Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Sunday, July 31, 2011

malam puasa : teringat memori lame.hihihi



taraaa............
akhirnyer berjumpe lagi ramadhan yang penuh barakah. alhamdulilah Allah masih panjangkan nafas untuk berjumpa ramadhan semula.


malam2 bulan puasa nih teringat zaman2 budak2. kalo aku start nak pose aku dah kire hari nak raya okeh. pikirlah! contoh kalo aku masih zaman kecik2 mesti malam nih aku dah kate "yeyeyeye... lagi 29 hari nak raya. yeyeye". hahaha.. sangat teruk. sebenarnyer sekarang pon camtu jugak. kahkahkah!


pastu malam bulan pose tu dah plan esoknyer nak main meriam.time tuh aku kan senior. adik aku (syamil) ikot jer. tapi mestilah abah aku tak bagi. tak padan dengan pompuannyer. mestilah aku tak dengar kan? aku kategori kepala batu mase kecik dulu. hihihi


esoknyer gigih buat. tapi macam leceh nak main meriam yang panjang. jadi we all main meriam katak. alah.. pakai tin milo yang besor zaman2 dulu tu. wat lubang kat bontot tin tu passtu letak karbait. tutup. tutup lubang tin 2 sambil dengar karbait tu bunyi lagi ker tak. tugas nih syamil yang wat. aku dengan kereknyer pegang pencucuh api sambil cakap;


kakak (aku) : dah belom? aku dah tak sabor nak bakor nih. pastikan dah tak bunyi baru ko blah. kalo tak, bunyi macam kentot ko jerk
syamil : jap2. tengah dengorlah nih.
kakak : cepatlah. nanti abah balik.
syamil : ok2. dah. bior aku lah yang bakor.
kakak : aahhh (kerek giler time nih). ko tu kecik lagi. bior aku yang bakor. jauh! jauh! jauh! 

BOOOMMMMMM!!!!!!!!!!!!
 

syamil : mak aii... tinggi giler tin 2 meloncat.
kakak : ahh ko. name pon meriam katak. kalo tin tak loncat, meriam ulor r namenyer. kuat betol bunyinyer. sakit telinga aku!
syamil : haah. wehh!! terbakor r tin tu.!
kakak : alamak..!. ambik air! ambik air! campak parit wehhh!!!


hahahaha... nak gelak aku teringat kisah tu. pastu sebulan r kitorang main. abah aku bising, tapi haper aku pedulik kan? uuiii... teruk sungguh lah aku.


pastu sedih nak sahur. koz kene bangun pagi. pastu kene makan. mestilah tak lalu pepagi sangat gitu. selama hayat 25 tahun hidup aku tak pernah bangun sahur sendiri. pastu bangun sahur jer terus duduk. tak pandang kiri kanan. makan pastu blah. tu lah rutin aku. kadang2 tak sahur. tak elok betol. macam manerlah kalo dah kawen. hak hak hak...


oklah.. selamat menjalani ibadat puase dengan penuh kesabaran yer. peace yawr!


perginya permata yang disayangi



sedihnya dengan pemergian pengetua yang disayangi, disanjung tinggi dan pengetua yang terkenal dengan budi bicaranya cikgu Ruslan bin Bustani. belaiu meninggal pada semalam petang kat hospital tg karang koz sakit jantung.


cikgu Ruslan Bustani yang dikagumi..


sangat terkejut. aku sekolah di SMK Dato' Harun tahun 2003 (form 6) and tahun itulah beliau start jadi pengetua kat sekolah tu. bile aku datang tahun 2009 dia masih di situ. dari cikgu bertukar jadi majikan. sampai tahun 2010. tahun 2011 aku dah mengajar tempat lain. last jumpe beliau awal julai hari tu. sedehnyer


beliau seorang yang sangat budi bicara. sangat mesra dengan sumer orang. disayangi seluruh anak2 muridnya. sporting dan sangat supportive. langsung tidak membezakan. sangat kagum dan bangga pernah bekerja di bawahnya. cikgu.. hilangmu tiada ganti. semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman. doa kami selalu mengiringimu.. semoga tenang di alam sana. amin...



memory bersama cikgu last year



Saturday, July 30, 2011

suwit saturday : ader org jeles :p



jeles lettew... hahaha. 

giler nak gelak guling2 bile ader orang jeles.

macam tak seswai jer.

tapi dia memang suwit.
ngeeeee......


