Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Wednesday, June 6, 2012

Gunung Ledang yang nyaman


Memang entry nih tahap basi dah. Tapi aku tetap nak update. hik hik hik... hari kejadian bermandi manda adalah 17 mac. la nih dah 6 june. memang terbaek.. tapi masih segar dalam ingatan oke.


Memasing gerak sangat awal. lebeh kurang kol 8 giteww. tapi dak-dak laen dah gerak umah Sukri koz amek barang n pelbagai juadah (feeling macam nak raye kan?). Erin datang umah pon awl. siap bekfes lagi. tapi aku gerak terus tunggu kat Parit Karjo. mase kat garaj umah si Faiz dah kol bising-bising we ols tak gerak lagi. eleh!


Aku pon gigih menunggu depan kubur yang banyak kat Parit Karjo tuh sambil makan sandwich yang kami kene sediakan. memang lapor pon. so sangat sedapnyer dapat makan sandwich walaupun depan kubur. huhuhu... lame gak tunggu dorang angkot barang. nak gi ke umah Sukri macam dah alang-alang. lagipon kami kat Taman Rona nih bawak banyak barang jugak. cewahhh!


tepi highway Yong Peng. aku rase ramai tak madi lagi tuh. hihi

Dipendekkan cerite, kami konvoi dalam 6 bijik kete camtuh. gerak melalui tol Yong Peng sampai kuar kat Tangkak. amboi mase atas highway, kemain suer bawak kete macam pelesit. memule seiring jer, tak lame tuh dah macam race. len kali jangan gitu. takmo-takmo. 


mengangkut barang...


baru sampai. pelbagai ragam


Mase dah sampai tuh kan.. riuh rendah kat park lot. memasing kene angkut barang kan. tapi paling best yang kene angkat paling berat Ezhar. dak KL yang sentiase cover sumer bende. nah! amek, kene gak ko bawak. kami gumbira! haha..


suwitt..!

ceria kemain.. 

start berjalan. jauh jugak

ader orang dah penat. dah takleh kaver muke angkat barang.


Pastuh mendaki. pehh... naseb tak macam kat Gabai. kat sini landai jer. taklah penat sangat. tapi berpeluh-peluh. fuh! muke sumer takleh blah. pemandu pelancong bawak kami sampai sesat. hampeh tol! kakaka... tapi finally dapat gak port best yang jauh dari orang.


ni dah kes patah balik dari sesat. hihi

dah sampai. orang bercinta, penat pon senyum jugak. Hajar and Mael. haha

manusia zaman paleolitik. hidupkan api. dorang rajin oke!

abang long suk. rajin. patut Kak Aiza berkenan. hihi


acara mandi manda memang best. seyesly sejuk gilak kat Ledang nih. aku pernah gak mandi kat air terjun Panching kat Kuantan tuh, tapi tak sejuk macam kat sini. menggigil jugaklah. tapi bile dah lame dalam tuh rase takmo naek. maunyer tak, sampai sandwich, jagung sumer bawak masuk air. punyerlah tak senonoh.


ader barang, ader orang..

awal-awal mukadimah. makan dulu

hot stuff

kenangan itu..

peace

paling suke pic nih. kegembiraan!

Mek Alin yang kekonon tak reti petik DSLR cepat-cepat bangun bergambor. haha

Antara kejadian-kejadian yang berlaku;


** Adenin anak Kak Wani takmo naek. padahal muke dah bitu-biru. bibir dah pucat. Jangan kate Adenin, aku pon rase takmo naek. hihi


** Tukang panggang paling rajin adalah Fizan, Sukri and Erin. yang laen awal-awal dah makan and terjun dalam air.


** Kak Aiza masak memang sedap. walaupun aku tak makan sangat koz 90% kejadian hari tuh aku dok dalam air, tapi meang marveles. si Ezhar ntah brape kali makan. fuh! 


** Kek coklat sponsor dari Erin pon sedap. sekejap jer selesai. pastuh ader yang tak dapat makan. haha


** Pelampung Adenin yang kaler pink akhirnyer dipakai oleh Faiz and Mael. bajet comel. geli siut. kah kah kah!


** Fiza jatuh berdebuk atas batu yang licin. sumer terpegun kejap. tapi kejap jer dia insaf, pastuh dia mandi tak hengat donia lagi. kekeke


** Faiz pon jatuh. padan muke. hihi


** Ader ulat yang sangat besau. si gagah perkasa Erin yang buang, tapi sebelum buang, haroslah takotkan dak-dak yang penakut dulu kan..


** yang nih paling kontroversi. Ezhar ajak Ct K mandi kat bawah. kemainn.. siap si Anis sound "amboi.. ajak ore tino mandi samo. takder lelaki ke Ez?" hak hak hak. tapi saper yang mengenali Ezhar, dia kesah aper orang nak cakap. siap bising2 suh Ct K tinggalkan tempat bbq untuk turun berenang bersama-sama. kah kah kah!!!


