Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Monday, July 8, 2013

.Big congrats BFF.



tenkiu puan pengantin anta kad jmptn bersetem 50 sen. susah-susah aje ;)

Finally rumet kedua aku (rumet kat Parit Raja) naik jinjang pelamin jugak. Setelah hampir setahun menyulam cinta paling hangat di pasaran. wakakaka.... Kalau jodoh tak kemane.

Alhamdulilah ade rezki nak pegi wedding si A'ah nih. Siap mak abah aku hangkut sekali. Time nih jerebu tengah hangat melanda selatan negara. Perjalanan pon tak jauh sangat koz dah selalu sangat gi Pahang kan. Aku sampai begitu awal sekali iaitu pukul 11.30. Pengantin pon tak siap lagi. So aderlah mase kami bergosips and bergelak ketawa. Tak lupe jumpe gak kawan UUM dulu, Amy. Tetap kecik cam dulu. Aku jugak yang tak kecik-kecik. ihihi

malam sebelumnya mase mereka nikah. Alhamdulilah selamat.

Dalam pukul 12.30 mak andam baru datang. Standard waktu Selangor bersanding dalam pukul 12.30 gitew. Tapi ade kelainan sikit, pengantin bersanding dalam pukul 2.30 camtuh. So aku tengok jugaklah proses make-up puan pengantin tuh. Biaselah dah name pengantin, baru mak andam calit sikit, ade orang datang nak jumpe pengantin. walaupun si A'ah tak berape glamer sebelum nih, di hari bersejarahnya, beliau begitu glamer sekali. 

Sementara tunggu A'ah kene touch up. Aku and Anny je yang ade. hehe

time nih stage akhir make up. lame jugak siapnyer. 

Sedangkan aku wat facial pon dah bising-bising suh orang tuh cepat siapkan. mane tahan 3 jam baring tak buat pape. Ini kan lagi si A'ah duduk kene mekap. Tak senang duduk dia. padan muke. wakaka.. Mujurlah tak lame lepas tuh siap jugak. 

Kami sebagai rumet dari Taman Rona

Pastuh oleh kerana ramai peminat A'ah nak bergambor and berjumpe bagailah, aku yang terase diri makan ruang lebih dalam bilik pengantin nih (adehh ayat takleh blah. *gelak guling-guling*) kuor then cari makan. ahaha. selamber aje kan? Tak lame melepak kat khemah, aku nampak si Masni, asben and anak dia datang. So, elok sangatlah kan. Kami makanlah same-same. Cuaca memang panas. Tapi cool bile anak Masni si Maisarah nih kemaen posing bile Aunty Tasha on camera. Giteww...

comel sungguh anak mek klate mix jawa nih. Siap kebaya ai tel yu!

Pastuh aku decide malas masuk balik. Koz tunggu jerlah kat khemah sambil sembang-sembang sementara tunggu Wan datang (bersanding). Dalam pukul 2.30 dah bunyi kompang, so means pengantin datanglah kan. Aku selaku pemerhati bebas sambil bersembang-sembang dengan si Maisarah comel tuh. Mase A'ah kuor nak menuju ke Wan, kemaen laju makcik tuh berjalan. Aku nak snap pon tak sempat. Pic jadi blur, so tak upload bukti A'ah tak sabor-sabor menuju ke Wan. ahahaha. Kantoi..!

suke pic nih. Banyak kegembiraan di situ. Memori yang sangat maniss!

And time pengantin bersanding, aku pon cepat-cepat masuk koz kejor mase nak balik Selangor pulak. (Sebenarnyer nak tumpang toilet dengan mak aku sekali kat bilik pengantin. haha) Memang meriah suasana dalam rumah. Teringat kat kaum kerabat aku bile ade majlis kenduri kawen. Riuh tak hengat. hihi. So, sempatlah salam-salam, laga-laga pipi, wish tahniah and berterima kasih kat tuan rumah atas jemputan yang ikhlas ini. Sweet kan aku? :p

Sang pengantin dalam persalinan serba biru

Before kami pulang ke pangkal jalan. Tengok Maisarah, kusyuk tengok pengantin..

A'ah dengan my mum. Mestilah kami rapat melibatkan parents. Koz kenal dari zaman UUM lagi ;)

Wif Masni mase kuor dari umah pengantin...

And pic melibatkan pengantin yang last. Dalam belog aku yang last lah. Dalam album dorang mestilah baaanyak lagi. 

3 of us

Sebenarnyer aku tak pernah sangka. Serius tak pernah sangka. Aku yang beria ajak A'ah sambung master. And A'ah amek keputusan yang lame sama ada nak sambung or tak. And aku taw dia berat hati nak sambung. Tapi Allah maha kuasa. Allah temukan jodoh mereka dengan cara menggerakkan hati aku paksa rela A'ah sambung master jugak! Tak kire! And sape sangka jodoh dorang bertaut kat Johor. Rahsia Allah sape yang taw kan? Betapa Dia maha mengetahui. Alhamdulilah.

Dear my A'ah. Congratulations on ur wedding. Aku doakan moga bahagia sampai liang lahad. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh and semoga cinta kamu sampai ke syurga. 

Love our friendship. And let it be until jannah.

Pic nih bertarikh 15 Disember 2011. Kasut same lain saiz tapi kite tetap buddyz!




3 myself ourself:

Hanis MY said...

wahh.. tahniah buat bff tu... meriah majlis... yeahza buddyz are forever... semoga terus berkekalan persahabatan kalian

Dora Natasha said...

Tenkiuu sis.

harap2 kekal. amin ;)

emilia zaini said...

Hoho sempat inform aq eh

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.