Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, May 6, 2011

Happy Mother's Day Puan Senipah!


Entry nih khas utk my beloved emak iaitu Puan Senipah binti Ngamin. Happy Mother's Day! Thanks menjadi emak yg sgt sporting & gila2 pada kami 6 beradik. Walaupun mak bukan mcm mak orang lain yg penuh lemah lembut & sopan santun (hahaha).. I tetap sayang u. Muah muah muah!!!


My mum lahir pada 26 Jun 1965. jarak 20 tahun jer u dgn I. Anak ke 6 dari 9 orang adik beradik. Asal Sungai Sireh. Now berumur 46 tahun. berkahwin dengan En Muridan dari Sawah Sempadan pada 14 April 1984. 
Same dgn birthday I lain thn jer (terer tak parents I?) muahahahaa


En. Muridan & Puan Senipah


My mum seorang yg sgt sgt sgt open minded. Sangat berterus terang & selalu bg ceramah (duniawi & ukhrawi) free kat we all. Kalo bg nasihat takkan berkias2. beliau akan straight to the point. Lagi2 kalo bab nasihat utk pompuan (hubungan terlarang lelaki dan pompuan). Saper2 yg tak pernah kenal family i sure akan mengucap panjang kalo dengar my mum bg nasihat genre nih. contohnyer " ***** tu jangan suke2 dibagi kat orang laki. Lainlah kalo dah kawen. Lantaklah nak bg byk kali pon" kahkahkahkah!!!


Time nih my dad mesti dah tersipu2 malu. Dia part nih dia malu2 sikit. Nanti dia marah my mum. Then my mum reply lik " budak sekarang nih kne ckp teros terang takleh kias2. bior faham". hahaha.. Penat weh gelak. I dah bese so tak masalah. that's why I leh kongsi aper sajer dengan my mum. 
She's very open minded.


Kalo amek gambo mesti gini. Romantik lettew!


kadang2 kan bile berkumpul belah my mum (kazen2 & aunty2) dorang tak habis2 istighfar. Dgn I sekali mmg cakap lepas (tp taulah situasinyer kan). Nenek I just sengih2 jer. Kekadang tak tahan gelak gak. Sedia maklum family belah my mum majoritinyer sgt lemah lembut & penyantun. (I taktau my mum ikot saper..kakaka) Lagi2 kakak my mum. Mak aii... longlai weh kalo dengar dia berkata2. Sangat bertatasusila!!


Tapi belah my dad mmg gurau kasar2. My mum kalo dah berkumpul dgn anak2 buah belah laki dia (my dad lah kan) mmg tak hengat dunia. Kalo part melucah 2 dorang mmg sengal. Pendek kata my mum sumer part leh masuk. Dari part agama sampailah part yg remeh2. kadang2 abah geleng pale jer (padahal same jer). Tapi itulah keistimewaan my mum.


Sentiase berdua (mase kat Kelantan)

**susah nak amek pic my mum alone koz my dad mesti nak dekat2 sekali. ngengader kan dorang? hahaha **


My mum jugak sangat pandai bersosial (jadi tak hairan anaknyer pon gitu yer).Sangat aktif dengan kelas senamrobiknyer. Siap ader sluar ala2 cheerleader ok. Kalo hari Jumaat jer mesti akan mengaji kat markas. Ahad akan ader usrah kat markas jugak. Khamis ader majlis ilmu kat masjid. 2 lom lagi dia bergiat aktif dalam segala ceramah2 politik. Sane sini nak diperginyer. Kalo ader PRK (pilihanraya kecil) sanggup pergi yer. Ehem.. cube teka warna aper my mum? hahaha....


Okay.. persamaan we all ialah warna kulit. Then cakap lepas. Kaki rayau. Suke shopping. Suke bergurau. Paling penting suke bersosial. Actually dari segi fizikal & perangai ramai org kate I lebih ikut my beloved dad. I admit it. hehe


Sekarang hobi baru my mum ialah membebel kat I pasal bile I nak kawen. haishh!.. Dok membebel dulu kate umur mcm I anak dia dah sekolah tadika 
(I lah tu orangnyer) & dah 2 orang anaknyer. I kate gatal mmglah kawen mude. My mum jawab " kalo tak gatal takderlah dapat kau" see? I told u.. My mum cakap lepas. hahaha .Eleh! dulu2 maner samer dgn skang kan. hahaha


Mase konvo I. Ok ok ok I tau I lebih cantik dari my mum. Jgnlah puji2 lelebey. malulah I. hahaaha.. (sila muntah)


Lastly... Hope mak akan bahagia sampai bile2 & akan dikurniakan menantu yg kaya & hensem sekepala & seadanyer (yg nih merujuk pada I lah.. hahaha). Seterusnya nak gtau yg I LOVE U!!!


~~ hargai & sayangi ibu sementara mereka masih di dunia ~~



6 myself ourself:

aminsaid said...

pasal bakal ibu tiri (dayah) awat x cite skali.. ibu jgk tau.. huahahaha..

Dora Natasha said...

kahkahkah!!!
takleh blah.. tanaklah aku beribu tirikan mak yg suke sawan.wakaaka

Cik Jannah said...

mak ko nampak muda dari anak nya..
HAHAAA
lariksss

Dora Natasha said...

amboi miss zana...

masalahnyer i dah mmg muda.mak i yg tak tua2..kahkahkah!!!

statement mtk selipar kat bibir.muahahaaha

Zezebel said...

Salam.
Mak dan ayah memang sporting. Tengok cara dorang ambil gambar pun dah tau. Siap berlaga pipi lagi tu. Hehehehehe....

Daripada:
Ain Syuhada@zezebel.
zezebel.com

Dora Natasha said...

Zezebel..

Thanks singgah blog sy.. nway sy dah singgah blog awak. nice blog :)

My parents mmg gitu. lucky to having parent like them. nway..nice meeting u! :)

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.