Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Saturday, January 12, 2013

.sorang pulang.



Ahli pertama dak Taman Rona yang balik kampung (Ipoh, Perak) dulu and tamatkan perjalanan setahun setengah kami ialah Yatt. Yatt selaku ketua disiplin and ketua kebersihan umah kami bertolak awal. huhuhu.. sedeh. tak sangke pertemuan September 2011 berakhir jugak.


Dila pon ader. pasnih Dila dok Shah Alam lew.. keh keh keh!



Have a save journey Yatt..! I will miss u...





.Lokasi esok : Gunung Berlumut.





Before balik Selangor, and tinggalkan Johor dengan pelbagai kenangan suka duka, mandi-manda lagi sebelum kami membawa haluan kerjaya and hidup masing-masing.


Get ready esok! yehaaa!



Sunday, January 6, 2013

.exam exam exam.




Finally, 3 sem diharungi sudaa... tapi this is last battle. Kene hadap. Tak pernah-pernah aku exam kene tarikh berderet-deret. Kali nih kene. yah rasakan. di mulai dengan esok, luse, tulat and tubeng.. hamek kaww..


Isnin (7 Januari 2013) - Sosiologi dalam PTV (2ptg - 5 ptg)

Selasa (8 Januari 2013) - Pembangunan Kurikulum dalam PTV (9pg - 12 tgh)

Rabu (9 Januari 2013) - Pengukuran dan Penilaian dalam PTV (9pg - 12 tgh)

Khamis (10 Januari 2013) - Kempimpinan dalam PTV (9pg - 12 tgh)


Pastuh aku tak sedor diri. Exam berderet tapi tetap dengan Running man, tetap sebok-sebok tengok AJL, and paling teruk sebok hapdet belog lagi. wakakaka...



Semoga kami dilapangkan dada mase jawab soklan pekse nanti. Aku dah kategori pasrah je nih pas berpinor baca notes. Esok start paper, akan kukarang indah puisi di atas helaian kertas. cewahhhh!!


neway, gud luck u olss!



.sun burn.



Setelah enjoy katak hari tuh, aku gi Rawang dengan muka yang burn. Macam hape ntah. Bukan aku jer. Kazen aku yang balik bercuti dari Pangkor pon burn. giler buruk muke. maunyer idak, pakai sun block pon tak kan... kikiki




tu dia bukti aku burn habesss... kakakaka.. Aku balik kampong kelmarin pon osmet-osmet aku terperanjat tengok muke aku gelap gelita. 


Ala sesekali feeling-feeling negroid ape salahnyer kan.Ayat sedapkan hati. kakaka




Thursday, January 3, 2013

.almost 3 years.






Tak sangke dah hampir 3 tahun persahabatan ini. Persahabatan yang unik. Sangat unik. I love him!


.enjoy katak.



Habes jer viva, esoknyer sepantas kilat aku kemas-kemas nak balik kampong dengan alasan tukor kete. wakakaka. Tapi before tuh sempat jumpe Prof Sapon betolkan minor correction.


Esoknyer mak aku terus wat plan nak gi Sg Klah, Perak. mak aii mak aku, tak berhagak. Aku dahla baru pas drive dari BP sampai Tg Karang sorang-sorang, esoknyer 6.30 aku dah gerak ke Perak. Giler kentang tol.again, aku jugak yang drive. naseblah lalu highway, kalo lalu jalan dalam, tak kose teman....


Sampai-sampai je terus haroslah aku dulu yang masok dalam air kan. Nak pulak aku tunggu-tunggu dulu. Kazen-kazen belah mak aku pon join. kemaen meriahnyer..


kazen aku, Hawa

ok. leh tengok peta yer..

tapi tak rebus pon dek tak sabor nak maen air.

peace..

Kemaen si Mira tangkap bola

heaven u ollsss

kalo takder bola, takdenyer aku leh terapung. wakaka

wakaka. Mira terlindung dek percikan air. haha

wooshhh!



Aku rase aku mandi paling lame. Kemaen mengalahkan budak.. Pastuh tie drive balik Selangor, mate mengantoklah jugak setelah berpenat-penat kat dalam air. tapi kejap je ngantok, pastuh ok jer balik. 


neway, best!




Tuesday, January 1, 2013

.2013 yang dinanti.



Awal tahun lepas waktu-waktu aku tengah taip belog nih, aku tengah dok meligan Ct K and Hajjar. Prank si A'ah tapi pusing kawasan perumahan dengan tak berselipar and hasilnyer air kunyit, susu basi berjaya disiram. kakaka. 


Tahun lepas gak waktu yang sama aku berdoa supaya cepatlah 2012 berlalu koz aku nak cepat habes master nih. And alhamdulilah Allah sampaikan jugak nyawa aku kat tarikh nih tapi tahun berbeza yang mane umur aku dah mengintai-ngintai ke angka 30 dalam 2 tahun lagi. hihi


Tahun 2012 misi aku hanya satu : nak habeskan master aku. And alhamdulilah aku hampir berjaya dengan target aku. And tahun 2012 banyak suka duka berselang-seli. Tapi yang sukanya paling banyaklah. yang duka tang asaimen jer. wakaka


And 2013 nih aku dah berjanji dengan diri aku : Dah boleh fikir pasal nak kawen ke, nak pilih calon ke. koz dah masenye aku pikir untuk aku hidup berdua pastuh bertiga (aim yang bertiga tuh sebenarnyer. haha). Secara rasminyer aku dah bersedia ke arah itu, tapi selebihnya Allah yang luluskan. And sesungguhnya perancangan Allah paling terbaek, tepat pada masanya, tak kurang walau sikit pon.


2012 dah menjadi kenangan. Kenangan terindah aku rase. Hope 2013 lebih indah.



.umpama naga Gringotts bebas.



Sape tak pernah layan Harry Potter sure tak paham ape itu Gringotts. hehe. Gringgotts adalah sebuah bank ahli sihir yang dijaga oleh naga buta yang sangat ganas. Umpamanya, aku yang telah bebas dari bebanan Projek Sarjana (PS) minggu lepas.. Tarikh yang aku akan ingat sampai bile-bile iaitu 26 Disember 2012 pukul 4.20 petang. Lokasi Makmal Rekabentuk Industri.




Tenks Ya Allah koz bagi aku kekuatan dalam mengharungi semua ini. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kurniaanmu. Betapa besar nikmat aku perolehi dari pemberianmu. Subhanallah...


Aku tak sangka aku berjaya harungi PS nih dengan lancar. Ader sedikit pembetulan, tapi hanya sikit. And aku sangat bebas. Betapa birunya aku hari tuh. hahaha


Yupp.. aku memang umpama naga Gringotts yang dilepaskan oleh Hermoine with her wand "Relashio!" Bebas sebebas-bebasnya. cewahhh!!! 



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.