Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kehidupan Suatu Kenangan

Friday, January 8, 2016

.Dua tahun menyepi.




I'm back!!!!

Kali ni nak sentiase berblogging setelah setahun setengah bersawang habes.

Stay tuned!!!


Keadaan aku sekarang :p

Saturday, June 28, 2014

.Sehari sebelum 1 Ramadhan.



Hari nih hari Sabtu bersamaan 28 Jun 2014. Esok puasa. Jadi hari nih banyak gak aktiviti yang aku nampak and buat. First sekali gi beli set Vaneese aku. Pastuh lepaskan gian minum air kelapa pandan sebelum pose esok. Maksudnyer minum di tengahari. kikiki



sedap and menyegarkan. addicted oke!


Lepastuh ambik kek, makan kek sampai 2 potong kat rumah. Sangatlah sedapnyer. Tapi lama-lama belenger (muak). Pastuh tido seround. udah macam ular sawa pas melantak tido. haha. Pastuh mak aku kejot kemaen kuat terkejot aku oii. bangun tido terus siap-siap nak pegi rumah nenek.


Sepanjang perjalanan nak pegi rumah nenek cam best je tengok rumah jiran-jiran penuh kereta sumer. Sebab sume anak-anak balik nak sambut ramadhan sesama. Kebetulan esok pulak cuti. So memang bestlah kan. Rumah aku je kete tetap 2 bijik je. Kete aku and bapak aku. Maklumlah family kami belum bertambah.


Lalu depan kubur pun ramai sangat family dorang datang. Meriah sangat. yerlah di samping kita ingat ada yang masih hidup camtuh jugak ingatan yang takkan pudar pada yang telah pergi. Best and bahagia betul bila bulan posa nih kan yang mana mengeratkan lagi tali silaturahim.



pic raya p1 tahun lepas. ziarah kubur nenek and mak usu


Sampai rumah nenek makan pulak cekodok pisang manis leting...! Minum air barli. mak aii makan tak hengat hari nih. Manis sesaje. Tak sedor diri betol. Sebenarnyer sedor tapi tetap nak makan jugak. Sebenarnyer memang lapor tak makan nasi lagi (alasan!)


Balik rumah makan kerang tumis pulak. Tak lama bbq kat rumah makcik aku pulak. Tapi aku makan ayam seketoi jer. dah kenyang sebenarnyer. ahaha. Saat belog nih ditaip aku tengah tengok bola kalah mati Brazil vs Chile. Aku sokong Chile lah walaupon team fav Germany.


Tetibe rase nak belah kek lagi. Serounddd before tidow. kahkahkah!!!

Saturday, June 21, 2014

.Cousin's wedding : Zeila and Azmi.



Hari kejadian : 15 and 16 March 2014
Lokasi : Tanjung Karang, Selangor


Finally, datang jugak mood nak update blog yang di request oleh pengantin. Siap ugut aku. haha. Walaupon dah 3 bulan berlalu. dah tak berapa nak pengantin baru sangat Jil oi..



 bukti.. hihi. 


Masa nih jerebu terok benor. Rewang dari hari khamis (kumpulkan sinoman- mesyuarat orang rewang), teruslah sampai hari Ahad. Pengantin macam biasa takder perkataan lain asik "nyut-nyut" je katanyer. bongok betul jila. haha.





Masa hari Jumaat dia dok pakai inai siap sampai ke kaki. suh Cik Ika buat corak bunga-bunga atas kaki dia nak cover kaki berkudis. kahkahkah! yang paling aku menyampah gatal pakai inai pastuh kaki dah kering aku kene basuhkan. biadap sangat pengantin. tunggu turn aku pulak.



kiss untuk paman dia


Masa pakcik aku datang hari Jumaat dari Pahang, dia tanyerlah Jila " bila nikahnya Jila? malam esok ker?" pengantin yang tak reti tersipu-sipu jawab " malam esok? Aku kalau boleh sekarang jugak nak nikah wak, kok lagi lambat suruh malam bagai. dah nyut-nyut nih wak!" wakakaka. sakit perut aku gelak. sengal!



nikah. ni juru mekap perr yer.


