Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Tuesday, September 25, 2012

Raya kelima 2012

Kali nih meriah sikit. Puan Kema and anak beliau Ain Madihah joint walaupon kehadiran tak penuh. Puan Didi and Abdullah Zuhdi pon ader kat rumah. Ahli laen dah tentu join. Hata, Dayah, Azie and Elly. eh aku pon join jugak! Open-mouthed smile


Well, moment nih besh! Sebenarnyer, setiap moment dalam hidup aku sentiase best. Koz hidup bukan lame meh, so cheer up ok! Winking smile


suasana umah Didi and Dayah

Rumah Azean Ayoub. cantek!

Rumah Elly. cool!

banyak pic Ain and Zuhdi..

Ku lihar hijauuu...

haipp Ain! celup dalam air nak ambek ikan. haha

Kat umah Anny. makan nasi arab. best!

Alololo.. sweetnyer

like this moment!

owh yeahh!

Selamat Hari Raya!



Friday, September 21, 2012

Mereka dan Saya



Dikhuatiri akan jadi pelupa bile dah tua, aku nak menitipkan coretan pasal student-student aku kat PSA. cewah! 


DEP 1B (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Kelas nih ader 19 orang jer student. 3 orang jer pompuan. yang laen dah tentu-tentulah lelaki kan.Open-mouthed smile Well kelas nih strong dari segi basic Math. Ader sorang student tuh memang terer ok. Senang keje aku. koz ajor sekali dorang paham. tapi meyampah bile dorang lupe part yang senang. haha.. biaselah dah terer sangat, sampai yang simple pon dia pikir jalan yang susah. tapi yang susah, boleh pulak dorang solve. Well kelas nih ader wakil yang masuk Karnival Math and dapat masuk final. bagos depa nih. paling takleh blah bile jawab test si Aiman boleh cakap "Cik, nape mesti soklan yang susah jer no 2? nape yang susah tak letak kat no 1? asal yang susah jer mesti soklan no 2" hekeleh mamat nih.. Confused smile sengal betol. haha

solve using completing square!


Pastu siap tanye "Cik, kalo test kami tak lulus camner? boleh tak wat re test?" dengan selamba aku jawab tanpa perasaan dan hati "ala... sem depan boleh amek lagi. ape der hal?" ihihihi.... Winking smile

student pelbagai kaum


DEU 1B (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)

Bukan pilih kasih, tapi nih kelas yang paling aku suke and sayang. rase best jer bile nak masuk kelas nih.. happening. and kami suke-suke jer anjak kelas. Koz kelas dorang nih Isnin and Khamis petang. So, aku on call jer. Bile dorang meset jer nak wat kelas, aku on jer. So, selamatlah kami sumer dari berpetang-petang kat kelas. hihihi. Kelas nih pon maths dorang bagos. Memang senanglah keje aku. Tunjuk 1 ke 2 contoh dorang boleh faham. tapi tak dinafikan ader gak yang lemah. tapi alhamdulilah, dorang improved. senang hati cik Tasha menengoknyer Winking smile . 

Dorang nih jugak ringan tulang. Senang membantu. and kami sangat happening dalam kelas. no border aku lecturer, ko student. best kan camtuh? Paling takleh blah si Faiz cakap "cik, aper kate cik tangguh sem ajor we ols sampai habes?" Sarcastic smile ewaaahhh!!! sesuke hati dan perasaan kome jer. hahaha

time dorang wat tutorial. ngeeee

Tetibe sedeh mase last kelas hari tuh. ececece....Crying face


DPR 1A (Diploma Perdagangan)

Ok.. aku ajor Aplikasi Komputer dalam kelas nih. Ader sorang student sangat polite. suke aku tengok. Sabahan. Rayner name dia. Yang laen ok. kelas nih pon best. tapi jumpe semenggu sekali. walaupun begitu, kami jugak suke anjak-anjak kelas.. Kalo keje sumer, dorang memang bagi kerjasama. ader sorang student selalu lewat masuk kelas. style aku, aku memang wat tak nampak jer. wat bese jer. gurau-gurau pon tetap same. tapi bile masuk kali ketiga, aku tegur dia "Jangan ingat saya ketawa-ketawa, senyum, tak marah-marah awak, saya tak kisah awak datang lewat. sekali dua takpe, and this is last warning. Kalo awak lewat lagi, awak paham-pahamlah" cukup pedas aku bercakap sambil senyum-senyum Winking smile

