Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Saturday, June 28, 2014

.Sehari sebelum 1 Ramadhan.



Hari nih hari Sabtu bersamaan 28 Jun 2014. Esok puasa. Jadi hari nih banyak gak aktiviti yang aku nampak and buat. First sekali gi beli set Vaneese aku. Pastuh lepaskan gian minum air kelapa pandan sebelum pose esok. Maksudnyer minum di tengahari. kikiki



sedap and menyegarkan. addicted oke!


Lepastuh ambik kek, makan kek sampai 2 potong kat rumah. Sangatlah sedapnyer. Tapi lama-lama belenger (muak). Pastuh tido seround. udah macam ular sawa pas melantak tido. haha. Pastuh mak aku kejot kemaen kuat terkejot aku oii. bangun tido terus siap-siap nak pegi rumah nenek.


Sepanjang perjalanan nak pegi rumah nenek cam best je tengok rumah jiran-jiran penuh kereta sumer. Sebab sume anak-anak balik nak sambut ramadhan sesama. Kebetulan esok pulak cuti. So memang bestlah kan. Rumah aku je kete tetap 2 bijik je. Kete aku and bapak aku. Maklumlah family kami belum bertambah.


Lalu depan kubur pun ramai sangat family dorang datang. Meriah sangat. yerlah di samping kita ingat ada yang masih hidup camtuh jugak ingatan yang takkan pudar pada yang telah pergi. Best and bahagia betul bila bulan posa nih kan yang mana mengeratkan lagi tali silaturahim.



pic raya p1 tahun lepas. ziarah kubur nenek and mak usu


Sampai rumah nenek makan pulak cekodok pisang manis leting...! Minum air barli. mak aii makan tak hengat hari nih. Manis sesaje. Tak sedor diri betol. Sebenarnyer sedor tapi tetap nak makan jugak. Sebenarnyer memang lapor tak makan nasi lagi (alasan!)


Balik rumah makan kerang tumis pulak. Tak lama bbq kat rumah makcik aku pulak. Tapi aku makan ayam seketoi jer. dah kenyang sebenarnyer. ahaha. Saat belog nih ditaip aku tengah tengok bola kalah mati Brazil vs Chile. Aku sokong Chile lah walaupon team fav Germany.


Tetibe rase nak belah kek lagi. Serounddd before tidow. kahkahkah!!!

0 myself ourself:

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.