Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Tuesday, January 17, 2012

Kem Jati Diri : Hari Pertama


Akibat balik berjimbaria terus tertidow meniarap sampai pagi, subuh-subuh tu kelam kabut kemas barang nak bawak gi kem kat Melaka. Nasib baek aku naek kete dengan Hajar, at least aku sempat ambek baju yang tak mengganggu emosi orang. muahaha..


cek dulu air minyak hitam sumer..


mereka baru sampai...


Aku, Hajar and Along orang pertama yang sampai. Walaupun dalam kete tu aku makan jer kejenyer sampai tertidow kat belakang. tak cara dah si Along and Hajar sembang aper kat depan. niat asal memang nak dok belakang tidow. kui kui kui. Taw-taw aku sedau dah kat Highway AMJ. pastu sampai. wah! dasat kaw sampai dulu. ekekekee...


mai dah.. mai dah..!


amboi.. ceria betol nampaknyer kawan-kawan kelas aku tuh!


Sampai-sampai jer we ols sumer kene makan pagi dulu (bihun bapaklah kerasnyer-tak sedap). pastu kumpul kat dewan and kene perli koz tak datang hari tuh. walaupun tak tunjuk, tapi memang makan dalam sey. redho jerlah nak wat camner kan? terime dengan hati terbuka walaupun menanah telinge.


tahan telinge derr...


yang 2 sejoli tu juru kamera rasmi we ols. like!


After dengar pelbagai ayat-ayat kami kene gi dorm untuk penempatan selama 2 malam. negri weh tengok dorm tuh! seyes macam kat sel budak-budak juvana. terkedu gak aku. Aku dapat katil paling hujung dekat dengan bilik air yang bak kate Alin "bilik air besa kumey, sumbak sapa 50 ore" kah kah kah! terus terduduk aku dengar dia cakap camtuh. ekspressi muke  minah tu memang takleh blah! terbaekk ko Alin!


katil/dorm dak laki luas lah jugak. boleh gak aku nak guling-guling.


see? giler macam sel! owh! sedeh! terus teringat Taman Rona kat Pt Raja. sob..sob.. tapi heaven koz dak-dak kelas sumer 1 sel dorm. haroslah meriah kan?


Time nih lepak lame sket koz dak-dak laki gi solat Jumaat. Aku tengok bilik air dia uiii besau sungguh kolah. cer pegang air. mak aiii! sejuk gilos! kekonon malas nak mandi. tapi bile aku sentuh air tuh, terus teruja nak mandi. tapi ramai antara we ols tak bawak kain batik. alamak! last-last pinjam r pada sapa yang bawa kan. Lame weh tak mandi secara berjemaah. sampai Hajjar pon kene siram pastu jerit-jerit taknak basah rambut. tak dapatlah kan.. amekawww...


Pas siap-siap sumer teros makan and kene kumpul balik kat dewan. odw nak gi dewan tuh, Ezhar cakap kat aku "weh! giler budak-budak laki mandi bogel tadi!". Aku dah tergelak-gelak. pastu slamber jer si Mar cakap "ehh! kitorang pon same!" terkedu si Ezhar. maklumlah mamat KL tuh maner bese adegan-adegan begitu walaupun penyampaian intonasi dalam gurauan. hihihi. tapi takleh blah ayat dia "wow.. Dora, ko rakam taw!" Amboii! ok fine! aku lupe Ezhar lelaki. muahahaa!


ceria kome-kome nih yer...


sengeh memanjang...


