Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Thursday, January 30, 2014

.Being a Melakarian - Part II.



Sambungan bermula.. (selama nih jadi draft jer koz video takleh haplod) Padahal lame dah update. haha

Klik Being a Melakarian - Part I untuk sambungan before nih.


Sampai-sampai jer terus masuk rumah ala-ala homestay yang kami sewa untuk 1 malam je. Segala barang-barang longgok atas meja. Sumer pon ader.



Memasing pakat pilih bilik mane yang berkenan di hati. Ade 4 bilik semuanyer. Aku dengan A'ah cam bese, sebilik. wakaka. Part yang best bile A'ah masuk bilik tanye aku;

"Tasha.. aku dah masuk bilik air dia. errmmm... mesti ko kurang suke"

Sambil sengih-sengih kat aku. Halla.. redho jer bilik air tak secantik and sebersih Taman Rona. Fussy giler ko. hahaha

Bilik aku dengan A'ah


Tengahari tuh kami semua bergotong royong beria nak sediakan juadah bbq untuk malamnyer. Padan muke dak laki, dorang kene basuh ayam. Before dorang gi solat Jumaat, paksa dorang basuh ayam. Aku kat depan kupas bawang reramai. Dengan halia cili kering bagai. Udah macam nak kenduri u olss. Tapi best bile dah buat reramai nih. meriah!

siang jangan tak siang


gigihnyer..


We ols tolong-tolong ape yang patut. Tapi orang kuat hari tuh Along, Erin and Ct K. Kire dorang chef kat situ. Sedap woo dorang masak. Aku bukan reti sangat nak perap-perap ayam bagai. Tolong-tolong bolehla. Nampak tak malasnyer di situ? haha


orang kuat masak memasak

co-chef

antara hidangan yang nak dibuat


Pas dak laki semua check in kat chalet dorang, kami sume gi makan-makan kat gerai tepi pantai. Sekali menyerang memang gegor gerai tuh. Yang gedik nak bukak tingkap kedai tuh leluaslah, yang nak cantum mejalah, yang nak order itu ini. Meklin siap meramalkan hujan turun petang tuh yang mane tak dapatlah kami nak bersukaneka. wajaqqq!!! And mase nih pon hujan dah rintik-rintik pesen nak lebat jugak.




Tapi alhamdulilah, hujan tak jadi. After solat asar jer, sumer berderu ke tepi pantai. Aku takot-takot gak nak turun koz tembok dia giler tinggi. Takot aku jatuh kedebuk depan pakcik tuh malu den! malu! ihihi..




Sampai je tepi pantai, angin begitu menderu, rempaan bayu laut menimbulkan rasa melankolik di hati. Cewahh! Tapi memang best. Berangin jer.



Mood ambek gambo pon menderu jugak. Time nih A'ah tengah siapkan peralatan sukaneka dia. Aku dengan yang len nak menyertai aje. So sakan bergambo sementara ketua JKKKKKK sukaneka tak bagi arahan lagi.
alololo.... step by step

;)

dua lelaki tuh takleh blah. berkepit saja

uii tingginyer aku lompat! topi kene pegang, kalo tak tercampak


tukang suh gaya yang gonjeng


auwww! abang baju merah, tulen ke tuuu?


Oke.. meh cerite satu-satu pasal sukaneka yang menang tak dapat hadiah kalah tetap kene denda. haha. Game first cari gula-gula dalam tepung. Hangen aku A'ah asik topup tepung jer sampai muke kawan-kawan aku jadi putih gilak. kahkahkah!! aaa.. macam dalam video nih.


Kekonon tiap group wat yell.



Disaster.. gigit gula-gula dalam tepung.


Mestilah group aku kalah. Kene denda kat dalam pantai sambil nyanyi kuat-kuat. Group kami yang basah dulu. Oranglen elok kering lagi. Mael lah segala dalangnyer. 

aduiii Aja!! ko wat tarian ape tur ja. penatnyer aku gelak tengok pics nih. adehh!

Bersihkan diri dari tepung


video tak puas hati


Acara kedua pulak jalan sambil kaki kene ikat dengan tali. Aduii yang nih ade orang tuh giler berlagak nak mampos konon kompom menang. Sekali tuh kalah! Berguling-guling aku gelak. Beria yang len gelakkan. Moral of the story : padan muke kalah. wakakaaka

gambor atas : Tali rafia tak beragak si Rafiah tuh pegang. Besor dari dia
gambor bawah : practice make perfect!

kalah!


Ikat kaki dengan tali berdua-duaan


Acara ketiga pegng belon berganti-ganti. Kemaen lagi taklimat dari Mael. Kali nih dia tak maen koz dia dah kalah awal-awal. ahaha. Game ni sempoi. Kene ade strategi yang gigih giteww! Aku palin tak boleh blah part Anny cekik leher Faiz padahal dia kalah jugak. muahahaha. 


aku ingat warden mane tadi



Penerangan panjang lebar dari Mael walaupon game kejap je


Belon melambong


Acara last nih acara paling penat aku rase. Gilo betol. Tak larat aku. Maklumlah gemok. Last-last CtK yang men part last. Terdampar teros aku. Part paling best bile aku perasan ade orang men tipu yer. Siap perah kocek suor nak memenuhi hasrat menang. ciss! 



Yang wat aku gelak geguling atas pasir, Anny pon maen tipu. Beria perah baju dia dalam botol. Tapi kalah jugak. wakaka. owh sampai sekarang aku mesti gelak tak hengat bile ingat.