*gatai*


Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya tetap di hati...


ader yang kata Singapore pelakon hebat malam tadi. memang betol pon. hahaha... sikit2 nak jatuh. sikit2 injured. sikit2 itu sikit sikit ini. nak ajer aku sekeh sorang2. hahaha


tapi.. harimau malaya memang lambat panas. pertahanan yang longgar sangat2. nasib bek khairul fahmi 2 cekap (tu pasal selangor payah nak kalahkan kelantan. gggrrr..) erm.. nampaknyer malaysia kenelah usaha kuat lagi untuk tewaskan pelakon2 dari singapore. hakhakhak. pelakon tuu...


aaawwwwwuuuuuuummmmmmmmmmmm!!!


tapi aku bangga sesangat koz Malaysia sumernyer adalah pure malaysian included jurulatih. tapi Singapore? pemain import? kelas kah? muahahha.... malaysia.. u tetap di hati i.. walaupun kalah u pls sangat hebat.


pasni tengok Dato' Lee pulak dalam kejohanan badminton dunia kat London minggu depan. oo.. badminton singapore pon takder erk?. tapi dia ada gak pemain import badminton dari Indonesia kan? kahkahkahkah!!!



Thursday, July 28, 2011

thanks mr. cheerful


di saat sedeh kehilangan cik mel mr. cheerful ader. huhuhu. bongok gak dia 2. orang sedey2 dia buat lawak sengal. dia kate semoga cik mel ditempatkan di kalangan kucing2 yang baik. huhuhu. orang sedeh dia wat lawak sengal pulak. huhuhu


aperpon thanks mr. cheerful :)



pagi yang sangat sangat memilukan


bangun tido serta merta bile adik aku nangis macam orang mati laki. aku dah agak. tapi nak menafikan. dah sedeh time nih. huhuhu :(


rupenyer betul. cik mel dah mati lemas. huwaaa!!! bercucuran air mata aku. sedeh sangat2. sangat2 sedeh. aku marah sangat koz adik aku mase basuh baju masuk mesin basuh tak tengok cik mel ader ke tak dalam tu. cik mel suke tido dalam kain2 yang nak dibasuh kat tepi mesin basuh kalo siang2. and aku marah sangat jangan suke letak baju nak basuh tepi mesin. letak dalam bakul! hanginn bercampur sedeh. huwaaaa!!!!


memang aku lost tadi. marah sangat2 kenapa tak tengok dulu padahal dah tau cik mel suke kat situ. memang menjerit2 aku. adik aku dah nangis macam orang merana. termasuk aku. kenapa? kenapa? kalo dia mati macam mawas, en. moon and tuah hari tu aku tak marah sangat koz mmg dah masenyer mereka. walaupun aku kecewa aku tapi aku tak dapat terima. ini mati lemas dalam mesin basuh dengan badan sekecik itu? tak dapat aku nak bayangkan seksanya dia mase nak mati. sejam ok dalam mesin basuh! SEJAM!


merananyer aku. sangat2 :(


cik mel dah besar dari ini sekarang. dah sihat. dah pandai main. sedehnyer.. :(


merananyer aku. sedeh sangat2. hilang mood. aperpon sape aku nak lawan takdir. tapi aku sayang kucing tu. maner2 kucing aku sayang sangat2. sedihnyer!!!



Wednesday, July 27, 2011

hyper tension, harry potter, hey love!



1) hyper tension


pagi2 dah gi hospital wat medical check up. perkare yang den tak suke dok hospital lame tengok nurse, M.A, doktor and staff2 hospital bizi wat keje. padahal abah keje hospital jugak. kalo leh nak kuar cepat2 dari hospital. sebel (rimas) rasenyer. hahaa


pas wat x-ray and urine teros jumpe doktor. alamak kantoi kat darah tinggi pulak. tekanan 148/90. gilak tinggi. aku rase koz aku tak sihat (dan2 ngaku tak sihat. haha).eh... betol.. dah 2 hari rase nak demam tapi tahan makan ubat jer. tak pasal2 kene jumpe doktor pakar 18hb nih. aiseh.. kesannyer lengan aku sakit kne cek banyak kali. pastu kene amek darah. huhuhu...