 perut kenyang mate pon stim. hihihi. time pemilihan Ketua and ahli-ahlinyer, program nih seyes unik. kene calonkan diri sendiri. pehhh!! sampai setengah jam takder yang volunteer. saper bercakap, bergerak even tidow pon akan automatik jadi ketua. kompom-kompom sumer taknak kan? yang annoying giler ader sorang faci (same batch, tapi dia dah gi yang 1st and op koz bukan seksyen aku) sebok cakap-cakap "eh cuitlah kawan.. cuitlah.. cakaplah" nak ajer aku bangun lempang laju-laju. bukan aku jer, oranglen pon berperasaan yang same macam aku. hihihi


sampailah si Ezhar bangun. wah! tepukan gemuruh bile Ezhar muke toya redho jadi ketua. yang best, jawatan seterusnyer sumer cepat. so, terselamat aku yang pemalas nih (aku siap tertidow-tidow tunggu pemilihan ketua. hihi). tapi paling gemuruh bile Sukri volunteer jadi ketua imam. wah! hebat r Seksyen 1! Bella pulak timbalan ketua untuk pompuan. korang memang terbaekk! 


Mr. Bean Ezhar. hihihi


pas adegan-adegan menyayat hati pemilihan ketua kene suh wat set kumpulan 1. dari set 1 tu kene pecahkan kepada subset-subset yang takkan jumpe orang yang same dalam setiap set. Aku jer jadi ketua yang takkan bertukar. So, aku secare rasminyer takkan 1 kumpulan dengan Jojet and Mael koz dorang pon ketua kumpulan jugak. pastuh ader kisah menarik. hihihi. kompom aku nak gelak guling-guling bile teringat balik.


adegan dilelong.


Mase penentuan subset 7, dorang kene jual maruah diri untuk gtau kebolehan dorang masuk dalam group yang dorang nak. pastu akan depend kat ketua sama ada nak pilih or tak. pas wat-wat pemilihan, si Faez and Sukri group aku. Faez siap pesan "ko pilih budak-budak yang cun jer. yang pakai baju belang tuh!" owh.. ok.. layankan jer gelora perasaan mamat tuh. and nak kate jodoh, dak tu jadi ahli group aku. kemain suke si Faez. ececece.... (akan bersambung hari kedua and ketiga.. hihihi)




Sampai maghrib wa cakap lu wat pemilihan subset jer. nasib ketua rilex jer. tapi kene pastikan ahli ok and tak same before tu lah. tu yang jadi lambat. tapi ayat Mael besh "best kan jadi ketua? rilex jer. terjaga perot ai" muahaha... memang sayang benau dengan perot. aset tu weh! aset! Sampai akhirnyer maghrib, sumer teros masuk sel dorm balik untuk rehat. oke, aku memang tak suke dok dorm lelame. pas solat jamak takyah takdim aku teros kuar cepat-cepat lepak luar dengan Jojet and Nurul. bernafas sket :)


Malam mase makan tuh kene makan pakai subset 7. uii suke kemain Faiz. rase nak melambung mamat tuh. aku mane-mane pon ok. tapi kalo dapat set 1, lagi aku suke, koz geng memasing. hihu. tapi kalo tak bercampur dengan seksyen lain, bukan kem r kan. and aku tak kisah. Ella ok jew giteww~~


Siap-siap makan (panjangnyer entry kali nih. penat aku taip) berkumpul kat dewan. seyes aktiviti malam nih tak besh. koz dengar ceramah jer. tajuk "Pengurusan Kendiri" aku tak pasti pengurusan ke pemikiran, tapi yang pasti ader kendiri kat belakang perkataan tuh. ceramah rely pulak tuh. macam acara berganti-ganti pulaks. tapi part yang besh aderlah nyanyi reramai. lagu evergreen pon boley. layan jew. malam tu nyanyi lagu "Biarku menjadi Lilin". Kalo dah kaki nyanyi, lagu tuh pon jadi heaven sesangat.




We ols tidow pukul 1.30 pagi. huwaaaaaaa!!!


credit pic : Mar and Sukri



2 myself ourself:

Cik Jannah said...

weh korang dah boleh berlakon juvana nie..ngeri seh dorm korang!
haha

Dora Natasha said...

taw tkper...
ko rase aku jadi watak aper yang besh?

owh sedeh weh dapat dorm cenggitu. tapi nak wat camno, redho jerlah.. tapi kenangan kat sane memang tak dapat dibeli giteww

cewah!

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.