Hari Sabtu nikah. bibior ko Jila merah benor. nikah petang. mase dalam masjid sejam jugak dengar khutbah saja. aku siap tersengguk-sengguk. Jila pasrah bersimpuh sejam dengar khutbah. Kalo aku dah rase nak meniarap jer time tuh. haha. Pengantin sampai hilang nebes sebab lama sangat. And akhirnyer jadi jugak bini Jemi si Jila nih. Kemaen hepi muka bila dah sah.



aku yang ngantok kat belakang tuh

dah selesai

Masa nikah nih, mentua Dayu datang, terus jadi Siti Khadijah depan mentua. Kalo tak semedang jadi Kiah propa. Jila pon sama jer tuh. haha. Lepas siap nikah boleh pulak si Jemi nih tinggal henpon. aku jugak yang kene anta dengan mek Zizah. haih tak paham aku henpon sampai tertinggal lepas dapat bini. muahaha



mak pengantin berbaju merah. tengok beg tuh. haha. my mom as assitant.


Petang Sabtu memang dah ramai sangat yang datang. Mak pak pngantin time nih dah sebok dengan beg kanan kiri. siap ade pembantu. haha. Walaupon kenduri besarnyer Ahad, malam sabtu tuh pon tersangatlah ramainyer. Alhamdulilah time nih hujan dah turun. Jadi nyaman. kezen-kezen dari Pahang pon sumer dah sampai. haroslah meriah.. meriah sangat.




jerebu di situ...

nak jugak...


So masa hari Ahad, lagi ramai tetamu. makanan pon macam-macam. Paling best ade cendol and rojak mama. sedap baq ang! Masa pengantin datang, kezen-kezen laki aku sengal gi bagi air campur perisa petai, sambal and yang busuk-busuk tuh kat pengantin. giler jahat. Jemi redho jer minum. hahaha.



 pengantin da sampai



Kawan-kawan pengantin pon ramai gilers. majlis perkahwinan nih memang meriah kalo kawan-kawan turut sama merai. sanak saudara (uish ayat macam nak raya) meriah gitu. penganin glamer sebab ramai nak ambik gambo. Bak kata kawan aku " pengantin walau camne pon, cantik, even tak cantik pon orang tetap nak ambik gambo dengan dia" make sense jugak. hihi



tabur gegula

amboi gembira betol wajah-wajah

kezen and kakak pengantin

cepat aje kalo suh bergambo

rakus giteww..

pengantin kene halau

 lepastuh bunga telur jatuh. gelabah semua. bukti video oleh abang ajai.haha

kemas balik wey! Mira banyak sangat gambo. haha


Petang tuh aku balik dulu sementara tunggu malam acara orientasi ahli family baru and 'keirahan' kikiki. Malam je acara suai kenal dengan pengantin yang akan kene buli dengan soalan-soalan tak releven. Naseb Jemi cool jer kan. setakat nih proses suai kenal berjalan dengan lancar dan menunjukkan impak yag positif. cewah!



tak boleh wat ape. haha


macam-macam malam tuh. ade yang terkena, mengena and gelak guling-guling tak hengat donia. Family kami memang every wedding akan buat macam nih. Merapatkan persaudaraan and bagi selesa orang baru walaupon caranya agak kasar. haha. sengal


Pukul 12 jugak balik rumah. Setelah selesai sumernyer.


Aku suka puisi dari kezen aku Zizah ni. syahdu and penuh makna.

Kerana cita dan cinta itu punya mereka maka aku disitu~~
Al fatihah buat sang keluarga yang terlebih dahulu menghadapNya... rindu sungguh aku rindu...
Desir angin sawah...kini aku dan mereka kian dewasa...


cantik kan? nampak sopan and mulus.


yang ni? wakaka. 



Tahniah! Semoga kekal sampai jannah. amin!



Ĭ
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.