Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Thursday, June 30, 2011

u suke kat ai kan?





Well terperasan. Ada orang suke kat ai tapi memalu nak terus terang. hahaha.. ai pulak yang rase nak suh dia ngaku. muahaha.. gilak! well... u suke kat ai kan? kan? kan? kan?


Ngaku jerlah! hik hik hik....









Tuesday, June 28, 2011

juadah buke pose: pengat labu


Assalammualaikum....

Hari nih ai pose. Pose ganti lagi. bile lah nak abis nih. hahaha. Dah bulan Rejab nak masyuk Syaaban tak habis2 lagi mengganti. Hape daa....


Dahla bangun tidor kol 11.16 pagi. Dasat tol. Dah makruh pose ai. Nak wat camno.. terlajak dah. bangun2 terus dok depan lappy on bisnes ai yang sedang mantop giteww (klik sini kalo nak tau). Kalolah keje kene punch card sure dah kne fire. pastu muke bos dah macam nak telan ai. okeh dah. melalut pulak.


Okay.. my mum bising dari kelmarin suh wat pengat labu. Hari nih ai dah wat2 lupe. Tup2 pukul 5.00 my mum bising2 suh wat gak. Dia tau anak dara dia nih pemalas tahap aper ntah. Jadi dengan berat hatinyer ai pon kupaslah labu tu (dengan memek muke protes. haha).. and teruslah buat. Orang malas wat keje.. tau jerlah kan. Lemah lembik jew. kihkihkih


Tapi siap jugak okeyhh!!! meh nak tunjuk. Tadaaaaaaaaaa....!!! 

ni yang ai nak makan. sikit jew. kang tak abes



bahan2 nyer adalah seperti berikut;

labu.. gule melaka.. santan.. garam (sikit jew).. daun pandan & periuk untuk masak dia & senduk (ntah ye kot tapi yang leh senduk kuah tu) serta api yang boleh wat dia masak. Itu jew.. senang kan?


Selamat mencuba. Jadi tak jadi belakang kire. Janji leh makan. hahaha... owh yer.. Rasenyer sedap tau (perasan.. hihihi).



Monday, June 27, 2011

jangan ada benci


Assalammualaikum....

Wah.. tajuk.. tak hengat2.. bukan aper.. hari nih jer aku dah dengar banyak kali lagu casey nih kat radio dalam kete. Hekleh... macam mengejek lak yer.. hahaha. Tapi rasenyer aku taklah benci sesaper setakat nih.

Layan dulu lirik lagu nih before aku story lebih lanjut. cewahh!!! (bajet penceramah pulak)

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Wah gitewww... lirik menusuk kalbu sungguh. Teringat zaman2 bcinta then clash dulu. hahaha.. (statement tak hagak2) memang layan giler r. maklumlah time tu muda remaja.. sekarang muda dewasa pulak. hahaha. Tapi seyesly dulu2 aku tak pulak berdendam. Koz aku yang tinggal dia kot. kahkahkah!! (gelak jahat). Tapi pernah gak ditinggalkan. tak hal pulak time tu. Kire lirik lagu tu seswai lah dengan aku yang kool nih. kihkihkih!



Tapi kan... tak sume orang yang dah clash boleh berbaik2 semula. Ada yang uuiii... dengar name pon dah menetes air mata. jiwa rase nak membunuh (erk? ader ker?) perasaan mula terganggu. Mulelah terkenang2 zaman itu. Meluatnyer sampai takleh nak katalah! gasak.. aku taktau.. Memasing ader feel memasing.


Personally aku memang tak suke n tak contact langsung dengan bekas2 boipren.. pasal apa? pasal aku tak suke nak berkawan lik dengan depa. rase macam bergaul dengan bekas banduan lak. Eceh! taklah. tipu jew.. Ekceli.. aku rase macam tak suke terikat dengan kenangan silam yang tak patut hidup dalam diri aku (puitis gilak). lagipon lelaki2 itu sumer hanyer sebahagian proses kematangan aku. So tak syiookk berkawan dengan diorang. Lebih elok simpan kenangan dengan dorang rapat2 dalam kotak fikiran.


And.. trust me! aku tak pernah rase aper2 pon wat gitu dengan dorang. hak hak hak. Tapi tak benci dorang pon. Just tak suke dorang dalam hidup den. kalo boleh lupekan.. aku nak ambik tonik pelupaan tu. sure heaven..! hahaha.......



