Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Tuesday, February 11, 2014

.Pagi berinai.



Hari kejadian : 24 January 2014 (Jumaat)
Tempat kejadian : Rumah Bella merangkap rumah Cik Tir. hihi


Dah lame, tapi baru terhegeh-hegeh nak update. Oke sambung cerite, selalu orang wat malam berinai tapi pesen aku dengan kazen2 aku wat pagi berinai. First time aku pon menggedik nak berinai jugak. 


tadaaaaaaa.............!!!



ni bukan tangan pengantin, tapi tangan aku dalam proses lukis inai.


Selaku bekerja dalam waktu kerja tak normal macam aku ni, hari jumaat pagi orang keje, aku dah rewang rumah kazen aku kat Bukit Badong nih. Pastuh kene hasut dengan sepupu-sepupu aku yang tak bertanggungjawab wat inai. Oleh kerana iman senipis kulit bawang buat jugak walaupon sebelah tangan. Takmo aku wat dua-dua tangan. takmo takmo. ceh!


mine! kesian orang yang lukis inai nih, mesti bajet lari. kahkahkah!!


Pengantin kompom-kompom tangan meriah untuk megelakkan kami over shadow dia. Takot jatuh saham leteww.. owh yer, gigih tak gigih, siap ade katalog oke, rambang mata tengok, and op koz aku cari seringkas mane yang boleh tapi kalo boleh nak sampai siku. over!!!


pilih jangan tak pilih


Hari Jumaat yang tak ramai orang, memudahkan kami bersantai-santai penuh privasi. aman damai gitew. So nih pulak pics lukisan inai pilihan citarasa masing-masing.


tangan budak hati bonga-bonga, Hawa


Sangat kagum yer dengan pelukis inai nih, sangat expert, free hand and rilex, kalo aku yang buat, dah jadi ape ntah, silap-silap padam pakai liquid. She has a great psikomotor skills! Daebak!


kalo meriah bagai gini, tangan puan pengantin, Bella


cantik jugak, tangan Ika.


Lepas siap-siap berinai plus gosips, plus inai pengatin comot siap tercolet kat beg goodies (pengantin gelojoh tak reti dok diam. dalam bahasa jawa ; EKER!) makan-makan bagai, kene buat bunga manggar pulak. tradisional pulak tuh! Aku hengat yang modern siap ade gam, rupenyer nan hado. Kali terakhir aku mencemar duli wat bunga manggar tradisional mase makcik aku kawen kali kedua dulu.Lame woo...


So, tangan dah santek-santek berinai, kenelah show off buat bunga manggar kan. Hebat permainan pengantin. hahaha. Terkial-kial aku. Ika n Bella dah dapat banyak, aku terhegeh-hegeh gulung kat lidi penyapu.


show off


hasilnyer. tu dia.. mengerlip sakan no!


Mase syok menggulung, aku cakap-cakap nak makan kek balik rumah nanti, tetibe si Bella menjerit kate dia tak tempah kek lagi! ntah pape si Bella nih, dah petang jumaat baru nak tempah kek, doa banyak-banyak ade yang terime. muahaha


kalo tadi album inai, nih album kek pulak. 


Nasib dapat cari kek dengan harga yang berpatutan and rase yang sangat sedap, tuan tanah balik rumah pasal malamnyer nak tengok maharaja lawak mega. Sempat gak snap persediaan tuan rumah before rewang hari Sabtu and kenduri hari Ahad.


khemah tetamu


pelamin


Oke, nanti sambung entry hari sabtu and ahad pulak. Orang jawa kalo kenduri memang geden-geden and rewang sampai pengsan 3 hari 3 malam. Meriah dengan dolor-dolor meriah majlis ;)





1 myself ourself:

Anonymous said...

Nice! Creative!

Super likes ;-)

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.