilers surau kat BP Mall nih. kne amek wuduk kat toilet. hampeh! nasib toilet seblah jew. tapi tetap kene lalu depan surau laki. sangat tak pektikel. 


*** siap jew teros turun beli cool blog. fuh! sedap gilers! rase berada di awang-awangan saat menghirup ice blend tuh. bajet nak terus kuar dari situ, tapi dah dekat maghrib, lepaskan maghrib dulu. Aku dengan banggenyer kate air wuduk aku ader lagi. siap cakap kat Mael and Faiz " jangan dekat-dekat dengan aku! aku ader air wuduk lagi!" kire tinggal kumur-kumur jerlah kan..


*** so terus naik atas. cis! toilet yang seblah surau tu takleh masuk? mak aii sakitnyer hati. terpakse menapak ke toilet yang hujung. jauh tuh! aku pon kumur-kumur. confident kuar dari toilet jalan penuh bergayanyer. TIBE-TIBE ader sorang mamat tersentuh tangan aku! owh no! owh no! aku siap pandang 2 kali berharap dia adalah perempuan!tapi sah! dia lelaki. eiii geramnyer geramnyer! aku dah separuh jalan hokay! dengan penuh pasrah aku patah balik gi toilet tuh (&YTR^%@%!!&!)


*** sampai sane si Dila dengan Mar pon ader. punyer ramai orang dalam toilet. mestilah aku kene gelak kaw-kaw bile dorang tau kan? (moralnyer: jangan berlagak sangat. haha). terpakse aku amek wuduk kat sinki dengan kaki-kaki sekali naik sinki. darurat.. redah ajer. Mar yang ajar. aku ikot jew. hihi


~~ kan dah kate karangan nih panjang. hihihi ~~


*** after dugaan yang memerihkan itu (cewah! poyo kot), we ols terus gi Dataran Batu Pahat makan cheese nan. punyerlah ramai orang. we ols menunggu makanan sampai punyerlah lame. sampai sempat si Faiz antar A'ah cari toilet (pengurus i si Jojet tu tak sanggup nak masuk toilet situ koz tak lalu. teruk sangat kowt). pastu bile makanan sampai, cepat laks habisnyer. macam tak berbaloi jer tunggu lelame. kan...


*** nih part paling lawaks. bengang pon ader. ader ker patut Faiz kate aku orang Kedah? What? dah sah-sah aku cakap jawa dengan PM Sapon kat kelas Pedagogy hari tuh. dah tentu-tentu aku orang jawa Tg Karang. yang real kedah si Fieza and Fizan.tak patut tak patut.. aku orang Selangor hokay...! 


*** pastu, wat plan baek punyer : tengok wayang. siap makan terus ala-ala explorace gi Times Square (aku yang cakap bajet dok Kehel sampai orang BP marah. haha). sebenarnyer Square One. nasiblah.. 


*** sampai sane terus wat decision nak tengok aper. Aku, Mar and Faiz tengok Sherlock Holmes, Dila, Fieza and Fizan tengok MI4 (aku dah tengok) and yang memeranjatkan seluruh alam si Mael tengok OMBAK RINDU kaw.....! arhh! nak pengsan! gelak guling-guling aku! si A'ah sukew sangat dia ader orang teman dia nak tengok cerite tu setelah sebulan aku wat tak layan jer dia ajak tengok ombak rindu. hihihi


peminat Ombak Rindu.. 


*** before wayang mule pukul 10.15, we ols masuk Carrefour beli kudapan. kuikuikui. Mar dengan slumber bawak dengan plastik-plastik jajan dia masuk wayang. siap kene tegur " kak, tak boleh bawak masuk nih" and jawapan paling sempoi pernah aku dengar dari Mar menjawab persoalan tukang jage tiket tuh " eh tak, nih saya nak bawak balik. bukan nak makan kat sini" perghh! giler menipu minah nih! hahaha.... lepas pulak tuh. sadis tol


*** dalam panggung haroslah aku takleh nak wat laporan dak-dak lain koz sumer berpecah. just Mar tak mengotakan janji kepada tukang jage tiket tuh. dia makan jajan dia dalam tuh. hahaha.. kesimpulan Sherlock Holmes : bagi aku tak besh! tapi time aksi beshla.. MI4 paling besh.


muke ngantoks. sekian dari kami untuk jati diri


*** A'ah kate Mael nanges sedu sedan tengok Ombak Rindu. wkakaka...! 


*** Kami sampai rumah kol 1 pagi. penat tapi fun!


fuhh! penat weh menaip panjang-panjang nih. memang heaven semalam dapat melepaskan tension. at least, berseronok kan. tetibe petang nih dah plan ker Senggarang nak makan kerang. mak aii... tak sudah-sudah. Jom bersiap!