Sunday, June 26, 2011

Wela Slimberry

Mood entry : bussiness

MyWela Slimberry.. satu peluang bisnes yang boleh menjana wang (kalo wat betoi2la). produk yang bagus. Latest di pasaran. Setakat nih Malaysia hanya ada 650 orang yang menyertai bisnes ter 'latest'. And kedudukan Malaysia adalah ketiga dalam dunia.






Sedikit info tentang Wela 


WELA (Bahasa Inggeris lama untuk Kekayaan) telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh sekumpulan usahawan-usahawan internet yang sama mewujudkan sebuah syarikat yang benar-benar menyediakan satu cara untuk meningkatkan kekayaan ahli-ahlinya. Sebagai Pemilik Perniagaan Bebas (IBO) ahli-ahli mencari cara dan strategi untuk menghasilkan lebih banyak "aliran tunai" dalam perniagaan mereka, inilah adalah merupakan sebab utama tercetusnya idea untuk kami memulakan WELA. Sebagai pemasar internet, kami akan selalu mencari produk-produk dan perkhidmatan yang bermanfaat untuk ahli-ahli kita. 

John Penny, Presiden dan CEO, telah mencipta sebuah syarikat yang mempunyai THE 3 THINGS yang mesti diamalkan untuk sebuah syarikat berjaya dan menawarkan satu peluang pendapatan yang mampan:

1. Mesti mempunyai satu produk istimewa yang memenuhi keperluan atau  keinginan oleh ramai pengguna - Produk ACAI BERRY

2. Produk mesti boleh digunakan dan mampu dimiliki oleh pengguna - RM190

3. Peluang perniagaan mestilah mudah untuk menduplikasi oleh pengguna - Internet Marketing 

Membina perniagaan ini adalah mudah. Dapatkan pengguna untuk melayari laman web promosi anda dan mendapatkan maklumat mengenai produk dan bisnes atau meletakkan pengiklanan dan selebihnya kami akan membayar bonus yang lumayan kepada anda berdasarkan pembelian yang dilakukan. 

Apakah Kelebihan WELA Slimberry?

  • Wesbite anda akan diiklankan secara percuma sehingga mendapat sekurang-kurangnya 25 orang Pre-Enroll setiap bulan.
  • Sistem WELA akan menghubungi 25 orang Pre-Enroll tersebut melalui email automatik dan menggalakkan mereka untuk upgrade ke Paid Member.
  • Apabila mereka menjadi Paid Member anda akan diberi bonus dan diletakkan di dalam sistem binari anda.
  • Dengan hanya RM190 sebulan anda berada didalam satu bisnes untuk anda tetapi tidak dijalankan oleh anda. WELA Slimberry akan menolong anda. 

SlimBerry diperbuat daripada Acai Beri, yang telah dipanggil sebagai “super food” oleh Dr Perricone. Acai Beri juga telah ditonjolkan oleh Today Show dan juga ditulis di dalam The Wall Street Journal , dan The New York Times. 

Acai Beri adalah sama seperti sebiji beri biru tetapi LEBIH sedap dan berkhasiat. Ia mempunyai rasa masam/manis seperti rasa beri-beri biru atau raspberri yang benar-benar masak.  Acai Beri sangat berharga dan ia TIDAK boleh didapati di pasar raya atau kedai-kedai runcit, selain ia agak mudah rosak dan hanya hidup subur dalam Amazon Rain Forest. 

Ia seperti mencari emas apabila anda mencari satu produk yang BERASASKAN Acai and Acai sahaja! 

Kami tidak hanya menyediakan produk yang unik dan bagus tetapi kami juga menyediakan satu peluang perniagaan yang menawarkan plan bonus yang lumayan.Sistem kita menggunakan hanya dua kaki untuk menjana pendapatan LUMAYAN yang tidak terhad melalui keupayaan menjanakan Residual Income Stream yang bakal benar-benar merubah hidup anda!

** hebat tak? hehehe.. jom KLIK SINI **


ader sesape pernah jatuh cinta dengan cikgu sendiri?


Assalammualaikum...