2) Harry potter


After settle sumer2 2 aku pon teros gi Kuala Selangor. gigih pergi tengok wayang sengsorang. kah kah kah! kalo bukan kerana harry potter tak kose aku nak gigih pegi tengok. sengsorang lak tu! wah! best sangat. tp seyesly aku frust ending mase harry patahkan tongkat elder 2. kalo dalam buku dia letak balik kat makam dumbledore n pakai tongkat kayu holi and phoenix. pastu dia tak lawan dengan lord voldermort kat depan2 student hogwarts. 

harry potter satu2nyer novel yang paling aku ketagih nak baca. kronik sangat. haha. tapi aperpon aku suke jugak movie harry potter. satu karya yang sangat hebat melangkau pemikiran manusia. i like! tapi sedeh dah habis ceritanyer. huwaa!


3) hey love!


haroslah perasaan yang heppy sesangat. yeayy! yeayy!... macam tau2. :)



Tuesday, July 26, 2011

pengumuman


pengumuman pengumuman pengumuman!!!!

esok aku raya!
yeayyy!!!
why?

Koz aku dah abes ganti pose. yehhuuu!!!.
tapi pasni mesti wat hutang baru. hahaha

So.. kalo raya kenelah gi pawagam..
esok nak tengok Harry Potter.. 
hoyeahh hoyeahh!!

Selamat hari Raya. 
ekekee.... :p



aku sedih :(



** sedih sebab macam menyusahkan orang sekeliling.
** sedih sebab nak buktikan apa yang aku buat makan masa 2 tahun.
** sedih sebab belum dapat nak bahagiakan orang yang aku sayang.
** sedih bile orang sinis dengan keputusan aku.
** sedih bile ade yang sensitifkan isu itu.
** sedih banyak sangat dugaan yang aku lalui tahun ni.
** sedih bile ader pihak amek kesempatan dengan isu yang tak sudah2.
** sedih bile aku sedih. 


aku sedih sangat sekarang. nak nangis tapi aku tak mampu. hanya pada yang satu aku mengadu. aku tau aku kene kuat untuk harungi semua nih. aku tau aku kene ikhtiar untuk keluar dari masalah nih. aku sangat sedih sekarang. sangat2 sedih. terase tak bergunanya diri aku. sedihnyer.. :(


Ya Allah kuatkanlah semangat aku. berikanlah aku kekuatan untuk aku mengharungi dugaanmu yang maha hebat ini. sesungguhnya aku hanya hambamu yang lemah lagi hina. dan hanya padamu aku mengadu. 


sabarlah wahai hati. subhanallah....



Monday, July 25, 2011

laporan kaji cuaca dari Tg Karang



masa : 1.30 a.m
versi : agak poyo



lebat tol hujan sekarang. ribut lak tadi punyerlah menyeramkan. berita dari my pren (Olie) kat tg karang dah melayang2 bumbung. nampaknyer ribut telah mengejutkan ramai pihak yang sedang lena dibuai mimpi


kita berharap agar tiada apa2 yang berlaku. semoga hujan yang turun akan membawa sejuta rahmat. kepada anda di luar sana hati2 semasa cuaca begini. sentiasa berjaga2 dan berhati2.


buat masa ini di tempat penulis belog (edenlah) di kampung sawah sempadan cuaca dah tak ribut. tapi hujan lebat sangat. di harap di tempat lain tidak akan mengalami cuaca yang buruk. 


sekian berita terkini :p


**sebenarnyer tengah bosan. huhu**





Saturday, July 23, 2011

saya ada abah yang sangat rajin dan baik hati dan seksi jugak!