** Ezhar panggil Dila kembar si Yatt 'Didi' gelak guling-guling aku dengar.


** Air masak sumer habes. sumer kehausan. hahaha.. tapi kami bertahan. aku tktawlah kalo ader yang minum air terjun tuh. hik hik hik


** Hajar Medan sampai paling lambat dengan asben dia. tak sempat nak mandi. koz dia sampai kai dah berkemas-kemas nak menuju umah Fara kat Segamat.


** Perjalanan ke rumah Fara best koz pemandangan cantik. sejuk jer mate memandang. kulihat hijau!


** Sampai umah Fara terus solat Asar. pastuh parents Fara buat air n masak bihun goreng. sedap. dah lapo balik, habes jugak makan.


** Kami jugak sambut besday Hajar Ishak n Faiz. si Mael wat surprise kat Hajar. fuyoo.. suwit tuh. Faiz hanyer menumpang. haha.. kami sumer tukang makan kek. 


** Kami bertolak balik ke pangkal jalan pas magrib. aku sampai umah kol 10.07. yang laen aku tktaw. koz mase balik suer sendiri-sendiri. hehe..


Antara pic-pic kegembiraan kami;


tengok Faiz pakai aper tuh?

eii ader semut banyak!

pembakar-pembakar setia

percik!

besor giler ulat gonggok nih

bagus Erin. patutnyer ko campak jer teros kat dorang. hihi

batu-batuan

ish ang pa nih!

alololo.. comeinyer!

Erin selaku ketua ekspedisi

bajet comel

fuyo Mael!

ha.. ngumpat letew

ustat Sukri kemain teruja. cer tengok Kak Aiza, pehh! kaver majalah siut. haha!


Ni pulak pic mase kat umah Fara. sambut besday Hajar n Faiz. perlu diselitkan untuk dokumentasi di hari tua. yihuuu!!!


ehem-ehem. semoga mereka bahagia. amin

Allah selamatkan kamu


Seyesly Gunung Ledang memang besh! Sem depan cadang-cadang nak ke Tioman. Kali nih gi 3 hari 2 malam. wowiiii!!! 


all ur love Seksyen 01





Tuesday, June 5, 2012

welding


Hari nih ader penilaian micro teaching lagi. Tapi kat lab. cikgu-cikgi yang mengajar kami hari nih mengajar kat lab aper ntah namenyer tuh. tapi kene welding-welding gitu.


Aku bukan reti sangat bab welding mewelding nih. Bese dak-dak engineering jer yang wat sumer-sume nih. Tapi aku sukelah kan.. dapat try mende baru. Ekceli part aku micro teaching hari tuh dah lepas. (perlu ke gitaw? hihi)


nampak sangat muke langsung tak taw. kakakaka


Dahla kene pakai apron.. kene pakai sarung tangan bapak tebal and keras. susah kot aku nak pegang elektrod tuh. dahlah nipis. hihi.. naseb baek si Awe yang baek hati sudi membantu (baeklah sangat.. :-p). nampak sangat aku zero dalam bab nih..


muke cuak padahalnyer. haha


Part tkleh blah dia suh aku try letak elektrod tuh kat plat besi. sekali kaur api cuak aku! arhh sudah.. buatnyer terbako mate aku, tak ker kurang hantaran aku? muahahhaa.. Kalo hantaran ikot berat tkper jugak. Kayo makcik! keh keh keh!


Kami berjaya! wif Fizan


Pastuh dah siap welding kene ketuk-ketuk pulak bagi nampak kumai. cikgu suh ketuk kuat-kuat, aku ketuklah kuat-kuat. takleh blah kawan-kawan aku pakat tutup telinge koz bunyi tukul tuh kuat snagat. hahahaha... ai kan anak murid yang baek, ikot arahan cekgu. nak-nak cekgu pun ensem. tetttt...! tapi aku lagi ensem. kan?


ketuk kuat-kuat!


lihatlah, anak murid bersame cikgu gigih jayakan micro teaching


Tapi aku kire berjaya jugaklah welding plat besi tuh. bercantumlah jugak walaupun kumainyer terok bebenor nak dibandingkan dengan Nizam punyer. dah dia jadi cikgu, mestilah dia wat elok. hihihi...







Monday, June 4, 2012

Heppy besday pakcik tua :p


Heppy besday.. heppy besday.. heppy besday!! 





dah tua dah.. sesekali bawak-bawaklah insaf. keh keh keh! neway, semoga dimurahkan rezeki and hidup yu akan sentiase dikelilingi kebahagiaan and dapat rahmatnya. amin!


untuk orang yang dah tua macam yu, nih hadiah untuk yu..! suke ker tak suke ker yu kene suke jugak :-p




ahahahaha... seswai pek dengan yu! 


Happy birthday Pek!


^___^




Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.