Ahad sudah.. cepatnyer mase berlalu. Ke aku yang taktau kire hari. hahaha... Actually tajuk entry nih aku nak taip hari Jumaat hari tuh. Tapi memandangkan cik Dora bizi (bizilah sangat) penulisan ditangguhkan. hehee


Aku tengok drama "Aku bukan Andalusia" mase petang Jumaat tu. Gilak geli r tengok drama tuh. berguling2 aku gelak. Memang nak muntah pon ader. Pasal aper? Koz kisah dia bcinta dengan cikgu dia sendiri. hahaha. Memang lucu sangat2. Kes cinta giler2 dengan cikgu dia sampai umur lanjut masih tak kawen lagi. Punyerlah cinta mati sampai akhirnyer dorang jumpe semula mase kat Mekah then dibuai perasaan semula. Akhirnyer kawen jugak. Memang lucu jalan ceritanyer.. Part dorang menggedik then malu2 tu yang paling tak boleh blah. hahahaha


Jadi hari nih nak kongsi tentang perasaan luar biasa nih. Personally aku sepanjang bersekolah (termasuk zaman uni) tak pernah terjebak dengan cinta dengan cikgu nih. Koz ntahla... dah namenyer cikgu kan. Jadi macam ader jurang dengan cikgu2 nih walaupun hensem gilak r cikgu tu (sepanjang pandangan aku takder pun cikgu yang ajar aku hensem. hahaha). Tapi lain orang lain caranya. lain jugak resultnyer :)


Aku selalu dengar kisah2 cinta antara cikgu dengan murid yang berakhir ke jinjang pelamin. Wah! Kira hebat r anak murid tu erk sampai cikgu pon tangkap cintun dengan anak murid sendiri (ehem2). kuikuikui... Tapi tak salah pon. tu kan namenyer jodoh. As long tak menjejaskan pelajaran okaylah tu kan. Tapi kalo aku kompom terjejas teruk koz macam pelik jer. hihihi


Tapi dulu ader cikgu Form 6 aku siap wish birthday by call ok. orang first. uiii... aku sendiri tak ingat hari tu birthday aku (koz bangun lambat nak gi sekolah). Wah mestilah aku terkejut. Dia mase cakap tu tak perkenalkan pon name dia as cikgu. Just name dia. mestilah aku terpinga2 kan. Kate ramai skandal.... hahahaha....... Tapi cikgu nih single lagik time nih. So no matter la kan..


Aper pon.. setiap orang ader pandangannyer tersendiri. Personally aku tak pernah ada perasaan suke or jatuh cinta dengan cikgu. Statement poyos giler. hahaha. Tapi bagi yang pernah ader perasaan tuh kire normal lah kan. Perasaan bukan kire usia.. pangkat.. darjat or harta. Tak ader salahnyer pon adoy! hahaha (pinjam ayat Ah cai)



Saturday, June 25, 2011

fakta ker anggapan semata2?


Assalmmualaikum...


Hari nih more serius (cewahh!) sikit. Just nak sharing word 'gelap mata'. betul ker manusia kalau dah dapat duit akan jadi gelap mata? Akan tamak? or akan wat aper saje untuk pertahankan wang tu? 


Isu gelap mata nih agak ironi. Mungkin ader yang setuju.. mungkin tak setuju. Tapi pandangan aku yang sentiase menjadi pemerhati nih aku rase word 'gelap mata' tu seswai pada yang betol2 'kamceng' dengan duit. hahaha...


Tertarik dengan statement my pren (Elly) yang katenyer duit boleh buat orang bergaduh.. duit jugak boleh buat orang mungkir janji.. duit jugak boleh buat orang putus sedara.. duit jugak boleh buat orang murtad. OMG! Nauzubillah..! Tinggal manusia sendiri nak mengkategorikan duit tu sebagai apa.


Aperpon jangan kite bergaduh pasal duit.. jangan kite menipu pasal duit.. paling penting jangan sampai ambik hak orang lain koz of money. biarlah duit yang kita dapat hasil dari usaha kita sendiri. Tak kisah sesukar mane usaha tu asalkan tau membezakan yang baik dan haram. Jangan kerana gelap mata kita hilang sekeliling kita. Duit boleh dicari tapi yang hilang belum tentu boleh diganti..


Friday, June 24, 2011

Pengakhiran Maharaja Lawak


Dah pukul 1.07 malam. Sunyi senyap lak malam ni. Juara ML pon dah tau. Kongrats Sepah. u deserved it! Sangat konsisten.. 


A big kongrats to my Jozan. Walaupun dapat jadi naib juara kire okaylah. (sedih). Tiada rezeki. Tapi Malaysia dah lama tah kehebatan u olz walaupun tak pernah bergelar juara. u olz tetap juara di hati i (hahaha... geli lak). Just one word " i adore u very much!"


