Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, September 21, 2012

Refleksi Jurnal akhir Latihan Mengajar saya



Saje meggedik aku nak letak jugak refleksi akhir latihan mengajar. yang refleksi by week takleh letak. kate lecturer aku agak jiwang. tapi dia suke. siap suh upload dalam belog. takmo aku. tapi yang nih aku haplod lah koz kategori umum. ihihihi


Alhamdulilah, pendahuluan untuk Penciptaku, akhirnya saya berjaya menamatkan latihan mengajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) selama dua bulan bermula dari 16 Julai 2012 sehingga 14 September 2012. 
   Saya diberikan kepercayaan mengajar Matematik Kejuruteraan 1 dan Aplikasi Komputer serta melibatkan diri dalam Kelab Kembara. 
   Andai pengalaman itu boleh dinilai, pasti harganya tidak terbayar. Andai pengalaman itu anugerah, ia adalah sangat tidak ternilai. Suka bersulam duka, berganti teruja, beralih kepada keazaman yang tinggi dalam kerjaya pendidik. Minggu berganti minggu, pelbagai pengalaman dikaut, dibolot, ditimba tanpa sedikit prejudis terutama ilmu generik dalam perguruan. Sebenarnya, kemahiran generik ataupun insaniah ini adalah pendokong kepada momentum pengajaran dan pembelajaran di sini. 
   Diri sendiri adalah cabaran utama dalam tugas pendidik. Dari batin menjadikan zahir, seterusnya memberi impak kepada penyampaian pengajaran. Apa sahaja yang sampai kepada pelajar adalah dari diri sendiri, dari sehalus-halusnya perancangan sehingga sebesar-besarnya harapan. Sebenarnya, harapan adalah satu titik mula kepada kejayaan! 
  Oh! Pendidik bukan sahaja perlu berperang dengan diri sendiri, tetapi dengan pelajar, rakan sejawat, ketua dan masyarakat. Betapa besarnya taggungjawab seorang pendidik. Setiap perkara yang ingin dilakukan harus ditimbang sehabis-habisnya. 
 Amanah bererti tanggungjawab. Apabila saya memegang tanggungjawab mengendali kelas selama lapan minggu, ianya terlalu besar. Mungkin dari segi angka minggu itu masih kecil, tetapi amanah di sebaliknya adalah terlalu berat. Akan dipersoalkan setiap minit melaluinya. Bererti, setiap minit adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi. 
  Terima kasih selayaknya kepada pihak Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sudi menerima saya sebagai pensyarah pelatih di sini. Tapak yang disediakan untuk diri ini menambah ilmu, pengalaman dan pengajaran begitu bermakna. 
 Kepuasan pendidik adalah kejayaan pelajarnya. Bukan sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai insan yang tinggi akhlak seterusnya berbakti kepada masyarakat. Memang lilin itu putih, halus bila dipegang, malah semakin menghilang bila dihidupkan namun cahayanya pernah menerangi hidup seseorang. 
 Tiada kejayaan yang canggih tanpa usaha yang gigih!



2 myself ourself:

penulisansaya said...

peh..ayat yng canggih lagi menangis...anyway,memberi idea nk buat ayat canggih utk report nnt.. hik2 hik..terimas

Dora Natasha said...

menetes air mate membaca.wakaka. malu pulak bile bc blk. kakaka

:p

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.