Isi air laut dalam botol


Habes jer game and siap denda mendenda kami pon ape lagi masok laut r. Tak payah disuruh-suruh. Seolah meraikan kejayaan Olimpik lagaknyer. Siap terlanggor batu bagai. Hadoii sakit woit!


yeayy!!!


Ini balas dendam koz A'ah letak tepung banyak-banyak. Dia terkejut tetibe kene serang dengan tepung beramai-ramai. hihi

L.O.V.E

terdampar..

tetap posing walaupon terdampar


Walaupon penat and betol-betol maghrib baru masuk rumah, sangat enjoy!



bersambung.......




Wednesday, January 29, 2014

.Video yang tertangguh.




Ayat nak hebat aje kat tajuk tuh kan? hihihi

Saje update belog nak letak video dikir barat my ex students mase kat SJKT Ladang Sungai Terap. 

Konon-konon rase puas giteww dapat ajar dorang step and latih sorang dalam mase 3 hari. Chewaahh!!

Tetibe rindu pulak kat budak-budak tuh. Walaupun mereka dan aku berlainan bangsa and agama.

I'm not racist. Love them Smile

Actually nak letak video nih dalam entry nih tapi tak transfer lagi.


Okey. ni dia video tuh...




Walaupon ade yang berterabur, aku tetap bangga dorang boleh adapt dengan cepat dengan dikir barat nih. 

ahh.. kire okeylah tuh. ader jugak kenangan dekat sekolah nih. hihi





Wednesday, January 22, 2014

.4 am story.




Sekarang pukul 4.04 pagi 23 January 2014 hari Khamis. Orang laen sumer sedap tidow, aku baru lepas layan drama Cikgu Saodah kat Youtube. Pasuh tak ngantok. 


Pastuh tengok kat fb orang dok kecoh pasal suhu malam nih terlampau sejuk. Siap ader yang post suhu semasa hari nih lagi. Gigih yer.


Cameron Hinglands 12 darjah celcius tu..


Ade yang cakap mungkinkah Malaysia akan dilanda salji? Siap ade yang kate kat Indonesia salji dah turun. Macam-macam lah orang wat spekulasi sekarang. Entahkan betul entahkan tidak. Tapi sape dapat halang kuasa Allah kan?


Tapi memang aku dapat rase gak perubahan cuaca kalo malam. Selalu pasang kipas laju, sekarang tak tahan. Tapi siang panas je macam biase. haihh terlalu banyak rumors. Redho jerlah.


Ape nak buat ni? Nak tidow macam takder perasaan nak tidow. Masalah betol. Pastuh esok pagi mulelah ngantok tidow sampai pukul 11. hahaha


Semoga kita sentiase dilindungi oleh yang maha esa. Amin!




.January : Full of joys.



Ai.. walau sekarang aku tak berapa happy or dalam erti kata lain belom mencapai klimaks kebahagiaan (mood penceritaan plot komsas koz baru pas tuisyen tadi. hihi) aku tetap bahagia and sejuk hati tengok oranglen bahagia. Seumpama virus yang baek untuk kesihatan gitew..


Best weh tengok group geng-geng kelas master aku post macam-macam. Dah macam revolusi besar-besaran lak. Memang nampak betol rentetan kehidupan kawan-kawan aku. Ade yang senyap seribu bahasa, ada yang riuh sepanjang masa (aku letew) tak kurang yang perahsia.


Oleh kerana blog aku nih bertemakan kenangan, so aku nak print screen ape yang meriah sangat kat group aku sekarang. hihihi. Mari mulakan dengan yang paling latest.


1) Undangan Perkahwinan Fiza or Rhetiawww or Fiza tinggi




tada...! sampai taip tahun islam pon tak betoi. haha




Tahniah Fiza. Rasenyer macam tak dapat pegi. Sedang elok ja ko 2 februari, fizan 1 februari. Takdak rezki nak wat camna kan... Happy for u rhetiawww!


2) Bersalinnyer Erin secara normal













Congrats Erin. Lengkap sudah hidup kamu. Selamat berpantang, selamat menjadi ibu yang baik. Semoga baby boy sihat dan jadi anak yang soleh. amin....


3) Selingan dari tuan tanah. haha.nak jugak!!




4) Perkahwinan Faiz dengan sang isteri tercenta





Tahniah Faiz! Semoga jadi suami and ayah yang baek untuk isteri and anak-anak kelak. Semoga terus dimurahkan rezki and bahagia selamanya.


5) Bella buat gempak! 





Ko saje je kan Bella nak suh aku macam terikut-ikut ko. Pastuh aku pon berfikir nak sambung jugak. haha. InshaAllah jika ader rezki and diizinkan. Tahniah Bell!



6) Pengumuman perkahwinan si Fizan or Fiza kecik or Fiza pendek. hihi







Tahniah fizan oii! Senyap-senyap jah. walaupon pernah nampak detim dengan orang laen. arghh! Larikk!!!



Tahniah semua! Semoga proses transformasi akan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sayang korang semua. Semoga bahagia!





Tuesday, January 21, 2014

.No title.



Tadi masa on the way ke pusat tuisyen, tetibe terdengar lagu yang lirik dia sebijik kene kat aku. Dengan melodinyer yang teramat melankolik.

Sakit sebenarnyer memendam perasaan, memendam kelukaan. Tapi sakit-sakit pon 5 bulan jugak dapat harungi.  owh sometimes lagu n lirik camni dapat redakan perasaan.



Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya




Oke, memang susah aku nak nanges sebenarnyer. Tapi pejam mata rapat-rapat, tarik nafas, senyum. Semoga pelangi akan muncul setelah hujan melanda.



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.