Kongrats to Nabil jugak yang dapat tempat ketiga. Walaupun solo tapi memang terer r boleh bolot hadiah sengsorang. bukan senang nak perah idea sendiri. Kire dasat lu bro! Wa caya lu Nabil!


And to Jambu.. walaupun i tak pernah suke group korang.. tapi persembahan yang time ader Zila bakarin tuh i suke. barulah gempak. Lain dari yang lain. Takderlah asik nak menjerit jer. hik hik hik....


Pasni Jumaat i kembali normal. Leh r merayau after tuisyen habis. Wah kirenyer 13 minggu tak merayau after tuisyen. hahaha.. sumer koz of Jozan.. heeeee.......... Tapi sedeh pasni takleh guling2 gelak lagi. Koz rancangan dah habis. Ok lah tu...


Kongrats to them. Kongrats to me yang tak pernah vote pon. hahaha... aperpon Jozan terbaek. peace yawr!!!



anak dara sape tu?


Assalammualaikum....

Salam Jumaat semua.. Hari yang indah.. langit yang cemerlang.. paling penting hari yang mendatangkan semangat. Semoga sihat2 selalu. (apersal ayat nih macam dalam surat erk? hihihi)


Okeh.. tengok tajuk entry jer dah tau kompom entry nih poyos melampau. hahaha... Anak dara tu kompomlah i kan... (wekk!) Pasal apa? Koz hari nih tepat kol 8.16 a.m Jumaat waktu tempatan anak dara sorang nih dah siap kemas umah. Tak pernah terjadi dalam sejarah. I pon ting tong bangun awal. Leh pulak ringan tangan mengemas hari nih. Kalo tak... haram..... hahaha


Rajin tak i? Kire rajinlah bagi seorang amatur macam i. hahaha. Kucing i pon terkejut tengok tuan dia bangun awal dari dia. Selalunyer masih tidor same2 atas katil. Mestilah kucing i sentap koz tuan dia dah kemas katil awal2. Jadi dia takleh tidow guling2 lagi. Terpakse tidow atas kusyen kat 'opis' i. Sorrylah cik Wan (name kucing i)..


uiii.... anak dara saperlah 2... rajin betol! alamak cik Natasha Dora oiii.... udah2 ler 2. Perasan tak habes2. hahaha.. Nak senyum lagilah! Senyum tu leh bawak rezeki tau. hehehe.....


Thursday, June 23, 2011

Senyum memanjang nampak?


Senyumlah! Koz hari nih hari Khamis. Pastu esok hari Jumaat. Malam ader Maharaja Lawak. Nak senyum meleret2 koz i rase i dah dapat aper yang i nak. And i yakin i boleh buat. paling penting i rase sukelah! Nak senyum meleret2 lagi. 


"Senyum tak perlu kata apa2"


Personally i suke dengan ungkapan tu. Senyum lagik.. lagik.. lagik.. Ahh! nak tidow. Sambung senyum pulak atas katil. hikhikhik!


Sunday, June 19, 2011

alamak.. malunyer..


hahaha.. Pepagi after siap tuisyen teros cek email. And dapat pon email yang ditunggu2. Okey fine. Sangat malu!! hahaha. Koz nampak sangat aku gabra tak tentu pasal..


Email dari lecturer pasal kesengalan aku. Takot sangat dengan arahan2 yang ader dalam form tu. wakakaka. Malu okeyh!! malu! Tapi ok gak dari aku susah hati. Maklumlah tengah eksaited nak further. Tapi aku malu... macam nak sorok muke dalam guni beras (muat ker?) hua.....


Ni email yang wat aku rase tersipu2 malu2. wakakaa....



hahahaha... Sampai lecturer pon kate jangan dok risau sangat. So aku dah tak risau. yeaayyyy!!!!


Pastu dia balas lagik... (dah termalu kan..hahaha)




Encik Wan nih memang sangat baik hati. Sukelahh! Thanks Encik Wan!


~~ lek r Dora... kalo rezki tak ke maner ~~
**yerlah. amin..**

Saturday, June 18, 2011

i love u abah! u're my great abah!!!


