5 sebab mengapa lelaki tidak menghubungi anda semula
Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki - Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.
Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.
Mereka hilang nombor anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.
Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur - Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.
credit : HERE
komen Cik Dora;
hurm... kesian.. nak wat camno. as gurl, women, janganlah terburu-buru jugak. relex suda. hihihi.. agak-agak dia tamau kite, sila panjangkan langkah untuk tinggalkannyer and BERHENTI MENGHARAP hokay.. cari yang lain sudey. simple kan?
tapi.. inilah perkara yang paling ditakuti - CINTA. Kalo jatuh cinta mesti bersedia patah hati. huhuhu.. kejam seyy...
tapi Allah memang merancang begitu. so jangan takutlah der.. sleep and back to normal! hahaha
0 myself ourself:
Post a Comment