Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, November 27, 2013

.Ex Primary Schoolmates weddings : Congrats Dayah and Isma.



Boleh pulak dorang buat hari yang same. Nikah pon hari yang same. And dua-dua pon kawan sekolah rendah aku. Jadi rumah dorang pon dekat-dekat jer. Senang kerja aku. Alhamdulilah


Banyak betol jemputan kawen. Aku ingat kawan-kawan aku sumer dah kawen, ader lagi rupenyer yang belom. ahaha. Takper jodoh tuh rahsia Allah.



panas giler weh parking susah carik. Senyum poyo jer tuh. 


Aku gi kenduri dengan kawan-kawan sekolah rendah aku jugak Ana and Jila. Ini jer weh yang single. Kami dah jadi golongan minoriti. Nak buek camno, jodoh lambat. Kadang segan gak gi majlis kenduri yang area kampung aku nih. Maklum ler orang kampung nih gemor bertanyer direct giteww...


"Kamu bile nak kawen?" or "Kamu nih asyik gi kenduri orang je, kamu bile pulak"

Ha kau.. sabar jerlah mendengar ye dak? Kalo hati tak cekal, tercalar jiwa. haha. Senyum tak perlu kate ape-ape.


First, kami gi rumah Isma. Tengah mandi pulak pengantinnyer. Wat hal tol Isma. Haroslah kami makan dulu kan. Siap makan nak gi salam dia tengah make up tak kenal aku. So singkat jer pertemuan kami. Moga kamu bahagia Isma dengan suami sampai akhir hayat. Amin. Tahniah!



Ni persandingan belah Isma. Mase masuk bilik dia nak salam nampak baju nih atas katil. cantik!


Ni belah laki dia. cantik sama macam dulu-dulu


Setel rumah Isma terus gi rumah Dayah. Mak aii punyer ramai tetamu. Aku rase bangsal ader 8 ke 9 ntah tapi still tak muat. Kami naek atas dulu. fuh memang berbahang yer. Cuaca memang betol-betol panas. Tak menahan aku.


Dalam pukul 12.45 pengantin sampai. Aku menumpang kenelah ikot orang yang bawak. So tunggu jugaklah bergambor dengan pengantin sebagai kenangan di hari tua. cewah!




Tapi paling best dapat jumpe kawan lame si Marlina. First time jumpe beliau time kenduri. kaya minah nih. Dialah pemilik Cendol Durian Borhan. (wah aku ter promote lak) kelas kan? Well having fun with them. Riuh gaklah meja walaupon kami golongan minoriti. hihi


Si baju coklat, Marlina. 


Best kan sesekali berjumpe.. Itulah salah satu aku suke attend wedding kawan. Dapat jumpe kawan lama yang mana akan terbongkarlah kisah-kisah lama yang mengusik jiwa. owh kenangan!!


Kepada Dayah dan pasangan, also Isma dan pasangan, semoga berbahagia sampai akhir hayat. Amin




credit pic : Ana and kak Rosnah. Thanks!

.Ex classmates wedding : Congrats Mar and Ikmal.



Hari kejadian 16 November 2013. Tapi beselah malas tahap dewa nak hapdet. Mujurlah Mar punyer majlis betul-betul dah habs sekolah. Jadi boleh pegi dengan tenang dan gembira. Mestilah pegi dengan Anny yang terer jalan-jalan kat KL nih. Kalo aku sorang mesti sampai Kedah. haha


Mar classmates aku sepanjang setahun setengah wat master. Sepanjang sem 2 dan sem 3 always satu group. Paling hangen mase 1 group multimedia. Dia boleh kaco coding Flash aku. Dahla esoknyer present, aku tak tidor betolkan pengacauan part aku sampai pagi and present dengan mata yang lebam. Sepanjang-panjang betolkan Flash tuh tak habes-habes aku membebel nak belasah dia esoknyer. haha. Naseb aku dapat 'A' (giler poyo hahaha) Mar. kurang sentap aku. Smile with tongue out


Walaupon dia lebih muda dari aku, tapi dia oke je. Boleh je kami get along. Dia jugak kuat makan.Open-mouthed smile Pantang ade jamuan, dia paling dekat dengan makanan. muahaha. Mael dengan Faiz selalu bahan dia. And dia kuat study, tak macam aku last minutes baru nak sebok. 



Well aku sampai, dia belom siap. So makan-makan dengan Anny then terus terjah dia. Cantik kau serba biru. Tak lame pastuh dorang bersanding dengan bunyi kompang yang kuat. Well same cantik sama padan. Kalo jodoh tak ke mane tak giteww?