Assalammualaikum...

bersempena Father's Day esok.. i nak wish awal2 kat my blog yang i ader abah yang sangat gemukk... Ader perut yang buncit.. Muke legend tapi hati penuh taman (wa cakap lu). beliau ialah En. Muridan bin Kasan yang i sangat2 sayang.


kerek tu memandang orang. hahaha.. 


Abah i nih pure Selangorian. Samerlah dengan i (hihihi). Anak bongsu lelaki (anak ke 5 dari 6 orang) yang manja dengan maknyer. Umur abah i sekarang dah 49 tahun. Mude lagi tau. hahaha...Lambat lagi pencen. Abah i seorang yang sangat optimistik. Abah i jugak GPS kesayangan i. hehehee...


mase kat Rantau Panjang


Abah i beza sangat dengan my mum. Abah mase we all adik beradik kecik2 dulu jarang or boleh dikatakan tak pernah marah or pukul we all. Tapi kalo mak... uii kalah singa betina. Abah i very understanding.. loving and paling penting sangat caring. Kalo my mum dengan anak2 nih keras sikit. Tapi abah alahai... kekadang i yang geram kalo dia tamau pukul adik2 i yang degil tu. hahaha...


Dulu mase i kecik abah selalu ajar maths. Sampailah sekarang i minat sangat maths. Suke belikan aper jer yang i suke. Pendek kate dari i kecik sampai dah umur 26 tahun nih abah i tetap same macam dulu. My mum ader gak lainnyer. Tapi abah mantain. Kalo abah marah or tengking mesti i akan terase sebak gegilers. Pernah dulu sekali abah tinggikan suara pasal aper ntah.. i teros bergenang air mata (padahal i kental tau.). Sedih. sentap. Koz abah jarang marah2. Teros rase abah tak sayang kat i. Memang sedeeehh sangat2lah time tuh. Tapi kalo my mum yang marah siap pukul2 dulu i rilek jer. tak sentap pon. Gelak2 lagi. Siap larikk lagi. kahkahkah!!! Mestilah i sedeh koz abah sangat susah nak angkat tangan. (tetibe emo time wat entry nih. Dah bergenang air mata.. huhuhu)


Ayat abah i kalo dia ugut anak2 "ko buat lagi sekali.. siap ko. Abah tak main2 nih. Abah wat tol ni!" and akan disambut anak2 dia terutamanya aku "eleh abah. cakap jer lebey. Padahal tak penah wat pon". hahaha. Itulah abah i. Dia memang tak sampai hati kalo melibatkan anak2. Kadang2 my mum marah kat abah. Kalo mintak wet or bagi wet memang kompom dapat. Ader satu kes tuh.. time tu i lagi sehari jer nak cuti sem. Time wet dah tkder. Tepon abah mintak RM30 jer. Tapi abah bank in RM200. Siap pesan jangan gtau kat emak. hahaha. Koz kalo mak tau kompom membebel.. hihihi


like this pic...


Abah i nih risau sangat kalo anak dia jauh dari dia. bayangkan mase i masuk uni Julai 2005 dia leh nak patah balik amek i kat Kedah tu pas hantar. Koz dia kate kesian i jauh. Nanti tak cukup makanlah.. tak selesalah. My mum aper lagi. bebel (seperti yang deceritakan semula) "eleh..budak tu kan nak study.. kompom cukup makan punyer. Kalo tak makan sehari pon tak kurusnyer...bla..bla..." hahaha. beza kan my mum dengan abah? wakaka. Tapi every day akan call (sampai hari nih okey) koz i jauh. "Duit cukup tak.. makan cukup tak.." macam2lah. Sampai sekarang kalo i kuar lepak Shah Alam pon mesti abah akan call. hahaha... My pren dah paham sangat dah. Kadang2 ader yang jeles.. (kau ader..? hahaha)


insan yang merealisasikan impian i...


Kalo dengan wife dia tersangatlah caring. Samerlah. Pantang i bawak wife dia kuar jalan kompom telefonbunyi. Padahal baru kuar simpang. Pikirlah! Kadang2 i malas nak ajak my mum. Tapi my mum kompom2 nak ikot jugak. hahaha.. Abah i tu kalo boleh dia nak wife dia sentiase di samping dia. Menyampah kekadang dengar pasangan nih bcinta cintun. Tiap petang kalo abah i tak keje mesti berdua2an naik motor keliling kampung. Kalo nak ajak abah i gi mane2 mesti bersyarat "mak kene ikot jugak. Kalo tak abah tanak pegi". hekelehh.... macam abah sorang ader bini. hahaha.... Mak i sangat open minded. Tapi abah memalu cipan sikit.Ader story kekonon abah type msg2 romantik kat my mum (time nih abah keje malam). Pastu yang bukak mesej adik laki i. Pastu adik laki i tanyer kat my mum "mak.. naper abah mesej2 camnih? Pelik jer sayang2..." kahkahkahkah!!! maunyer i tak gelak guling2. Esoknyer we all pon usiklah. Senyap jer abah. hahaha... giler lawak r. My mum macam bese.. steady.. Lucu kalo my mum sakat2 dia. Pastu nanti dia memalu.