rajin benor beliau menyapu (depan bini beliau)


pastu senyum2 bile kene puji dengan ai (anak kesayangan.. hihihi)


pastu marah bile anak bongsu dia masuk pakai selipar. haha


see? hari nih dalam sejarah beliau sangat rajin. Kalo tak dia dempel (berkepit) jer dengan my mum. ai cakap "nasiblah dapat bini garang kene menyapu yer pakcik muridan?" hahaha. abah jawab "nasiblah bini yang tak tau takot nak wat camner. hihihi" pastu my mum jawab "tengoklah susuk mak. 2 yang abah macam tu. susuk kuat. kahkahkah". As i told u ols mane my mum ader kat situlah abah akan ader. padahal my mum tengah potong baju tu. ngalahkan pengantin baru ai tell yu!


yang penting uniform menyapu 2 memang seksi. hahaha. ader lagi yang seksi tapi takleh disiarkan di sini dikhuatiri hospital akan sesak bile tengok keseksian abah i. only anak beranak yang tau how seksi our 'superman' kalo kat umah. dah tak heran. muahahahaa....


Friday, July 22, 2011

macarony 'burny'



nih satu2 nyer makanan western yang aku suke. Sebonarnyer tak gemor sangat dengan western food nih. kampunglah katakan. tapi macarony nih pon resepinyer disesuaikan dengan tekak jawa (pedas) gak. hahaha. meh kite wat. saper yang dah tau diam jer. den kan amatur. so kene catat. kalo tak lupe. hihihi

bahan2;
  • telur
  • macarony
  • daun sederi (sup)
  • santan
  • ayam kisar
  • cili kering (untuk buat sos)
  • gula garam secukup rase


pada yang takder bahan2 kat atas tu nampaknyer sila cari tak kisahlah umah sedare ker jiran ker (tak digalakkan. hahaha). janji ader. hahaha. jomlah kite tengok cecara membuatnyer.

cara cara membuat;
  • pecahkan telur pastu masukkan dalam periuk
  • campurkan sumer bahan2.
  • pastikan campuran rata. kang tak rate pelik pulak rase
  • cara wat sos nyer op kosla letak cili gula n garam (blend) then letak atas api. kalo rase dah masak udah ler 2. kene yakin pada diri. hehe
  • pastu masukkan loyang dan bakar
  • siap!


meh nak tunjuk pic2 yang sempat di snap tadi....

ha 2 ayam kisar dah dicampur dengan telur daun sederi n santan. gaul jangan tak gaul


setelah macarony join ikot campur tangan. hehehe


masuk dalam loyang untuk dibakar


dah siap! dah masak!


sos. uii merahnyer..


my pinggan. 2 sebelum menambah. haha


untuk desert pulak adalah air timun aceh. Just ricih dadu timun aceh tu. then letak gula n santan. letak ais kalo nak sejuk. letak gak sirap kalo nak jadi kaler merah (aku malas so tak letak). sedaappp..! besenyer timun aceh nih dijual time bulan pose. untuk desert berbuka. so silelah dapatkannyer..


inilah rupenyer...


ok. sekian dari chef pemalas. selamat mencuba........



no more keliru no more dilema

  1. dah settle bayar yuran master (pepagi dah kuar ke klang). so nak tak nak ko kene pegi gak Dora oii.. mane nak cekau wet banyak tuh kalo ko gatal2 tamau gi. go on yawr!
  2. dah pegi kwsp nak claim duit yuran. hahaha. haros claim. leh gak tampung aku kat sane. kang tak pepasal masuk bersamamu pulak (dahla kat tv3.. kalo astro besh sket) tak patut pulak. kui kui kui
  3. dah wat akaun cimb baru and siap wat cimb clicks lagi(akaun lame dah mati). hahaha. sampai 4 buku akaun aku. isinya? harammm... non hado! hik hik hik
  4. dah potostat dokumen2 yang perlu. tinggal nak jaja kat orang yang nak. saper nak? hahaha
  5. dah beli setem hasil (kirim kat orang). tinggal nak matikan dia beramai2 jer minggu depan kat pdks. sambil menyelam minum air leh melepak dengan geng2 kat sane. yang nih aku suke sangat.
  6. medical check up en.Muridan dah setting bulan pose baru wat. alah tu kejap jer memandangkan abah keje sane.. kronisme nampak. mengikut peredaran zaman kan (sinis)? hihihihi
  7. tayar kete.. minyak hitam pon nak tukar dah. kete 2 akan berjuang bersama2 aku dalam mengejar cita2 di Johor nanti. hoyeaahhh!!!!
  8. penjamin pon aku dah pakse tandatangan (paksa rela). hahaha...
  9. saksi aku jamak sekali r kat pdks nanti.
  10. tinggal packing barang jer belom (giler aper nak packing sekarang..) hahaha


