Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Sunday, August 21, 2011

dah 20 hari tak jumpe..


Jumaat lepas aku dengan geng-geng ahli setia telah berbuke pose sesame. Sepatutnyer ramai, tapi memandangkan masing-masing ader hal dengan mentua lah, anaklah dan yang tak dapat dielakkan.. maka hanye kami berlima jerlah menghadirkan diri kat 1 plaza. eekeke... orang bujang mestilah free kan? aku cerite dalam point form r. senang sikit. (takde orang nak baca pon aku baca soranglah.) hehehe...

  • Memule ambik Elly kat Kopema. Then gi umah Azie. Tunggu sikit punyer lama. sekali tengah mandi da.. tak pasal-pasal rambut basah lagi and kene bebel dengan aku. hahaha. nasib aku dengan Elly kalo bersembang tak hengat donia. kitorang kalo perjalanan dari JB ke Arau pon leh sembang tanpa henti. kih kih kih!
  • Sesampainyer kat 1 plaza gi merayau-rayau dulu. siap survey tempat karaoke. personally, aku tak minat berkaraoke. tapi best gak survey-survey. hahaha
  • Time nak buke pose hambiklah lauk aper ko nak. main iftar kat sini steamboat. tapi aku tak kenan sangat. makan jugak. tapi yang lebih besh makan lauk-lauk bese and buah of course! (time nih dayah tak sampai lagi)
  • mase tengah berbuke senyap jer yer. tak toleh kiri kanan dah. hahaha.. tetibe henpon Hata bunyi. dah agak mesti Dayah. Tetibe Hata gelak macam orang sawan. aku dah agak mesti kes sengal terjadi. Rupenyer si Dayah gi tingkat 2 kat ruangan ballroom. tak menahan siap cakap "kenapa ballroom nih kunci?" kah kah kah! maunyer we all tak elak guling-guling, orang kat bawah, dia pi naik atas. hahaha. memang kene bahan r Dayah. lawak! lawak!
  • Siap solat and sambung makan eskem sambil bahan geng sendiri. bongek. Azie lah yang kene koz awal-awal aku, Elly and Hata buat pandangan maut kat azie koz soklan azie tak sampai. kah kah kah! gelak tak hengat donia. kih kih kih!
  • Pastu parking kete kat Tesco pastu menapak gi kedai-kedai sekitarnyer. Aku suke jer jalan malam-malam. koz tak panas. hehehe...
  • After that we all lepak kat mc'd. 

Tarikh nafas jap.. haplod pic before ke mc'd. hehehe...








okay sampai mc'd jer lepak-lepak dulu koz ramai yang tengah beratur. si Hata siap tanda kertas trial anak murid dia lagi. port we all lepak of courselah kat tempat yang owez lepak. haha. guess what? aku jumpe orang yang telah membuat luke lama berdarah kembali. 10 tahun yang lalu. huhuhu... Jahat tak aku? koz aku langsung tak nak pandang and tegur dia. Aku dah maafkan, tapi aku takleh lupakan sampai bila-bila. and biarlah aku tak tegur dia koz aku takot aku dendam nanti. huhuhu. tak baik oke Dora!


Jumpe jugak family Neni. memula aku dah perasan, tapi macam takot salah. dok pulak meja seblah we all. Tapi aku tegur jugaklah koz aku rase kompomlah kan dorang. hehehe.. mak Neni memang ramah. i like her! abang-abang dia yang sulung jer kot tegur aku. yerlah dulu kan aku keje melepak umah Neni dengan si Maah. hahaha... bergosip pasal jiran sebelah umah Neni (ensem oke). Tapi dah kawen hari tuh. Frust oke!








We all lepak sampai kol 2.30 pagi. macam-macam kisah. dari politik (yang ni mesti), luahan hati dan segalanya lah. tapi the main part is we all sentiase bersyukur. malam tu jugak aku dapat good news dari abah. mestilah pasal duit kan? hahaha.. mungkin rezeki nak study. alhamdulilah. Tapi abah bising-bising jugak koz balik lambat. koz my aunty dari Pahang dah sampai umah. patutlah.. tapi ayat aku beselah kat abah;

ala abah.. malam masih muda. lagipon dah 20 hari tak jumpe my geng and balik lambat. lek r bah, nanti nak join gi keje singgah mc'd yer. hihihi....

0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.