kapel nih mase gi Kuching berdua2an...


anak buah abah memang sengal2...


Kalo dengan sedare mare memang sangat sporting. Sangat mengalu2kan. Memang meriahlah kalo kazen2 i ader. Abah suke melayan. Tapi seyesly dorang gurau memang kasar2. Saper yang tak pernah tau kompom akan istighfar bebanyak. hahaaha... Kalo dah berkumpul (bising gilers) mesti akan meriah sangat2. Abah i sangat mengutamakan family. Dia selalu pesan kalo dah tua2 nanti kalo takder family tak best. betollah tu kan...


mase Fazia kawen....


pikirlah! admire sangat dengan perut abah i (kazen i Jila)


bab nyakat memang beselah tu...


see? kasar giler gurau.. yang 2 kompom abah yang mule sakat kazen i (Dayu). Time nih i takder.. sedehh... huhuhu


dengan arwah Wak Agud kat Pahang. Rindu kat arwah Wak Agud :(


Abah pon bising jugak i tak kawen2. tapi wat dono jer. hahaha.. Tapi mesti i sedih kalo i kawen nnti mesti i nangis koz dah takleh pow abah.. takleh pinjam kete abah sampai habis minyak.. pastu mesti time tu orang ingat i kene kawen pakse. huhuhu... i selalu pikir n berat hati nak kawen lagi. Terok kan? Walaupun kaler kitorang tak same tapi perangai we all hampir same. heheehe...


Kalo story pasal abah i memang takkan habes. Koz macam nak bagitau dunia yang abah i yang terbaek. i rase untung sangat dapat abah yang sangat supportive. Hope abah dikurniakan kesihatan yang baik. Dapat merasai kesenangan masa kan datang. And abah memang sumber inspirasi. 

I love u!!! mUah Muah!!!


Friday, June 17, 2011

kecik hati


Saper pernah rase kecik hati dengan seseorang? Hari nih aku rase sangat kecik hati dengan seseorang. Tetibe aku sentap. Padahal aku susah sikit nak sentap2 lagi2 melibatkan mender kecik jer pon.


Tapi pepagi tadi aku dah kecik hati dengan orang. Walaupun dia tak tunjuk tapi dari nadanya kite tau dia marah or macam bengang dengan kite. Alah.. dah tak paham.. Mestilah tanyer kan... Kalo tau taklah tanyer sampai soklan agak blur pon aku tanyer. huhuhu. Sedeehhh!


Sangat kecik hati. Takmo tanyer dah. Sedeeehhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, June 14, 2011

Papitusulem, Kamunting, Changkat Ibol & Wak Siti

 Assalammualaikum....


Setelah 4 hari menyepi (ecewahh!!!) dari dunia belog (plus malas) akhirnyer nak apdet jugak. Tak kisahlah orang tanak baca pon. hehehe.... Nak kongsi pengalaman ke Kamunting & sumer2 tajuk kat atas tuh. Teruja and fun sesangat semestinyer. hihuuu!!!!


We all start gerak dalam kol 9 gak lah. Tolak pengangkutan n sumer2nyer. Tak lalu highway koz buang mase koz kedudukan Tg Karang dah strategik untuk teros ke Kamunting lalu Sitiawan.. Lumut & Pantai Remis. Lalu highway sipi2 jer dekat changkat Jering (kalo nak gi Kedah memang akan lalu highway nih). We all pegi bertiga jer kali nih (aku.. Elly & Hata)


Mase lalu kat Papitusulem (yang menimbulkan banyak tanda tanya aper maksud disebaliknyer) Hata teros tanyer "Saper tau maksud Papitusulem?" We all yg curious dari dulu nih pon eksaitedlah nak tau. Rope2nyer maksud Papitusulem 2 akronim pada "Parit Pitu Sungai Leman" . Hekeleh.... itu rupenyer. hahahaaha.... Tapi puas hati akhirnyer terjawab gak persoalan. hihihi