Saturday, December 24, 2011

akhirnya! akhirnya! akhirnya!!!




proposal dah submit! hoyeahh! hoyeahh! mender nih lah wat aku tak sempat makan (habislah turun berat aku. hik hik hik) tak sempat nak gi toilet pon. hadoyai nyer punn... hari nih last submit. selamat jugak ke London memandangkan Prof Anne kat sane.. memang berserah jerlah. Aku dah usaha, ah menapak library tu hari-hari (oke tipu, hari nih tak gi pon) and aku tawakal!



Prof N.. bagilah saya A untuk subjek prof yer.. :)


Monday, December 19, 2011

stress gilers

huwaaaaaaaaaaa!!!!

dah nak study week pesal dapat asaimen lagik? tamau tamau tamau!!! proposal pon tak siap lagi, dah tambah yang lain pulak. adehh! nak nangeslah camnih! sob sob sob...


yang menambahkan kegeraman and aku tambah stress bile fakulti wat laks program jati diri Jumaat, Sabtu and Ahad nih kat Melaka. jadah haper ntah! orang dah sebok-sebok dengan asaimen, sebok dengan nak exam, projek lagik, time nih la sebok nak wajib2 kan orang join. lame tuh weh! ingat takder keje lain ker? dah lah mase tuh cuti umum, tak patut sungguh time krismas suh aku berjati diri!!


haishhh!!! sabor Dora, sabor...!







yer betol! memang! aku betol-betol bengang! sekian!





hot kecindan


elok jer aku bukak group kelas we ols, nah dorang dok tag gambor we all. siap ader skrip. takleh blah. ntah zaman bile dorang tangkap pic tuh. keh keh keh!



gosips liar telah berlaku. saya sangat takot. har har har! ni sume keje si Erin. hampeh ko erin. hilang keayuan aku. cess! tapi kredit gak kat ko koz berjaya jadi mamarazi. muahaha


dari kiri Alin, Suri, aku (kalo tak kenal taktaulah) and Mael selaku ketua kelas. ader ke patut abe mael? tak kelas langsung! malu Ella. muahahaha. sotat dah ngarut aku nih. taulah otak tengah sengal mikio banyak sangat. fuhh!



ni pulaks pasangan suami isteri kelas kami. sukri and kak aiza. comey giteww! jangan taktau, kak aiza kalo tak puah hati dia sound jer laki dia dalam kelas. hahaha....


Thankslah kat Erin. pandai ko edit gambau yer. tunggu aku edit laks pasnih. har har har!



Sunday, December 18, 2011

doa dari perantauan..


cehh!

bajet dok obersea laks cik Dora nih. ala.. kalo luar dari tempat aku diberanakkan kire obersea lah yer. hik hik hik. walaupun cam tak besh sangat dok kat obersea nih pun..


tujuan utama aku hapdet belog laju-laju (nak siapkan asaimen yang banyak gilers) aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru and Selamat Bertunang pada kawan-kawan aku. sowi tak dapat menghadirkan diri koz tuntutan kerja yang menggunung, kekangan masa yang menghalang.. ampun...!


Aperpon didoakan moga kamu bahagia sesangat sampailah ke liang lahad or bahasa kasarnyer lubang kubur. keh keh keh!! Jangan gado-gado, kalo gado ingatlah saat manis kalian berdua. perghh! bajet macam haku dah pernah kawen jer.. padahal cinta kecundang ntah ke mane :( :p



 Faezah Samsi. kawan aku mase form 6. we ols sekelas. tapi dia nih lebeh menyengeh jer. bercakap kurang. belajar sampai usm. last2 jodoh depan mate. keh keh keh! kongrats weh! 


yang nih Azlina. we ols tak pernah sekelas. tapi selalunyer seblah kelas. kawan dari form 1 sampai form 6. kongrats Azlina. shomel :)



yang belakang belah kanan tu Che Dan yang selamat bertunang hari nih.. bertunang dengan kawan kelas dia mase form 6. semoga sampai ke jinjang pelamin nanti. InsyaAllah.. Time Che' Dan bersanding nanti aku dah sem last. hoyeahh! hoyeahh! tak sabaunyer..


Semoga kalian bahagia. muaxx!

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.