Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Saturday, December 22, 2012

.sincere feelings.



Lepas siap draft tesis, kene ada letak yang renyah-renyah tuh kan such as appendix, table, rajah, and paling annoying wat table of content. gilers menyampah kot. bluwekkk!! Tapi part penghargaan and dedikasi aku wat lah betol-betol. dokumentasi tuh.. hihi


so.. ni dedikasi and penghargaan aku;

Teristimewa

Buat keluarga tercinta yang sentiasa menyokong dan mendoakan serta sentiasa bersama terutama abah yang sangat disayangi, Muridan bin Kasan serta emak yang sangat dikasihi, Senipah binti Ngamin.


Sebahagian kenangan, istimewa kepada rakan-rakan yang sentiasa di sisi dan akan sentiasa diingati.


Semoga diberkati Allah dan berbahagia selalu. Semoga bahagia milik kalian!

Alhamdulilllah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izinnya memberi kekuatan dan ketabahan dalam menyempurnakan Projek Sarjana 1 dan 2.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penyelia iaitu, Profesor Madya Haji Sapon bin Ibrahim di atas pandangan, perbincangan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah lain yang sudi membimbing.

Kepada keluarga tercinta, abah yang sangat disayangi, sentiasa menyokong, sentiasa positif, jatuh bangun bersama tanpa jemu menasihati, emak yang sentiasa mendoakan serta keluarga yang memahami. Terima kasih abah, emak atas segala pengorbanan. Sesungguhnya diri ini amat menghargai.

Rakan seperjuangan yang sentiasa di hati, dalam memori, suka duka bersama. Sesungguhnya memori ini adalah anugerah dan terlalu indah. Juga kepada insan yang istimewa di hati ini, terima kasih.

Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu penulis menyiapkan laporan projek sarjana.




0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.