Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, July 26, 2013

.Memory : bilik nombor 104.



Dalam bulan Ramadhan yang amat mulia nih tetibe hati dipagut rindu teramat sangat dengan kenangan 5-8 tahun dulu. Owh cepatnyer masa berlalu. Mengeluh Dora! jangan tak mengeluh!

Lagi-lagi bile terkenang bilik yang aku duduk zaman-zaman dulu. bilik yang paling strategik. hehe. Blok hostel aku ade 4 tingkat. And aku duduk tingkat 1. Tapi perjalanan nak naik tingkat 1 pon kene daki 3 tangga yang bapak tinggi. and bilik aku no 104. i loike!

Aku dok Kat Kolej Proton. Kolej Proton ade 8 blok and aku dok blok ke7 (Blok G) iaitu bersebelahan blok dak laki. hihi. Memule sampai dulu cam terkejut. Bior betul boleh nampak sebijik-sebijik ape yang dorang buat. And paling best blok aku lapang giler lawn kitorang siap leh bersukaneka lagi with privacy. owh rindunyer!

ni katil rumet aku

mine!

Bilik kami pernah dipertandingkan bilik tercantik and terkemas dalam Kolej Proton nih. tak menang pon. masuk pon kene pakse dengan ketua blok time tuh. muahaha.. Tapi time ambik gambo atas nih memang tak kemas langsung kan? hihi

rumet aku pengemas orangnyer. 

rumet dia taklah pengemas mane. hihi

Dulu awal-awal sampai, aku berdebor habes siapekah gerangan yang jadi rumet aku. Bile dari jauh aku dengar orang dok cakap dalam loghat Kelantan, taw dah aku rumet aku orang mane. And thankfully, dia sangat pengemas and pembersih orangnyer. Aku cukup takot dapat rumet yang pengotor and suke wat sepah. haha.. kenangan

mine. simple + pemalas

my beloved poster. rare gitu!

kalo ade bear jenis katak-katak tuh sape lagi, rumet aku ler.

ok memang kemas. ade gain weight? rumet aku underweight. tapi aku heavyweight. kahkahkah!

bear dia saje. huh!

Ape yang aku rindu jugak, bilik geng-geng aku 105 and 106. Kami selalu bergilir kalo melepak kat bilik. Takpon redah jer bilik sape-sape. Mane aku tak rindu, setiap gambar ader cerite, setiap bilik ade kenangan. Kalo dah enam-enam melepak kat bilik, memang riuh rendah teramat. Tapi kalo bulan pose pas zuhur baru bising. koz pagi-pagi sumer tak sedar diri tidow.


Mujulah tergerak hati nak ambik gambor dulu. Ni rumet aku yang rajin snap gambor. Betapa kenangan tuh boleh dirakam and diabadikan dalam ingatan walau tak boleh kembali ke kenangan tuh.

Aku rindu aku rindu!!!



0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.