Apepon Mar, aku doakan ko dengan Ikmal bahagia sampai liang lahad. Bawak-bawak kurang gado yer (Mar garang dengan Ikmal. oopsss..haha) 



Tahniah!




Wednesday, November 13, 2013

.Hari Kejadian : Hari Anugerah Kecemerlangan.



Seriously malas nak taip. Aku tepek gambor jerlah. Dalam erti kate lain, biar gambar bercerita. ahahaha. Tapi takperlah, aku bagi descriptions jugaklah.


Pentas

Aku ingat dorang lukis or lakar dulu, tapi dorang dah expert, so tabur aje. kelas kan?

Teacher Shanti letak bunga melor

Me, Thenmoli and my oldcollege mate mase kat UUM, Bavithira

Tarian Kiramiya Nadanam

GB, Puan Mallika

Sentiase ceria, gojes Teacher Thenmoli

Tarian or sketsa aku tak ingat

Penyampaian hadiah

Twinkle twinkle little star - Nursery Rhymes

Persembahan recorder

Tarian or miming hip hop. weewitt

Dikir barat ajaran dari aku. wakakaka

ewahhh!!! tengok yang hujung si Ratna, sempat dia jeling-jeling sengih kat kawan dia. haihh

so creative! Fashion show

Drama Superstar

Persembahan Tahun 6

Drama klasik Tamil

Tokoh Pelajar Cemerlang - Sarwin. 

Adorable! Sabarinath and Shallini

Last performances.

Oke, esok sekolah. Penat.Nite!



Tuesday, November 12, 2013

.Dance! Dance! Dance!.




Hari nih kat sekolah bizi dengan rehearsal budak-budak untuk Hari Kecemerlangan esok. Kemaen excited dorang dancing hari nih. Untuk aku yang first time mengajar kat sekolah jenis kebangsaan (SJKT) nih mestilah kagum. Maklumlah kat sekolah kebangsaan (SK) paling-paling nasyid, koir, choral speaking and so on. Kalo nak dance hebat-hebat cam kat sekolah tamil nih memang tipis r. hihi

aku selaku pemerhati kat belakang

Aku pon tak terkecuali okey, tetap dapat tugasan latih budak dikir barat. Memang first time r.Hari tuh latih budak berlakon walaupun aku tak tengok koz bizi nak bertolak ke Johor segera. cewah!!

Well, aku suka dengan kesungguhan cikgu-cikgu and students kat sini nak menjayakan majlis esok. Walaupun murid 53 je tapi bermakna koz sumer participate dalam setiap acara. Best kan?

Persembahan lagu hip hop

Ni drama klasik kot. Still ade tarian

And yang lagi seronok bile murid-murid kat sini fast learner, dengar cakap. So keje semakin senang. Senang buat duit giteww. hihi

Sempena tinggal 3 hari jer aku ngaja kat sini, so menikmati keseronokan di sini. Bak kata abah aku, keje jadi cikgu pelawat (guru ganti) memang banyak pengalaman. Pengalaman yang tak dapat dijual beli. waduh! ayat memang tahap jurulatih dekat kem motivasi yang tak best tuh. wakakaka

bunga and reben untuk dikir barat esok

Get ready untuk hari esok. I ols siap pakai baju tema ala-ala cikgu tamil giteww walaupon suke hati wat design sendiri. kahkahkah!!




Sunday, November 10, 2013

.One more couples!.



Sebenarnyer tengah bizi wat minit mensyuarat panitia, tapi sebok gak nak update. Time bizi adalah time paling best nak update. hahaha


Sebenarnyer (cam takder perkataan len. hihi) aku dah taw affair dorang nih dah lame sangat-sangat. Di saat oranglen tak terhidu langsung perhubungan tuh yang mane pernah putus and kembali bertaut. Giteww Kiah propa.

Ini couple ke 4 dalam kelas aku 5 Berlian tahun 2002

Kesemua couple before nih memang tak pernah dijangka akan berkahwin sesame sendiri. Koz takder bercintan cintun pon . Taw-taw kebabooo surprised!!!

Pic nih aku amek dari fb cik Siti Hidayah (tenkiu Dayah) merangkap couple kedua kelas aku yang selamat berkahwin. Tetibe ade orang tag-tag aku kat fb lak kan...

hampeh punyer kawan!

Hahaha. redho and pasrah je aku baca komen dak-dak ni. Berbulu pon ader. Pandai pulak dorang serkap jarang walhal aku pon taktaw dengan sape aku nak kawen nanti. kakakaka!!!

Btw, kalo aku taip panjang-panjang tak siap lak keje aku. hihi

To Jila and Uje, selamat bertunang. Semoga dipermudahkan ke jinjang pelamin. Amin!


Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.