**Pitu : tujuh dalam bahasa Jawa**


Setelah tau maksud tu perjalanan diteruskan. Heaven koz jalan lengang. Well aku dah bese lalu situ kalo nak gi Kedah dulu. Jadi kekonon dah terer sangat. hahaha.. Sampai kat Sungai Perak sarapan dulu.... Pastu teroskan perjalanan ke Kamunting yang kire2 lagi 100km tu. Dalam kete jer asik bersembang bukan rase sangat pon (lagipon bukan aku yang drive. hehehe). Aku jadi GPS hari tuh. hikhikhik...


driver yang sedang poyos pemandu... hahaha


we all tukang nyebok op koz....


Finally dah asik benti2 jer we all sampai gak ke umah kawan Hata. 2 pon tersalah sikit koz bangla kat stesen minyak tuh tak terer bagi direction. hahaaha. Nasib ader uncle Zainal Abidin. and nasib jalannyer senang. Taklah sesat bagai melampau2 kan. Sampai2 tepat2 pengantin datang. Kire ok lettew kan. Time makan sumer sedih koz kene catu (aku dah paham koz dah tau cara orang sini kenduri). hahaha. Memang lucu. Maklumlah sumer keturunan Jawa. Kalo makan kat kenduri memang banyak sangat lauk & menu then ambik sesuka hati. Atas meja hanya air semata2. Takder kuih n kerepek ker. Jadi memasing ralat sikit. hihihi. Nasib dah makan nasi pagi tadi. Taklah muke ketat jer datang jauh2. hahaaha. Moralnyer masuk kandang kambing mengembek. Jangan mengiau. hahahaa


aku tertarik dengan pokok purple nih. santek...


pastu kalo bunga yang santek plus muke nih memang tambah seri2 (sila sediakan baldi untuk muntah). hahahaa


Dah setel2 bergambar n berborak time untuk balik. Leh lak we all terlajak masuk kat changkat Ibol. Kesilapan teknikal. kehkehkeh!! Patut nampak sign board Sungai Siput. Setau aku tadi aku nampak sign board Sungai Kerang jer. hahaha. Part nih lucu. Nasib tak jauh tersasar. Sempat lah pulang ke pangkal jalan. kuikuikui...


Dalam kete sempat gosips2. Macam2 planning nak singgah situ lah sane lah. Sempat jugak story pasal kenduri tadi. hahaha.. Kekadang bagus gak gi tempat orang. Jadi tau cmner ragam & gaya orang lain di tempat orang lain. kan.... Pas singgah2 finally sampai gak ke Selangor. Tepat pukul 5.00. Yang sangat melegakan sumer orang (nampak sangat jakun) & tak sabar2 nak makan kat Tg Karang. Tapi before tuh semayang dulu kat Sabak. Memasing wat jamak takyah takhir before teroskan menyinggah2..... 


Hata singgah umah wak dia (Wak Siti). Ingat nak gi kejap jer. Tapi Hata suh naik dulu koz wak dia dah siap2kan air & makanan. Mak aihh... Saat melangkah umah dia jer terkejut okies koz sangat banyak bunga dalam umah dia. Memang sangat2 banyak. Pastu macam2 koleksi binatang (mainan).. replika rumah.. replika buah.. aihhh!!! macam2lah. Tersangat kagum okay. Koz aku tak pernah masuk umah yang sangat banyak bunga then bersih n kemas.. pastu ader tema kaler lak. Sangat kagum. Tapi menyesal koz tak bawak kamera naik umah. 


Agak lama kat umah Wak Siti. Dia sangat ramah. Patutlah Dayah suke sangat gi sini. hahaha. And aku pon suke. Koz tak sangka ader orang yang creatif sangat2. Yang lucu.. we all dah dapat invitation datang raya nanti. (Dayah.. ko tak dapat okay. hahaha). Mesti lagi cantik umah dia mase raya nanti. Undangan di bulan Rejab. i likeee...! (raye nanti nak amek pic umah dia lah)


Finally pas menyinggah2 lagi dalam kol 9 lebey sampai umah. badan pon dah penat. tapi puas hatilah koz dah lama tak kuar dari Selangor. Aku suke sangat merayau ke Utara koz memang bestlah! Thanks to Hata invite me gi sane (padahal ko taktau jalan kan..) n Elly semestinyer..