tinggal bulan pose mase untuk beribadat (ye la sangat.. harap2)& raye nak raye sesakannyer. hoyeaahhh!!!! tapi nampaknyer tak genaplah sebulan aku raya tahun nih. hahaha. mengalahkan budak kecik. kui kui kui


so cik Dora.. no more keliru2 yer. sekarang fokus. senyum sikit...

eceh!


Thursday, July 21, 2011

i do



It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.
And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you






di persimpangan dilema



Memang tuhan akan sentiase menguji. tengok sama ada kite berpendirian or tak. Same kesnyer macam aku yang dalam dilemma. Memule teruja nak further study. Tapi bile tau gstt akan diserap udah jadi konpius. Walaupun dah tawar hati dengan gomen yang suke berjanji tapi mungkin kali nih gomen akan laksanakan betol2.


bile mintak pendapat dengan yang lain2 memang majorti (sumer sebenarnyer) suh aku further koz course yang aku dapat pon edu. Just tercekik sikitlah koz takder elaun. dalam erti kata lain akan jadi miskin tegar. hihihi. kat komuniti gstt pulak dah gitau yang akan ader pengambilan sotat minggu depan. Gelabah.


Finally aku dah putuskan and nak tak nak kene wat keputusan. Aku nak sambung study jer teros. Logiknyer awal 2013 aku akan habis. kalo dapat gstt pon kne kursus 18 bulan. So aku terpakse berkorbanlah dalam setahun setengah nih untuk hidup tak normal balik. betol kate abah : berkorbanlah lagi setahun. pejam mata jer. nekadkan usaha.


Just sedih kene lepaskan gstt. Nasib baik course edu jugak. Kalo tak kompom aku merana dok bawah jambatan Kuala Selangor. tersedu sedan. merana jiwa dan raga. sekarang ambik yang pasti dari yang tak pasti. baru boleh senang hati. hurrmmm...


Jangan yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran!


Semoga akan ada sinar akhirnya. Ayuh Dora! lek lu.. sotat redho... Yakinlah kuasa Allah melebihi perancangan kite.


Wednesday, July 20, 2011

wordless wednesday: soalan terjah



"mak tengok henpon ko asik bunyi jer. ko dah ader pakwe yer?"





soalan terjah habes i tell yu. mestilah jawapan ai yang standard retis : mane ader.



Tuesday, July 19, 2011

pose ganti & jadi supir lagi


Adeh.. pagi2 tadi elok jer cuaca. redup jer (konpiden cuaca kekal hingga ke petang). tup2 dalam kol 3 mak aii.. membahang sungguh rase. Pose pon jadi tak kusyuk. selalu steady jer pose2 nih. ha tu lah.. suh ganti awal2 asik dilengah2 kannyer jer. sekarang hamek ko..!


Pastu Puan Senipah ajak kuar lak somping2 lagi. adehh.. rase semalam dah somping2. hari nih somping lagi? hadooiii... pose2 gini time orang lain tak pose dugaan jugak (ayat ntah ape2. kalah budak umur 6 tahun). tambah lak panas kemain ha... adoyaiii hausnyer. ngalahkan budak kecik tol haku hari nih. padahnyer pose tak sahur. dari petang kelmarin langsung tak makan. pose 2 hari lettew. hahahaha


ni sementara tunggu Datin kat umah kawan beliau.. 


pak supir yer gambar gambaran kok...


bile dah boke pose baru lega. dapat minum air tembikai bergelen2. heh. alhamdulilah.. khamis nih n sabtu habiskan ganti. chaiyokk!.. saper tak siap ganti lagi? ke aku jer sorang? huwwaaa..!



