Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Saturday, July 27, 2013

.Memory : Berkarate-do.



Koke? ape tuh koke? Sentap tak mase sem 1 bile tanyer senior yang dah sem 5 ke atas, dorang cakap camtuh? Bak kate sensei, kalo dah habes 4 sem koke, mesti sindrom 'ape tuh koke?' akan terjadi. hihi


with our sensei

Aku mase isi borang jawapan ke UUM, konpiden isi koke Karate-Do. cewah! hebatkah aku mempelajari seni mempertahankan diri dari Jepun itu? Abes jer orientasi terus gi Koke kat foyer Dewan Tan Sri Othman (DTSO). Jarak memang jauhla dari kolej.  Nak naek bus? buang mase je koz DTSO kat tengah-tengah. Baeklah aku berjalan redah kolej tradewinds, mall, kolej petronas and tasik guthrie terus panjat bukit belakang dewan. koke tengah hari panas pukul 2 lak tuh. dahla kedah masuk azan zuhur lambat. nak berlari meredah pelbagai halangan lagi. cewah!


rare sangatlah kononnyer mase nih. muahaha

Tapi walaupun jauh meredah mall tasik and macam-macam, aku suke koz redup mata memandang tengok pemandangan UUM. Aku akui (bukan nak riak, tapi hakikat) scenery kat UUM nih awesome sangat-sangat. Pastuh yang aku lalu taklah panas terik. tapi redup dengan macam-macam pokok yang aku tak pernah jumpe tapi cantik. Kalo setakat nampak buah durian belanda bersepah kat kolej petronas, buah setaq bersepah kat kolej guthrie and dusun melambak kat depan kolej misc memang selalu. hai bahagianyer..


Zura, Fatin and Diana. dah lost contact.sob sob

Belajar karate best. Dahla kami kene command dalam bahasa jepun. memule tergeliat gaklah lidah menyebut plus tak paham bile sensei bagi arahan. sensei suh wat side kick, aku wat back kick. tapi dah 4 sem menghadap, fahamlah. tapi sekarang dah tak ingat balik. hihi. 

Dalam koke nih, sorang pon aku tak kenal. and takder sorang pon yang datang dari blok mahupun kolej aku. apetah lagi same kos dengan aku. So, bestlah kan seminggu sekali jumpe and bersembang luar dari kebiasaan. giteww..

Tapi sekarang aku dah tak jumpe kawan-kawan karate aku.Masing-masing dah bawak haluan sendiri. yang aku still tak lost contact just wana yang sekarang jadi cikgu kat sarawak. hihi. Bile aku tengok pict lame, ramai gak yang aku lupe namenyer sedangkan dalam pic bergambor bagai nak rak. haha


wana, azza, naza. yang len aku dah lupe name. huhu

koke gak kene ade kegiatan luar kelas (KLK). ader sekali buat tournament, ader lepak kat luar kat dusun Kuala Nerang. best woo. bile gabung dengan kelas karate lain. teramatlah bersih mata apabila dicuci. kakaka.. And pengalaman kat sane memang best dengan buah yang tengah galak berbuah tapi tak dibenarkan ambik. so sad!


eceh! rindu kat azza and naza.

only wana yang keep in touch. yang len taktaw mane dah.

batch kami

Pastuh mesti kene ade Integrasi. sama ada program kat dewan or berbaris untuk kemerdekaan. Wajib datang oke! kalo tak, markah hilang walaupon koke just 1 jam kredit. So, kebarangkalian untuk ponteng tuh memang sangat nipis. haha. padan muke.

Paling haru kalo kene berkawat. so 4 sem koke bersamaan 4 kali kawad. kat tengah-tengah panas. yang command memang palapes punyer guider. haru tak haru. tapi ader 2 sem tuh dapat sorang trainer yang sporting habes. berkawat 2 kali je, then dok kumpul bawah pokok bersembang sambil sign attendance. hihi. and ade 1 sem kami kene kaw-kaw teruk berkawat 2 jam non stop tengah hari panas pukul 2 sampai 4. owh kejam sungguh beliau! 


time integrasi. nih kes ngelatlah. hihi

Sesungguhnya aku amat merindui zaman karate aku. walaupon step agak susah, tapi momentnyer sangatlah berharga. pasti kukenang sampai bile-bile.

huh! aku rindu!


0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.