Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Sunday, May 15, 2011

Rentetan cikgu2 di dalam hidup saya!


Selamat hari guru kepada semua cikgu2 di Malaysia ini. Semoga usaha murni mereka akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. betapa besarnyer pengorbanan seorang guru. tak tergambar dengan kata2 lah... Hanya guru yg tau betapa susahnyer memikul tanggungjawab mendidik..


Okay... aku memulakan persekolahan mase umur 6 tahun. kat Tadika blok K namenyer. Name cikgu pertama aku cikgu Seri banon (kalo tak silap aku. hihihi). Kat sinilah mule kenal kawan2 sebaya. Mule kenal abc.. Mule kenal segala2nyer..


Setahun pas 2 aku sambung kat Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan. Sekolah nih dekat sgt dengan umah. cikgu pertama aku time sekolah 2 cikgu Sapiah. Dia agak selekeh (dia selalu pesan jgn jadi cm dia.. hahaha) tapi dia sgt amanah dgn tanggungjawabnyer. Sampai Tahun 6 cikgu yang paling sporting ustaz Mudasir. Dia nih soft jer. baik. kdg2 aku tnyer soalan kasar2 pon dia still jawab baik2. Yerlah dulu kan budak... Then my cikgu maths (cikgu Jabariah) yang best ajar math walaupun UPSR aku dapat math c jer. Aper ker bangang math tol aku time tuh. hahahaha..


Sekolah agama lak kat Sekolah Rendah Agama block 'P' . Kat sini ustaz yang paling aku kenang ustaz Azwan. ustazah Zurina. Dorang yang selalu ajar aku dari tahun 1 sampai 6. Result PSRA aku pon dasatlah gak. yg pntg paling manis dapat jadi best student utk subject Al Quran (dapat mumtaz weh!). hahaha. Lawak2... Koz tak sangke dapat buat sesuatu yg wow dulu..


Sekolah menengah lak kat Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya. Sekolah nih byk kenangan. cikgu yg paling aku sayang kat sekolah nih antaranyer cikgu Paham.. cikgu Muslimin.. cikgu Zawiyah.. cikgu Jaleha.. ustazah Salwati.. ustazah Zakiah.. cikgu Husna.. koz dorang bg impak yg sgt kuat dalam akademik aku. terutamanya cikgu Zawiyah. yang wat aku tetibe minat maths gegiler sampai sekarang. cikgu paham lak adlh pakar motivasi yg terhebat & cikgu Limin mmg terbaek ajar Sejarah. Sampai sekarang wa ingat meh!


Tapi sekolah menengah gak ader cikgu yg sampai sekarang aku tak boleh nak lupakan aper yg dia wat kat aku & kawan2. Memang aku dah maafkan tapi luka 2 takkan sembuh sampai bile2 & aku mmg tak suke dengar name cikgu tu sampai sekarang. Aku rase ramai student sekolah 2 pon ader rase yg same mcm aku jugak. ku tau tak patut aku wat cm 2 tapi aper yg dia wat pada aku & kawan2 lain mmg duri dalam daging sampai sekarang koz cikgu2 lain sumer ngaku kitorang tak salah. Tak suke dgn dia!


Pas 2 further tingkatan 6 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun. banyak juga kenangan tercipta kat sini. cikgu yg paling diingati semestinyer ckgu Azli.. cikgu Salmah.. cikgu Samran.. cikgu Saodah.. koz dorang membantu aku sampai aku berjaya melangkah ke puncak menara gading. Jasa & pengorbanan kalian dikenang.


Further study di Universiti Utara Malaysia. Amek ko! Jauh tercampak kat utara. 1st lecturer yg masuk 1st kuliah aku ialah En. Hisham yang mengajar Statistik for IT. Tapi plg takleh blah dgn prof paling sempoi & paling takder perasaan bile ngajar (dia akan bcakap tnpe peduli aper student dia wat dgn nada suare yg mendatar. tension..!) iaitu Prof. badshah. And lecturer yg plg aku syg En. baharuddin yg sgt concern dgn aku until aku last year. Prof Spanish iaitu Prof. Mazni yg very understanding n sporting...


Lecturer Fuzzy Logic yg sgt sempoi (giler sempoi & sgt brilliant) Prof Fazilah. And lecturer paling popular di kalangan dak2 majoring AI (Wan Hussain Wan Ishak) yang ajar we all 2 subject (Logic Programming & Knowledge Discovery in Database). Dia mmg sgt supportive & boleh tlg student anytime. owh juga pada En. Tarmizi (lecturer paling glamer di Fakulti knnyer.. hihihi) serta cik Nooraini. And lecturer paling hots!!! En Samri yg ajar we all machine learning. wakakakaa.... Juga kepada Prof Azizi Zakaria yg selalu reject final project we all sampai kitorang balik lmbat last sem. hahahaa.. Thanks to u olzzz!!!


Tanpa cikgu mungkin saye tak berjaya sampai sekarang. hargai mereka.... Selamat hari guru!

0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.