Unggah unggahan & nasi ambeng


Ahad yang lepas ai gi rewang (rewanglah sangat) umah mokcik belah my mum kat Sungai Sireh sempena unggah unggahan (susah nak describe maksudnyer tapi lebih kurang tahun baru kot). Kalo belah my mum memang every year akan wat. selalunyer before pose ramadhan. Kalo belah abah tak wat.


Ai sampai umah mokcik (seblah umah nenek) dalam kol 12.17 tengahari gitew. My parents takder lagi. So kene gi dulu. my mum dah dekat PRU 13 nih makin gigih bermesyuarat. Abah keje. Sampai2 terus makan yer koz kebulur. hahaha. tipu jeww.. memang dah siap masak. so makan lah.


air sirap selaku air rasmi rewang. hihihi


Ramai gak yang rewang walaupun setakat kenduri kategori kecik2. semangat rewang ler katakan. Petang2 sikit dorang sotat memasak bahan2 untuk nasi ambeng & berkat untuk orang2 rewang. asik masak jew (kompom takkan lapor r). eden tukang snap2 jer. nyebok situ sane sini. hahaha


wah.. semangat wonder pet!


mee goreng ni sedap sangat. 5 bintang!


my angkel tengah cari daun pisang untuk nasi ambeng


Malamnyer dalam pas maghrib siap2 untuk buat ambeng dekat talam. Pon nyebok jugak. hahaha. Kat sini dorang wat ambeng 20 dulang. mak aii... giler banyak. Ala.. sedekah aperlah salahnyer. hahaha. 


bungkus kuih & buah untuk tetamu. (berkat)


tukang nyebok. rengoh2 muke weh! baju kurung pon tak pakai. dah kate rewang... knelah gaya rewang. bukan den bertahlil sekali dengan Pak Imam kat luar. hahaha


nasi ambong ambeng nih besenyer 1 talam 4 orang. dorang tak makan kat talam 2 kalo kenduri2 cenggini. just pecahkan kepada 4 bahagian. bawak balik umah memasing pastu leh r kendurikan reramai. tapi nak makan kat talam lagi best. hihihi. 2 yang selalu den buat. pas ayam abes benti makan. hahaha......


budak2 nih orang sebok dia pon sebok nak makan. 


antara ayam2 yang menjayakan nasi ambeng. hihihi


serabi. nih besan nenek eden yang suh wat.


sambal goreng. eh yeke? ha lebih kuranglah..


serunding & mee goreng


nasi. nih wajib. ikot haku suh dorang masak nasik kat umah jew. jimat kos. hahaha.. tipu jew. gegurau di bulan Sya'aban..


dah siap...


siap sedia untuk wat persembahan dibahagikan


begitulah persembahan karangan bergambar saye. sekian.

Sunday, July 17, 2011

menantu vs mertua. hihihi



Alamak.. pepagi bau kemain menusuk. keluntang keluntang (jawa mari punya ayat) kat dapur. Aku bangun tidor pon terkial2 lagi. Aku tengok mak aku.. Wak Sal (makcik yg dok Pahang).. Ai'en (kazen aku yg nak kawen pas raya).. Linda (kazen ipar terlatest) sebok2 kat dapur. Nak wat sarapan. Time nih mak aku bising2 jugak kejut dari awal2 pagi tapi aku rase macam dah bangun tapi rupenyer atas katil lagi daaa. teruknyer. hahahaha 


Sambil aku terhuyung hayang nak gi bilik mandi pagi2 tadi aku sempat terpikir. "ginilah rupe aku pepagi kot kalo dah kawen pastu kat umah mak mertua. owh no!" pastu mak mertua bawak gi umah sedara mara lak. Lagilah kne rajin. Mak aiii... tersengeh2 aku memikiorkannyer. aper rupe erk? cik Natasha Dora pepagi dah terpacak kat dapur siapkan menu sarapan. owh.. belom boleh dibayangkan. kemon r Dora... sure macam makcik kantin. hak hak hak!