Siap pon apdet. Sukelah!

Saturday, June 11, 2011

bile dah jumpe..


Hai... Salam Sabtu yang mendamaikan (bnyak awan nano nano nano nano nano.. hahaha). erm.. hari nih dah 11 June.. Kojap bona rasenyer yer. As usual aku kalo weekend nih kompom2 r poie majlis orang kawen.. Asik gi majlis orang jer.. kahwinnyer ntah bile (kata orang ramai). hihihi...


Ringkaskan story.. hari nih gi umah Azie. Adik dia kawen. So mestilah sesame memeriahkan majlis mereka. Geng kenduri aku kompomlah Hata & Elly. saper lagi. Kat sane jumpe Anny then kawan dorang.. Awin pon ader. Kalo dah jumpe kawan sekolah rendah maunyer tak bergosip sakan kan.. Air ntah berape cawan. Lauk pauk sedap belaka. Ok lah tuu!


awak nampak biru hari nih.. hahaha


Kebetulan we all hari nih sumer pakai kaler biru. Kire sedondon. Tapi tak amek pic yang 4 sedondon lak (sibuk bercakap ajer). Dok 1 meja. Gosips tak hengat donia. Heaven..! Layan pic yang sempat di snap jerlah. Gambor pengantin memasing malas nak hambek koz dok jauh dari pelamin and pengantin. hihihi


time nih nak balik dah.. (pas gosip2an)


Azie (tudung purple) as Tuan Rumah...


~~Esok nak gi kenduri kat Perak pulak. Kenduri sampai lebam. hahaha~~

Thursday, June 9, 2011

"Rase macam nak raya pulak"


Ayat aku takleh blah after buka pose tadi. hahahaha.... Padahal baru pose ganti sehari (banyak lagi tak ganti lak tu.. ish3..) tapi dah poyos2 feeling nak raya. Tak patut. Tapi seyes weh.. tetibe macam nak raya sungguh. Tak pasal2 kene gelak jer dengan adik2 aku pasal kakak dia lebih poyos nak raya dari diorang. hahaahaha


Hari nih alhamdulilah cuaca redup & menyamankan. Ngajar tuisyen pon syiookkk jer. Tapi tekak kering koz asik cakap jer. Tapi alhamdulilah dapat melunaskan tanggungjawab (bajet luhur sangat pulak aku nih. hahahaaha). Time nih feeling nak raya tetap ada. Aduyaiii!!!!


Petang pas solat Asar teros cari kunci kete (ntah mane2 diletaknyer). Pegi pasar. bajet bazar ramadhan lah kan. hikhikhik. Nasib tak lapar mata. beli yang nak dimakan jer. Pastu gi umah nenek (Sungai Sireh) ambik jagung. Senang kan dapat nenek dekat2 ajer. Nasib nenek aku dah bermastautin kat Selangor.. Kalo tak ke Johor nuu... Memang feeling raya berkali2. Moralnyer cari orang dekat2. Tapi aku okey jer balik Johor (motip?) hahahaaha


Sampai umah nenek aunty2 i & anak2nyer sumer pose. Lagilah rase macam nak raya. Dorang tengah buat kuih koci! Wah meriahnyer. Kazen2 aku pon ader sekali. Koci labu tu.. Yang lucunyer dorang buat besar2 gabak. udah besor bola golf (kompom tercekik menelannyer). hahahaha.. Pkcik aku pon gigih menolong. Apetah lagi sambil bergurau2. Udah kalo orang melatah kompom2 mencarut kan. Ader ker patut kalo melatah ayat dia cenggini "oooo.... ***** ko terseliuh!". Giler tak dapat nak bayangkan bahagian sulit terseliuh. Penat aku gelak. kazen aku lagilah. Release tension wehhh!!!


Nenek siap bagi labu mentah. Sedap weh baunyer. Pastu dapat tapau kuih koci. Yeayy!!! sangat sedap yer makan mase buke pose tadi. Kirenyer banyak hasil r balik dari umah nenek (daun kesum.. ikan Jenahak.. labu.. koci). Rezeki kan... Gerak dari umah nenek kol 7.00. Jadinyer smpai umah sedang2 bukak pose. Heaven kan? Memang sangat macam nak raya... hahahaha...


~~ Jalinan ukhuwah antara keluarga memang membahagiakan ~~

Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.