Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Sunday, December 23, 2012

.our pre convo : biar gambar bercerita.


Tarikh : 12.12.12
Hari : Rabu
Masa : Sepanjang hari Rabu
Tempat : FPTV, UTHM



gambor promo. jadi, gadis-gadis terpilih jer.. 


Sesi pertama : Gambor kelas. errmmm tapi before bergambor untuk kelas, memang gambor laen yang banyak. Tapi ade yang takde macam Mar, Fieza, Wani, Kak Wani. Masing-masing ader hal yang tak dapat dielakkan. 

kalo makin lambat amek gambo, makin banyak gambo kami

ape ni woii jawab questionnaire lagi. hadoiii

kan... nak turun stage amek pic pon sempat lagik..

Erin selaku penyusun atur ikot ketinggian. Along yang asalnyer berebut kat tengah, bile Erin suh ikot tinggi terus kene dok tepi sekali. kah kah kah!!!

yupp! memang sempat bergosip okeyy..

pic nih lawak. tengok Farhana.. wakakaka... tengok Along.. adehh!! Ezhar jugak comel kan ezhar...

finally! gambo yang ohsem walaupon keahlian tak cukup.


Sesi kedua : Gambor individu. errmmm tapi aku tak letak dalam nih. hanye proses beratur untuk gambo ala-ala pasport sambil ushar dak laki kelas laen. ahahaha


lambat oke tunggu giliran.

alolololo.....


Sesi ketiga : Gambor pakai jubah konvo untuk alumni. ok, fine time nih excited gilers. and time nih tesis ntah pape. langsung tak cara. bile pakai jubah tuh terus rase nak siapkan cepat-cepat (time pakai jer, time bukak jadi asal balik iaitu m.a.l.a.s)



Kiri : Nizam. tetap dengan gaya peace dia. Antara dak laki yang skema dalam kelas walaupon rupa parasnye membuatkan kami melty awal-awal dulu. wakkaka. tapi dia memang baek. sayangnyer dia dah kawen. sila gigit jari sumer. Kanan : Farhana. hamboii ko, macam pengantin tangan ko tak menahan... ahahaha. makan hati kami sume nampak ko amek pic cenggini. cayalah Mak Usu!



Kiri : Afwan. pon same. bajet pengantin letew.. Jarang muncul secara live dalam Seksyen 1. hehe. Kanan : Yatt. ececece... senyum simpul hoi hoi! selaku ketua disiplin rumah Taman Rona. entry akan datang, aku akan memaparkan biografi ketua disiplin rumah kami. hihi




Kiri : Farah. ehem.. show off cincin tunang nampak? kantoii. Kanan : Cik Tot.tetap senyum walaupon tengah peknen. tahniah! anda hebat!



Kiri : Alin. berlatar belakangkan kaler biru memandangkan dia ex UTHM mase degree. huk aloh mu meklin,  pahni cari uni lain pulop di.. kawan paling sempoi yang selalu komen hujung-hujung and yang pasti wat orang pecah perut. haha. Kanan : Ct K. dia kalo bergambor memang nampak innocent. tapi sengal!!! Tapi dia sangat fasih bile cakap bahasa inggeris. bak kate dia "aku kene cakap inggeris cepat-cepat ang taw. kalo tak, orang taw aku cakap tak betoi" adehh! gelak guling-guling! ahahaha...



Kiri : Nas.. very classic ye muka. ala-ala gambor pos kat majalah giteww.. Kanan : A'ah. menjadikan idolanya Prof Madya Dr K as idolanye "anda hebat!"


Kiri : Tuan punyer belog. jam lagi cantik dari tuan dia. Kanan : Erin. owez gojes minah nih! Awal-awal sem aku ingat dia kembor si Zarina AF tuh. sebijik sejiban. Tapi bukan. tengok aje kalo kuor teylor Perak dia. atee... kome...!



Kiri : Sukri yang selalu ditegur sebagai Apek or Khairul Fahmi Che' Mat. hebakkk!! Kanan : bukan Leuniey k. ini wife sukri, Kak Aiza. ala-ala ustazah Nor bahyah. ko hado?



Kiri : Anny. wakakaka... penat aku gelak tengok pic dia nih. pernah mengeluarkan statement berani mati "aku benci blogger" so aku as blogger mempersembahkan Anny!!! kah kah kah!!! ngeeeeeeee! (amekawww) Kanan : cik suwit, Hajjar selaku photographer yang cekal mengumpul memori kami. muahh! Suke ketawa. Suke Mael. opss...