Linda nih baru kawen dengan kazen aku awal June hari tu. Dorang nih pilihan family. Steady weh dapat jodoh cenggitu. Kompom family restu. Seyesly akan bahagia hingga akhir hayat. Amin. Kalo dah pilihan orang tua kompom takder masalah dengan mertua punyer. ye dak? Linda nih sebaya aku. Sopan jer aku tengok. bile cermin diri isshhh.... aku macam tak sopan jer? adehh! patut mak aku asik bising jer. hihuu...


Menantu dengan mertua? uii... isu yang hangat kan? Tapi kalo masing2 tolak ansur.. jadikan Islam sebagai landasan hidup kompom takder masalah hubungan tulus nih. Just aku terpikir.. kalo aku camner erk? Mesti mak mertua aku redho jer dapat menantu macam aku. Dahlah pemalas. kahkahkah!!! Tapi seyesly kazen2 ipar aku (pompuan especially) sumer ok. steady.. leh dijadikan contoh. bukan senang wooo nak bawak diri dengan family lain pulak tuh. so respect kat dorang...


Mak mertua (makcik2 aku) pulak memang lagi sporting. Tak hal. yang lawak kan my mum selalu takot dapat menantu yang tak sekepala dengan dia. hahaha... lagi2 menantu pompuan. Sebok sangat nak menantu kan.. wakakakaa... 




~alamak kne rewang.. cow dulu!~




Friday, July 15, 2011

hoyeah hoyeah hoyeahh!! kembali bergelar student.. teruja & cuak.. hadooyy!



psstttt...




Macam2 perasaan ada. bersediakah aku jadi miskin tegar & bergelumang dengan kuliah (suke tidor dalam kelas).. bersengkang mata menempuh asaimen menggunung.. tesis & memacam? duit? rumah? kete?


kalo gi bank mintak wet boleh tak? hahahaha.. Ala mintaklah sikit. hahaha.. Semoga aku berjaya menempuh setahun setengah nih dengan cekal dan waja. Serta otak aku tak jammed. kuikuikui... Dulu utara (Kedah).. kini selatan (Johor). Semoga dipermudahkan. Amin!


tunggu berita gembira dari A'ah & Mokjey & Hata & Anny.. 
wait for us batu Pahat!



tema baju raya: pink. alahai..!



Selasa hari tu ai and my mum and my sister (ponteng sekolah) cari bahan baju untuk raya akhir Ogos nanti. Telah dipersetujui tema tahun ni adalah pink. Alamak.. dah terlanjur. Ingat nak tema kuning. Kene tangkap tak? haha. lawak lawak...


We all gerak kol 9.45pagi. Maklumlah banyak tempat nak menyinggah. banyak gak urusan sampingan. Ai kan bizi women. Mendak bizi (hape ntah). Mencari baju yang sama kaler payah jugak. Sampai merata2.


depan Jakel Shah Alam. hampir 60% pencarian berjaya


Nagoya kat PAS. Tak best. Sumer old pesen. blah awal..


Lame dok kat PAS pon koz we all gi The Store. memang banyak less. After that we all lepak umah my kazen Ewa kat Telok Gadong Klang. solat zuhur & asar kat sane. Sambil ai hantar baju sekali kat dia and ukur badan (pakai 1 pita ukur jer bukan 2. muahahahaa). Dah setel dengan upah2 sekali. Senang hati den. hihuu.... After Asar pencarian diteruskan. Angkut sekali Ewa. hahaha


kat Kamdar. my mum kate baju yang ai pegang tu tak santek. yolah!


Time nih dah dekat kol 6.30 petang. Terus gerak balik ke Tg Karang. Yerlah nak singgah Kuala Selangor lagik. Nak rempuh jammed lagi. So cepat2 balik ke pangkal jalan. Nasib tak jammed sangat. Jammed pon kat pekan Kapar. Tempat nih mendak jammed. hadoi!

Last tempat kat Pari Kuala Selangor.


Puan penasihat 25%.. hahaha


Pastu cam bese gi Tesco cari bahan basah. Time nih dah dekat Isyak. haha. Tapi puas hati lah dah dapat sumer yang dicari. So pasni takyah pening2 dah. hihihi. Aperlah rupa sume pakai pink pagi raya tuh. Nak cari kasut pink pulak r. hahaha....


PINK


Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.