Next class, dia datang jempot aku kat bilik pensyarah ok. Siap cakap lagi "cik, hari nih saya tak lewat. saya datang awal koz nak jemput cik" wah! berkesan gak ayat penuh berhemah aku tuh yer. ihihi...

presentation time 


DKA 1C (Diploma Kejuruteraan Awam)

Kelas nih bagi aku suam-suamlah. Dorang ok. takder masalah. cume aku yang rase kurang kimia. ahahaha... Kirenyer aku masuk kelas, then mengajar, pantau dorang then kuar. ishh tak mesra alam betol aku.Embarrassed smile

Tapi aku suke sorang student chinese nih. Dia join in jer dengan sumer orang. and sangat komited. Dia takderlah dengan puak-puak dia ajer. and merendah diri. Yang laen-laen ok, bagi kerjasama yang bagus, cume mungkin dorang segan kot nak bergurau dengan aku macam student laen. ihihi.. just bile aku lalu dekat row lab tuh, dorang terkantoi-kantoi bukak twitter lah facebook lah. Aku tak kesah asal lab work yang aku bagi siap. Sempoi kan aku? Smile with tongue out



Refleksi Jurnal akhir Latihan Mengajar saya



Saje meggedik aku nak letak jugak refleksi akhir latihan mengajar. yang refleksi by week takleh letak. kate lecturer aku agak jiwang. tapi dia suke. siap suh upload dalam belog. takmo aku. tapi yang nih aku haplod lah koz kategori umum. ihihihi


Alhamdulilah, pendahuluan untuk Penciptaku, akhirnya saya berjaya menamatkan latihan mengajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) selama dua bulan bermula dari 16 Julai 2012 sehingga 14 September 2012. 
   Saya diberikan kepercayaan mengajar Matematik Kejuruteraan 1 dan Aplikasi Komputer serta melibatkan diri dalam Kelab Kembara. 
   Andai pengalaman itu boleh dinilai, pasti harganya tidak terbayar. Andai pengalaman itu anugerah, ia adalah sangat tidak ternilai. Suka bersulam duka, berganti teruja, beralih kepada keazaman yang tinggi dalam kerjaya pendidik. Minggu berganti minggu, pelbagai pengalaman dikaut, dibolot, ditimba tanpa sedikit prejudis terutama ilmu generik dalam perguruan. Sebenarnya, kemahiran generik ataupun insaniah ini adalah pendokong kepada momentum pengajaran dan pembelajaran di sini. 
   Diri sendiri adalah cabaran utama dalam tugas pendidik. Dari batin menjadikan zahir, seterusnya memberi impak kepada penyampaian pengajaran. Apa sahaja yang sampai kepada pelajar adalah dari diri sendiri, dari sehalus-halusnya perancangan sehingga sebesar-besarnya harapan. Sebenarnya, harapan adalah satu titik mula kepada kejayaan! 
  Oh! Pendidik bukan sahaja perlu berperang dengan diri sendiri, tetapi dengan pelajar, rakan sejawat, ketua dan masyarakat. Betapa besarnya taggungjawab seorang pendidik. Setiap perkara yang ingin dilakukan harus ditimbang sehabis-habisnya. 
 Amanah bererti tanggungjawab. Apabila saya memegang tanggungjawab mengendali kelas selama lapan minggu, ianya terlalu besar. Mungkin dari segi angka minggu itu masih kecil, tetapi amanah di sebaliknya adalah terlalu berat. Akan dipersoalkan setiap minit melaluinya. Bererti, setiap minit adalah amanah dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi. 
  Terima kasih selayaknya kepada pihak Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang sudi menerima saya sebagai pensyarah pelatih di sini. Tapak yang disediakan untuk diri ini menambah ilmu, pengalaman dan pengajaran begitu bermakna. 
 Kepuasan pendidik adalah kejayaan pelajarnya. Bukan sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai insan yang tinggi akhlak seterusnya berbakti kepada masyarakat. Memang lilin itu putih, halus bila dipegang, malah semakin menghilang bila dihidupkan namun cahayanya pernah menerangi hidup seseorang. 
 Tiada kejayaan yang canggih tanpa usaha yang gigih!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.