Kiri : Aini. nampak lembut, tapi garang wooo... kelemahan takleh orang cuit dia. Tapi dia cuit orang boleh. gedik kan? Tapi bile dia masuk lif sesame dengan kami, dia takleh elak dah. kene jugak. jeritlah kaw alam lift tuh takder sape nak tulun. haha. Kanan : Bella. selaku pengumpul memori kelas kami juga. Tapi datang sengalnyer macam-macam kuor status kat fb. Pengupdate status terpanas setakat nih. wakakaka!!! love u Bell!




Kiri : Mael. Suke kat Hajjar. comel macam Harry Potter versi Malaysia. kakaka....  (Wingardium Leviosa!!!) Tapi kesayangan Hajjar nih. aummm!!! Kanan : Kak Mas. comei sokmo dioo.. psstt... mase awal sem 1 si Ezhar pernah terkenan kat Kak Mas, koz dia taktaw tuh bini orang woo.. haha. wat hal ko ez!




Kiri : Asma. tak banyak cakap. tapi sesekali cakap mencalar jugak. haha. Kanan : Fizan. arghh! ceti nih, pantang orang masuk kelas cepat aje dia tunjuk list sape yang tak full bayar lagi. biasenyer time kelas Pengukuran dan Penilaian every hari selasa, kol 2. ish ish ish



Kiri : Suri. selaku orang terkaya sem nih. Nampak senyuman orang kaya tuh? money? well.. for her, no matter about that! Kanan : Fairuz. suara emas. kaki ponteng gak nih. ihihi.. tapi dia suwitt.. senyum mendahului percakapan. sape nak wat menantu?


Kiri : Faiz. Maharaja Dinasti Song. sebab tuh pic dia cenggitu. maharaja zaman dulu mane reti amek gambo. hahaha. Kanan : Along : perghhhh... senyuman.. kemaen...! tapi dia bukan maharani Dinasti Song.

teruja!

tak sabor!

wah! mementoo!


Sesi terakhir : Dinner pra alumni UTHM. Dinner nih sumer student final year fakulti kami. so, dinner lagi malam tuh walaupun aku, Anny and A'ah sampai lambat koz salah info gi Dewan Penyu. konpiden masuk walau dah rase pelik nape sunyi jer. (bersangka baek habes time nih. ahaha) rupenyer ader orang tengah exam. choii!! malu betol!


port baek punyer. belakang sekali. senang nak cabut...

Black man? black women? black widow? errrr....

senyum. jangan tak senyum

nih kes dah cabut awal. wat photoshoot kat luor dewan

sibuk dia nak pakai jugak. sampai kuor dialog camnih;

Ct K : comeynyer Erin pakai mafela kat kepala tuh. Seswai jer.
Alin : ermm.. ore comey, paka apo pom comeyy.
Aku : Haah. Comey sungguh. Supo macey si Tasha la..
Alin : Samo supo macey si Mek Lin jugok.

Wakakaka… aku kalo dengan Mek Lin ader jer yang nak dilawakkan. kuikuikui

muke yang takder tuh, dah cabut sampai rumah letew...

ok aku letaklah gambor kite Faiz yang aku crop jadi DP fb aku. kalo dalam belog takerlah jatuh sangat saham aku. kakaka

wah! bakal-bakal pejuang!

Lastly, as A'ah requested, pic girls of Taman Rona versus boys of Taman Manis.


ok. bak kate Faiz, tarikh nih, tarikh yang senang diingat. Jadi, macam tuhlah memori di antara kita sahabat... agak-agak 12.12.13 nanti kite sume kat mane eryhh? 


Saturday, December 22, 2012

.sincere feelings.



Lepas siap draft tesis, kene ada letak yang renyah-renyah tuh kan such as appendix, table, rajah, and paling annoying wat table of content. gilers menyampah kot. bluwekkk!! Tapi part penghargaan and dedikasi aku wat lah betol-betol. dokumentasi tuh.. hihi


so.. ni dedikasi and penghargaan aku;

Teristimewa

Buat keluarga tercinta yang sentiasa menyokong dan mendoakan serta sentiasa bersama terutama abah yang sangat disayangi, Muridan bin Kasan serta emak yang sangat dikasihi, Senipah binti Ngamin.


Sebahagian kenangan, istimewa kepada rakan-rakan yang sentiasa di sisi dan akan sentiasa diingati.


Semoga diberkati Allah dan berbahagia selalu. Semoga bahagia milik kalian!

Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izinnya memberi kekuatan dan ketabahan dalam menyempurnakan Projek Sarjana 1 dan 2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penyelia iaitu, Profesor Madya Haji Sapon bin Ibrahim di atas pandangan, perbincangan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah lain yang sudi membimbing.

Kepada keluarga tercinta, abah yang sangat disayangi, sentiasa menyokong, sentiasa positif, jatuh bangun bersama tanpa jemu menasihati, emak yang sentiasa mendoakan serta keluarga yang memahami. Terima kasih abah, emak atas segala pengorbanan. Sesungguhnya diri ini amat menghargai.

Rakan seperjuangan yang sentiasa di hati, dalam memori, suka duka bersama. Sesungguhnya memori ini adalah anugerah dan terlalu indah. Juga kepada insan yang istimewa di hati ini, terima kasih.

Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu penulis menyiapkan laporan projek sarjana.




.week 13 sindrom.




Kami dah di week 13 sekarang. Means ader one week lg before kami habeskan pengajian kami. yang mana minggu depan adalah tarikh viva untuk tesis. Kalo masa PS 1 we ols present time study week. sekali yg full project nih week 14 pulak kne present. hadoii


Yang ini juga bermakna sumer kawan-kawan aku termasuk aku bertungkus lumus siapkan draft tesis.. sotat dari khamis lepas lagi aku kekonon misi siapkan bab 4 and bab 5. and kemuncaknyer hari ahad malam aku tak tidow siapkan sumer. 


bersengkang mata habes. Hari Isnin dah kene tembak dengan sv kami berenam.Hari Rabu dia nak tengok sume bab. and guess what? aku tak siap bab 5.  time nih mata Erin giler lawak macam mata panda. takot  aku tengok. Aku baru cover perbincangan 2 persoalan jer. lagi 3 persoalan aku wat tak reti jer. dahla tak cukup tidow, dalam kelas encik Ghaz aku takleh cover mata dah. tidow dengan konpiden. Petang tuh jumpe sv lagi and kene guestion mark beso2 dengan word "LAGI?????" koz tak siap. wakaka. and secara autokratik Jumaat anta sumer siap binding. gulpp....!






And time rajin betolkan, aku perasan aku tak menjawab tajuk and problem statement aku yang membolehkan aku kene hentam teruk dengan panel penilai time viva. dah jadi satu hal kene betolkan pulak. adoyaii... And time betolkan aku pulak perasan yang aku kene tambah persoalan kajian yang mane keje bertambah lagi. hoi hoi hoi tensen kemaen aku...


kebetulan hari Khamis kat johor nih cuti. sempatlah kami bernafas kejap kan. tapi tak jugak, keje tetap tak surut-surut. memang week 13 nih seminggu jadi zombie. Budak-budak umah aku pon sumer muke dah ketat jer. takder nak guraw-guraw sambil minum teh panas cicah biskut hup seng dah. kekeke... Tetibe terus ingat yang esoknya adalah JUMAAT! kene anta and siap sume! oh eemmm gee...


And aku bertungkus lumus dengan nak gi toilet pon berkira, makan pon cepat-cepat, tengok running man pon tak sempat (tuh yang tambah tensen tuh. ahaha). Cuak weh tak siap-siap. Otak takleh nak pikir langsung. Tak berani nak tidow weh.. Memang sengkang mata habes-habes. Bilik pon tak rupe bilik. bersepah-sepah. teruk benor rase.


bilik bersepah dengan berjaya sekali


Aku surender jugak kejap. tidow kol 7 and suh Anny kejut kol 7.30. Mase dia kejut tuh betapa susahnya nak melawan diri sendiri takmo bangun. huhuhu. Sambil manaip, sambil terpejam-pejam. terbaring-baring. sangat penat. Fara siap gelar kami sume zombie. koz minggu nih tidow memang leh kire dengan jari bape jam je tidow. haihh


Lepas bertungkus lumus, pukul 1 tengahari baru siap print sumer. minum air pon tak sempat, mandi apatah lagi. siap-siap jer terus gi binding dengan mate lebam, perut lapor, sakit kepala.. macam-macam ade..  and alhamdulilah sv lepas untuk viva. huhu. panjangnyer aku rase minggu nih.


siap untuk 3 copy. pehh habes kertas. haha


An saat entry nih ditaip aku tengah segar bugar setelah tidow dari Jumaat petang semalam sampai tengahari tadi. Bangun hanya solat and mandi. pastuh surender tidow  balik. Rabu depan dah kene viva. sesi kene hentam lak dengan panel. hopefully sume baik-baik jer. serius aku tak larat!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.